Hari ni nak join segmen yang mungkin menyentuh perasaan mana-mana yang membaca. Tapi, mungkin aku tak lah handal nak mengarang cerita ni sampai keluar air mata. Cuma sekadar untuk saling ingat mengingati. Sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik SINI. Segmen ni aku join sebab kita boleh ingat kembali apa yang selalu dia ucap dan pesan oleh ibu kita yang kadang-kadang kita sering lupa.
Setiap minggu aku akan call mak aku yang berada di kampung di Kota Tinggi, Johor. Aku yang belajar jauh di perantauan sejak tahun 2009 lagi. Dulu hanya di Matrikulasi tapi sekarang di UKM. Semasa aku dapat tawaran belajar jauh-jauh berat juga di hati mak aku untuk lepaskan aku. Mungkin dia merasa risau yang aku tak dapat sesuaikan diri di bandar-bandar besar yang penuh pancaroba ini. Mungkin juga aku tak pernah berpisah jauh dari keluarga. Tapi, apakan daya dia. Aku perlu meneruskan hidup aku untuk mencapai kejayaan untuk masa depan aku.
Kali terakhir aku call mak aku, aku cerita yang aku akan menduduki exam final semester 1 di universiti. Ini merupakan exam pertama aku di Universiti. Apa yang dia pesan ialah "Mak tahu along boleh buat, along buat betul-betul. Along usaha. Mak percaya along boleh buat. Lagi satu, along banyak-banyak kan lah berdoa. Solat jangan tinggal. Jangan banyak main. Ingat tujuan along belajar jauh-jauh untuk apa. Nak ubah nasib keluarga. Jadi buatlah. Mak hanya mampu berdoa dan sokong apa yang along buat. Sebab mak tahu apa yang along buat itu adalah yang terbaik untuk hidup along"
Lepas aku habis call mak aku. Aku bertambah semangat untuk terus berusaha. Aku rasa macam nak menitik air mata pun ada selepas dengar pesanan dia. Begitu tinggi harapan mak aku terhadap aku. Tak kan aku nak sia-sia kan harapan dia terhadap aku. Aku sahaja anak lelaki yang dia ada.
Dialah mak aku : NOR ASIKIN BT AB. RAHIM.
Degan ini tamatlah sudah sesi luahan perasaan yang penuh syahdu. Terima Kasih.
pesanan yg ibu kita bagi 2 jgn disematkn dalam kepala jer..tpi simpan kuat2 dalam hati...:)
ReplyDeleteall the best 4 ur exam..