Sunday, January 1, 2012

2012 Muncul Sudah!!!


Selamat Tahun Baru!!!


Hari ini bila aku buka je blog ke facebook ka semua update status pasal tahun baru. Termasuk lah aku. Kesempatan macam ni kena ambil sebab dia muncul setahun sekali.

Apa rasa bila masuk tahun baru ni?
Apa yang aku rasa, rasa gembira pun ada rasa sedih pun ada. Aku gembira kerana dapat bertemu tahun 2012 ni. Sedih sebab meninggalkan tahun 2011 ni. Tahun ini juga umur aku semakin bertambah. Dah two series aku rupanya. 

Tiap-tiap tahun baru selama 3 tahun kebelakangan ni, asal tahun baru je exam menanti. Asal nak exam je mesti kena dekat tahun baru. So, aku ni tak ada lah nak enjoy bagai tahun baru ni. Cuma berdoa agar tahun baru ni aku menjadi lebih baik berbanding tahun yang sudah.

Apa azam tahun baru 2012 ni?
Azam??? Masa nak tahun baru ni lah macam-macam azam orang akan ucapkan di bibir manis. Pernah aku terbaca sebelum ni ada yang nak handfone la, laptop lah, kamera la. Apa apa gajet lagi lah. Aku sendiri pun tak tahu apa jenama apa ke jenis gadjet yang mereka-mereka idamkan. Ada juga yang nak menamatkan zaman bujang. Mungkin da bosan sendirian, cari lah pasangan hidup.

Kalau aku, azam aku ni tak lah segempak macam diorang semua ni. Nak beli itu, nak beli ini. Macam-macam nak beli. Kalau kedai tu boleh jual dengan harga 2 singgit pun diorang beli. Apa yang aku azam kan tahun baru ni adalah lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan sebagai seorang hamba yang melangkah di bumi yang penuh pancaroba. Apa yang dapat aku katakan ialah aku akan jadikan tahun 2012 ni tahun yang lebih baik dari tahun 2011 dan sebelum-sebelumnya.

Ucapan kepada pembaca?
Ucapan aku kepada yang sudi membaca ruangan sempoi ini ialah SELAMAT TAHUN BARU 2012. Jadikan tahun 2012 tahun yang lebih baik buat korang. Tak kisah apa azam korang asal azam korang adalah azam yang terbaik yang boleh korang capai.

Lagi satu, memamndangkan awal tahun baru ni ramai mahasiswa mahasiswi universiti akan menduduki peperiksaan termasuklah aku. Jadi, aku nak ucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN. Tak kisah lah korang kat U mana pun. Buat yang terbaik.

Segala ucapan adalah IKLAS DARI HATI aku. Tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Dah amcam artis walaupun aku ni bukan artis. 

4 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...