Esok tahun 2012 bakal menjelma. Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011 ini. Dalam tahun 2011 yang telah aku tempuhi 1001 macam dugaan.
Awal tahun Januari lagi dah ada exam menjengah. Tahun baru masa tu tak bermakna pun. Masa tu aku belajar kat Matrik. Hatrik gila belajar dalam matrik ini. Sana sini buzy.
February tak ada yang penting. Mungkin aku tak ingat apa yang berlaku.
March : Tanggal 27 ulang tahun perkahwinan kelahiran aku yang ke _ _ tahun. Dah tua aku rupanya. Tapi, aku tak boleh nak menipu pasal aku ni awet muda. Nampak macam belasan tahun. Start Bloging.
April : Aku tamat belajar di KMNS. 2 tahun aku belajar kat sana. Paling sedih bila berpisah dengan kawan kongsi cerita. Kongsi katil. Kongsi gelak tawa. Semua ada lah.
Mei : Aku mula kerja sambilan. Mula-mula dapat kerja kat pasaraya. Penat woo!!! Macam nak patah pinggang kerja kat pasaraya. Kerja berdiri je. Naik lembih tulang kaki aku ni berdiri je. Lagi pula kena lipat baju yang berlambak. Baju sendiri pun kadang-kadang tak lipat. Seminggu je kerja kat situ. Lepas tu aku dapat kerja kat Kota Tinggi Waterfall Resort. Best jugak. Gaji mahal. 4 bulan tahan kerja kat situ.
Jun atau Julai : Seingat aku result Matrik aku keluar. Macam tak sangka, result aku sebaik setelah SPM aku teruk gila. Time ni jugak aku start berbloging sampai sekarang. It's just for fun!!!
Ogos : Tawaran masuk U memanggil aku. Tanpa diduga-duga aku dapat masuk UKM bukan pilihan utama tapi masih dalam kos pilihan aku. Aku pilih UPM pilihan pertama. Tapi apakan daya, UPM tak suka aku. Kedua UM, pun sama juga, tak suka aku. UKM je terima aku. Suka tak suka aku masuk juga. Impian aku harus diteruskan. Bioteknology Tumbuhan. Seronok juga bidang ni.
September : Aku mendaftar masuk UKM Bangi. Paling spesifik kat Kolej Keris Mas. Kolej tempat aku tidur hari-hari. Minggu orentasi semua aku rasa. Penat gila.
Oktober : Penutup orentasi. Penutup orentasi ada Perang Dectar. Lebih lanjut klik sini.
November dan Disember aku menjalani kehidupan yang biasa sebagai pelajar u. Agak kelam kabut lah pasal kali pertama belajar kat universiti. Apa yang akan jadi pada result aku nanti lepas exam tengok je lah.
Tak ada yang istimewa sangat berlaku tahun 2011 ni. Tapi kehidupan aku akan diteruskan kerana perjalanan masih panjang sehingga ajal bertemu dengan aku.
Azam tahun depan??? Tahun depan aku ceritakan.
:) bersama melangkah ke tahun 2012..
ReplyDeletecourse kita lbih kurang.. biotech pertanian ngan biotech tumbuhan.. eheh
ReplyDeletewah hebat ^^
ReplyDeleteslmat thun baru yee =D