Saturday, December 24, 2011

Gentleman atau Kuli

Siti : Ali, kau tolong aku buatkan assignment yang bahagian aku ni. Aku tak tahu la. Tolong eh?
Ali : Kerja tu kan bahagian kau yang buat.
Siti : Aku dah cuba cari. Tapi tak dapat lah. Susah.
Ali : Aku dapat je cari. Tak de! Tak de! Kau buat juga. Aku tak nak buat. Itu kau punya bahagian.
Siti : Kau ni tak Gentleman la.
Ali : Ada aku kisah! Kerja kau, Kau lah yang buat.



Apa yang korang telah baca dialog di atas ni adalah situasi yang pernah berlaku pada aku. Seorang perempuan menyatakan yang aku ni tak Gentleman gara-gara tak tolong dia buat kerja. Aku tak kisah apa dia nak kata. Kerja dah bahagi-bahagi, tak kan kerja dia pun aku nak buat kan. Bila kita minta tolong sikit tak nak pula dia tolong. Kalau dah tolong lebih-lebih da jadi macam kuli dah aku ni jadinya. Turut je kata orang.

Aku ada jugalah tahu ada lelaki ni terlalu turut telunjuk perempuan. Apa yang perempuan suruh, dia ikut je. Kononnya nak jadi Gentleman lah. Nak jagi Gentleman pun agak-agak lah. Ni aku tengok dah macam kuli batak. Nak tolong perempuan ni boleh lah. Tapi janganlah lelaki ni di jadikan macam kuli. Perempuan ini sukalah lelaki yang turut kata dia. Senang dipergunakan.

Perkara macam ini tak semua perempuan yang buat cuma segelintir je lah. Yang segelintir ini lah yang buat orang tunjuk semua perempuan terlibat sama. Bak kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Pasal yang segelintir ini lah buat aku geram sangat. Tak nafikan juga masih ramai perempuan yang baik dan solehah. ececeh!!!


Bagi aku Gentleman seorang lelaki ini cukup lah sekadar dia menjaga pandangan mata terhadap perempuan. Kiranya menjaga kehormatan seorang perempuan. Selain itu, jangan lah sakiti hati perempuan dengan kata-kata kesat. Tak pun kata yang boleh sakiti hati perempuan sebab hati perempuan ni lembut dan mudah tersentuh. 

Perempuan ni kalau nak tolong ni boleh lah. Kalau setakat minta tolong angkat barang berat tu boleh la. Kudrat perempuan mana boleh angkat barang berat. Jangan pula lah lelaki ni tengok je perempuan angkat barang berat dengan payahnya. Itu namanya PEMALAS!!! Yang tu baru namanya tak Gentleman. Hehehe.

6 comments:

  1. ayu sukkaaaaa !! bagus entri ni faizul !

    ReplyDelete
  2. Penah skali aku maki hamun bdk pompuan sbb x siap keje. padahal aku dah bg extend2 smpai due date nak anta kat lecturer. Esoknya satu kelas pulau aku. Tp pduli apa. nnt aku jgk yg kna dgn lecturer

    ReplyDelete
  3. biase lah tu alip... pempuan ni susah sikit nak terima apa yg lelaki buat... lebih2 lagi time kita marah diorag... diorg ingt kita ni da benci diorg... diorg tak ingt pn apa yg diorg da buat sampai kita ni marah2 diorg... lelaki ni jgn di buat marah la, kalau marah mmg hati pempuan ni sentap habis....

    ReplyDelete
  4. aku ni cpt mendidih. tp pendam je la. kdg2 org igt aku ni kuat merajuk. pdhl aku x ske kalo dah meletus. mcm2 ayat kuar. tp lagi ramai pompuan yg baik & rajin.

    ReplyDelete
  5. mmg tak dpt dinafikan lagi la, masih ramai perempuan yg terlampau rajin... aq pn kalah... sebab yang malas sorg ni, semua perempuan tercalit sama...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...