Thursday, December 1, 2011

Cabaran Kerja Berkumpulan




"Hari ni saya akan bagi assignment kat kamu semua. Tapi kerja yang kena kamu semua buat ni adalah dalam kumpulan. Hantar minggu depan di bilik saya". Ini lah kata-kata pensyarah yang selalu kita dengar setiap kali dia bagi assignment.

"Yes!!! Nasib baik dalam kumpulan. Dah la banyak. Kalau tak mampos aku buat sorang-sorang". Ni plak yang selalu pelajar-pelajar kata.




Memang tak dapat di akui kerja berkumpulan ni memang kadang kala memudahkan. Yelah... kan kerja beramai-ramai. Tapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ni. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran ialah :


  1. Ahli tak berkerjasama : Rasanya semua paham kan kalau tak berkerjasama ni macam mana. Memang geram la kalau ada ahli macam ni. Buat kerja tak nak sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tak berkerjasama ni kata ni.."apa yang telah saya buat ini ..." paling lah tak boleh blah. Tak sedar diri orang macam ni. Tak buat keje pun ngaku-ngaku yang dia buat kerja.
  2. Cadangan dan idea yang bercanggah : nak dapat kesepakatan dalam kerja kumpulan ni memang susah lah. Cadangan ke idea ke asik bertentangan je. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila dah gaduh keje semua lah tak boleh buat.
  3. Kekangan masa : Masa pun boleh jadi masalah. Dalam ahli kumpulan ni bukan semua masa antara ahli adalah sama. Bila orang tu free, orang lain plak ada keje lain. So, bila nak buat kerja ni pun boleh susah sebab masa tak sehaluan. *masa pun ada nak sehaluan ke?

Cabaran ni memang boleh menimbulkan masalah dalam membuat satu kerja yang berkualiti. Tapi, dalam masalah yang mungkin atau kita hadapi ni mesti boleh di selesaikan. Perkara yang boleh kita lakukan supaya cabaran dan masalah dalam kumpulan tak menjadi lebih besar ialah :    

  • Kita mestilah bertolak ansur dalam perbincangan : janganlah nak orang ikut cadangan kita je. Cadangan orang lain pun kena terima juga.
  • Ambil bahagian dalam setiap gerak kerja dalam kumpulan : jangan jadi seperti parasit yang mengambil hasil dari orang lain semata-mata.
  • Berkongsi maklumat antara ahli kumpulan : jangan lah nak simpan ilmu sorang-sorang. Simpan sorang-sorang pun tak guna. Tak boleh buat apa-apa.


Berdasarkan pengalaman aku dalam berkerja kumpulan ni memang tak dapat dinafikan la ada je yang tak sedap kat hati ni. Ada je yang tak puas hati. Tapi, jenis aku ni, aku tak suka lah nak luahkan tapi bila dah tak tahan aku akn marah je sapa-sapa dalam kumpulan aku tu.



Kalau korang lah ada masalah dalam kerja berkumpulan ni apa agaknya korang akan buat?

Kalau suka "LIKE" entry ni.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...