Hari ini aku nak ajak korang merenung sikit pasal cerita di Palestin. Rata-rata antara kita tahu macam mana nasib masyarakat islam di sana. Mereka di perangi oleh orang Yahudi Laknat Israel. Tapi, apa yang mengagumkan aku melalui pembacaan Mastika Keluaran Januari 2012 ni ialah mereka tak gentar pun melawan pihak Israel yang mempunyai senjata yang canggih-canggih sedangkan pihak Palestin hanya melawan mereka dengan senjata tradisional macam batu dan bom je.
Orang Palestin memang berani. Kita di Malaysia sepatutnya mencontohi keberanian mereka yang sanggup berperang keatas musuh-musuh Islam. Tak payah berlembut sangat bila musuh Islam dah mula pijak kepala. Orang kafir ni takut pada orang Islam jika kita ni bersatu. Disebab kan bersatunya orang Palestin lah, orang Israel susah nak tawan Palestin walaupun mereka dah cuba berpuluh-puluh tahun dan di lengkapi dengan senjata moden dan canggih.
Aku rasa ramai lagi yang tak baca mastika dan mungkin tak berkesempatan nak baca mastika yang baru ni. Jadi, aku nak share lah keajaiban berlaku di pada orang Palestin menyebabkan orang Israel banyak kali undur dari peperangan :
1. Tentera 'berbaju putih' bingungkan Israel
Di katakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan turut di akui oleh pasukan Israel. Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu di tahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahiddin di Palestin.
Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu, lalu dipukul bertalu-talu hingga pengsan.
Selama 3 hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama, dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itulah dia akan dipukul. Sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu : "kau penipu! Mereka itu berpakaian serba putih!" (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel)
Siapakah mereka yang berbaju putih yang dilihat tentera Israel tersebut? Pandai-pandai lah anda sendiri memikirkannya. Dalam cerita yang aku baca ni orang yang memakai baju putih ni dikatakan membantu orang palestin memerangi tentera Israel wal hal orang Palestin sendiri tidak tahu siapa mereka ini.
Ada banyak lagi kisah pasal tentera baju putih yang mengelirukan tentera Israel tapi ini sahaja yang dapat dikongsikan.
2. Jasad pejuang syahid berbau harum
Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah di cuci berulang kali.
Subhanallah!!!
3. 4,000 nyawa baru diganti Allah
Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 2009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin di masa akan datang. Dalam tempoh itu, hampir 1,500 nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya, 2000 nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi 4000 nyawa baru sebagai gantinya.
Dalam artikel lain yang aku baca ada menyatakan yang wanita di sana tidak akan berhenti melahirkan anak kerana mereka ingin melahirkan lebih ramai mujahidin. Statistik menyatakan rata-rata wanita di sana mempunyai 8 orang anak. Jika anak mereka meninggal dunia kerana perangi Israel mereka tidak akan kesal malah berbangga dengan anak mereka kerana anak meraka menjadi SYAHID. Tapi, ia berbeza bagi kita di sini.
Kanak-kanak disana juga mengerti akan apa yang telah berlaku pada mereka sekarang. Apa yang mengagumkan melalui pembacaan aku adalah kanak-kanak seawal usia 4 tahun akan berebut ke masjid sekiranya terdengar azan berkumandang. Jarang sekali mereka akan terdengar suara kanak-kanak ketika mereka sedang bersolat. Ia juga berbeza di sini. Bukan sekadar kanak-kanak malah orang yang da mampu berfikir pun tidak melakukan hal tersebut seperti yang di lakukan oleh kanak-kanak di Palestin.
Oleh itu apa yang dapat aku simpulkan ialah sekiranya kita menghadapi masalah seperti meraka hadapilah dengan cara kebenaran. Allah akan sentiasa berada di pihak yang benar. Lagi satu, mereka semua tak perlukan duit dan air mata kita di sini. Apa yang mereka perlu ialah doa. Doa agar Al-Aqsa selamat dari di ceroboh tentera Israel.
Oleh itu apa yang dapat aku simpulkan ialah sekiranya kita menghadapi masalah seperti meraka hadapilah dengan cara kebenaran. Allah akan sentiasa berada di pihak yang benar. Lagi satu, mereka semua tak perlukan duit dan air mata kita di sini. Apa yang mereka perlu ialah doa. Doa agar Al-Aqsa selamat dari di ceroboh tentera Israel.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.