Thursday, June 13, 2013

Pengaruh Filem Klasik Melayu Ketika Kanak-Kanak

...Assalammualaikum...

Baru je tadi lepas tengok filem Bawang Putih Bawang Merah. Ni semua sempena kembalinya ke Rahmatullah Allahyarhamah Seniwati Latifah Omar. Aku suka lakonan dia. Selalu jadi baik. Muka pun manis.

Filem Melayu Kalsik hitam putih ni dah didedahkan kepada aku sejak aku kecik lagi. Mak Abah pun suruh tengok cerita ni. Katanya cerita hitam putih ni best. Banyak pengajaran. Lepas tangok memang betul pun. Tengok banyak-banyak kali pun tak muak. Tetap best. Tetap menghiburkan.

Bila dah tengok cerita hitam putih tu, mula lah terpengaruh. Tak tahu lah nak kata terpangruh baik ataupun buruk. Terpengaruh dengan scene yang ada dalam filem tu. Aku serta kawan aku ketika aku kanak-kanak menyamakan keadaan sekeliling aku dengan filem yang pernah ditonton.

Filem pertama : Bawang Merah Bawang Putih
Tahu tak pokok beringin yang ada buai tu. Yang Merah main buai tu. Pokok tu ada jugak di kampung aku. Memang besar. Sama macam dalam filem ni. Cuma tak ada buai sebab Pokok Beringin ni ada betul-betul tepi jalan.

Memang tiap-tiap kali pergi sekolah memang wajib lalu pokok tu. Tengah-tengah lalu berkatalah seorang kanak-kanak yang bersama pergi sekolah dengan aku. Katanya 'Kau tahu tak? Pokok ni dulu Bawang Merah pernah naik. Lepas tu kena lamar dengan anak raja. Lepas dia kahwin dengan anak raja. Dia dah tak naik buai tu lagi. Memandangkan Bawang Merah dah lama tak naik buai tu, langsuir (spesis hantu) naiklah buai tu. Lepas tu orang kampung selalu nampak hantu sehingga takut nak lalu situ. Jadi, orang kampung potong buai tu dan langsuir tu tak dapat naik buai jadi dia duduk kat atas pokok tu bila-bila masa dia suka'

Disebabkan cerita itu, aku boleh jadi percaya dan aku pun menyampaikan cerita mengarut tu pada orang lain. Memang pokok tu menyeramkan. Tapi, pokok tu dah tak ada kat tepi jalan tu. Dah kena tebang terus di sebabkan oleh ketuaan yang dialami oleh pokok tersebut. Jadi, budak-budak sekarang mesti tak tahu tentang pokok tu pernah menjadi lagenda pada zaman aku kanak-kanak dulu.

Filem Kedua : Tanggang
Rumah aku memang berdekatan dengan gunung. Gunung Panti namanya. Gunung panti ada puncak yang seperti kapal yang terbalik. Makanya budak-budak selalu kata bahawa puncak tu sebenarnya adalah kapal tanggang 'Si anak derhaka'.

Budak-budak ni dapat cerita hasil dari penipuan yang mak bapak diorang sendiri yang cerita. Semuanya untuk mpengajaran budak-budak supaya tak derhaka. Katanya tempat ni boleh jadi sumpahan seperti yang pernah berlaku. Sesiapa melawan akan menjadi seperti tanggang. 

Puncak tu memang sedia ada sehingga sekarang. Tak berubah pun.

Filem Ketiga : Batu Belah Batu Bertangkup
Batu ni terletak dekat dengan rumah aku. Sangat besar dan budak-budak kampung aku termasuk aku menggelarkan ini adalah batu belah batu bertangkup. Selalu main kat situ. 

Dalam main-main berhampiran dibatu tu adalah seorang budak yang dah pandai bercerita menipu berkata  'Batu ini lah yang ada dalam cerita batu belah batu bertangkup tu. Lagi satu, mak cik yang kempunan telur tembakul tu masih ada dalam ni. Tak keluar pun lagi.' Lepas tu, idea beramai-ramai pun keluar 'Jom kita seru batu ni suruh bukak. Kita tengok dia bukak ke tak'

Dah puas-puas seru, batu tu tak bukak pun dan mengandaikan yang batu ni masih kenyang. Dah tak nak telan orang lagi. Batu ji masih kukuh lagi berhampiran dengan rumah aku. Batu besar memang banyak disekeliling kawasan kampung aku. Semua batu budak-budak kata batu belah batu bertangkup.

*****

Tak sangka pulak kan bila aku fikir-fikirkan balik, memang kuat jugak pengaruh filem hitam putih masa aku zaman kanak-kanak ni. Macam-macam cerita ada. Itu lah ini lah. Ini menunjukan bahawa penyampaian filem klasik Melayu ni dekat dengan penonton dan boleh memberi kesan pada semua orang.

Paling best, bila lepas tengok filem ni semua main berlakon sama dalam cerita tu. Memang lawak! Budak-budak sekarang tak tengok pun cerita macam tu. Katanya cerita tu buruk! Tak ada warna!

Nota : Kata abah pengambaraan filem Semerah Padi dulu memang shooting kat kampung aku. Sawah tu ada kat kampung aku dulu. Tapi sekarang dah tak ada atas sebab faktor tanah yang dah tak sesuai untuk tanam padi.

...Sekian, Wassalam...

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Filem bawang mrh bwg pth tu, ak suka lagu yg dia nyanyi masa main buaian itu.

    Time kecik2 lu, kalau naik buaian kat rumah tok, feeling2 jugak la mcm naik buaian dlm filem tu,hehehe. Sempat berangan..mcm puteri zmn dulukala,kih3.

    #Faizul, soalan ko psl novel RAM tu ak jawab kat entry ak tu jugak.

    ReplyDelete
  2. Memang dah ditutup. Tapi cuba tanya saudara Attokz Dikulgai.

    Attokz ni kira org kuat page RAM..dia dgn admin lain yg bantu uruskan penjualan igauan maut ni. Biasanya dia memang ada simpnn extra..buku2 yg pyh nak cari kdai buku pun, saya beli dari dia.

    Tapi kena pm fb dia lah, ini linknya:
    https://www.facebook.com/attokz?fref=ts

    Profile pict dia ada logo ram, cover photo ada gmbr buku antologi jiwa kacau, mmg sah tu dia,hehe. Try la tnya, saya rsa ada pluang lagi.

    Buku pei pan, awk kena try rajin cari..mcm sya, kebetulan sgt2 terjumpa, sebuah je kat kdai buku uitm s.alm. Pa lagi, rembat. hehe.

    Anugerah Pertama je dlm usaha nak dptkn hak tuk diterbitkn smula..ini mmg pyh la.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...