Monday, November 12, 2012

Kenapa Tanya Soalan Bodoh?

...Assalammualaikum...

Soalan bodoh! Rasanya semua pernah dengar perkataan ni. Betul tak? Macam mana boleh timbulnya soalan seperti ini? Ni aku bagi situasi yang sering berlaku pada diri kita.

Situasi pertama
Aku tengah makan. Tiba-tiba datang seorang kawan berkata "Kau buat apa? Makan eh?". Dah tentu-tentunya depan mata aku ni ada sepinggan nasi, semestinyalah aku makan. Tak kan aku study pula kan?

Situasi kedua
Di library, aku meluru masuk ke dalamnya. Tiba-tiba terserempak kawan yang baru nak keluar dari library. "Eh, nak kemana? Nak ke library ke?". Tak lah, aku nak ke tandas. Jom lah sekali.

*****

Bukan setakat aku je menerima soalan bodoh macam ni. Kadang-kadang, aku sendiri pun bertanya pada kawan aku. Orang cakap soalan bodoh macam ni tak payah lah bertanya. Tapi, ramai pulak yang buat.

Aku terfikir, kenapa mereka semua ni bertanya soalan sedemikian sedangkan mereka dah tahu jawapannya. Semuanya adalah kerana SAPAAN! Orang kata nak menegur. Janganlah orang kata nak bersikap sombong sangat.

Asal berjumpa tegur. Tak salah. Walaupun dengan soalan yang ringkas. Biar orang nampak yang kita ni mesra. Tak lah orang copkan kita dengan istilah sombong. Kau suka ke kalau orang kata diri kau sendiri sombong? Tak suka kan?

Moral of the stiory, soalan yang kita dah tahu jawapan ni adalah untuk menyapa orang. Untuk bermesra dan bermanja dengan orang. Bukan untuk memperbodohkan orang lain. Walaupun soalan ni ringkas tapi bermakna yang orang yang bertanya tu teramatlah mesra.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

6 comments:

  1. hehe..samalah.selalu jugak tanya benda yang sama padahal dah terang tang tang la kan nak kemana tu. Kita cuma nak beramah mesra je..=D

    ReplyDelete
  2. kdg2 dia nak wujudkan satu komunikasi je...ak kdg2 tanya gak membe eh ko nak g toilet ke, padahal die dah masuk toilet..sebb aku nak wujudkan yg membe2 tanya soalan bodoh la baru membe...hahah....

    ReplyDelete
  3. tu mmg biasa... sbb xtau nk tego apa.. heee

    ReplyDelete
  4. hehe. mungkin depa cari idea nak start perbualan. ini memang strategi untuk berborak. hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe... biasa la tuh. nak menyapa je sbnr nyer.

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah & kenal.

    "soalan bodoh"... kekadang kita sendiri x perasan kita dh terkeluar perkatan @ soalan bodoh bila berjumpa seseorang. Kadang2 x logik soalannya, bila situasi tu dh depan mata. Tapi kita kan manusia, soalan bodoh tu yg sebenarnya m,enunjukkan kita mcm ambil berat @ terkejut

    Jemput menyertai GA Cheeze Maz di http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html. Berpeluang mendapat serbuk cheese.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...