…Assalammualaikum…
Hari
ini (20 April 2013 ) pagi-pagi lagi dah buat hidup aku huru hara. Apa
ketidaknya, mula-mula bekalan elektrik tak
ada. Fahamlah, sebab hebahan dah keluar. Lepas tu aku nak mandi, dengan
harapan bekalan air masih ada sebab aku bangun pukul 6 bekalan air paip masih
ada lagi. Tup-tup aku nak mandi pukul 8 tu, bekalan air terus tak ada.
Kesabaran AKu diuji lagi.
Jadi,
dengan tekat dan semangat yang waja, aku turun ke aras satu dari aras enam
untuk mandi. Sebab bekalan air kat aras 1 ada walaupun tak laju. Keluar je dari
pintu bilik aku ni, Mak Cik Cleaner yang selalu bersihkan blok ni pun
bising-bising sebab air taka da.
Dia
bising lagi sebab orang mandi guna air pili bomba. Maka, berlingkarlah pili
bomba itu menuju ke bilik air.Hati aku semakin panas, sepanas keadaan
sekeliling sebab Mak Cik tu marah-marah aku. Katanya seperti ini “ Boleh tak
kalau guna benda ni, gulong balik seperti biasa? Buat susah je lah?”dengan nada
geram tapi masih mengawal kemarahan hati ni ni aku berkata,” Saya tak guna pun
benda tu” Kemuadian dia berkata dalam keadaan marah dia berkata lagi, “Tapi
tolonglah gulung balik. Jangan susahkan kerja saya”
Aku
malas nak layan. Aku buat muka bodoh je. Nak lawan lagi orang tua. Aku diamkan
je lah. Kalau aku melawan kurang ajar pulak jadinya.
Aku
taka da masalah nak tolong tapi cakaplah elok-elok. Ini tidak, nak marah-marah,
nak tengking-tengking.. Bila dah macam tu memang beratlah tulang aku nak
tolong. Kalau cakap elok-elok InsyaAllah aku boleh tolong.
Beradablah
Walaupun
siapa diri kita, beradablah. Orang tua kena beradab dengan orang muda, orang
muda perlu beradab dengan orang tua. Ketua kena beradap dengan kuli dan
semestinya kuli kena beradab dengan ketua.
Tak
kisahlah dimana dan siapa diri kita beradab itu penting. Barulah orang akan
respect pada kita. Kalau kita tidak mempunyai adab rasanya ada orang tak nak
respect pada kita?
Penting
ke adab ni? Memanglah penting. Adab seseorang ini mencerminkan keperibadian dia
tersendiri. Kalau baik adabnya, maka baiklah dia. Begitulah sebaliknya.
Tak
perlulah nak ego sangat pada orang lain. Manusia disisi Allah sama sahaja. Kita
semua ni hambanya. Tak perlu nak berlagak, nak ego. Bukan dapat apa-apa pun
malah dapat kebencian manusia ada lah. Maka, berbaik, beradablah pada semua
orang. Tak rugi pun, malah dapat manfaat ada lah.
…Sekian,Wassalam…
NotaFO : Hebahan bekalan air dan elektrik
taka da semua dibagitahu. So, tak adalah nak marah sangat. Cuma, bekalan air ni
sahaja tak bagi kata putus bila dia aka nada balik. Hopely, semua yang berlaku
ni bukan agenda politik. Jangan disebabkan politik, rakyat jadi mangsanya.
mereka nak orang respek mereka tapi mereka sendiri tak respek org... payah... saya pun penah kena tapi situasi lain sikit la... mmg sakit hati
ReplyDeleteapa yang boleh buat ialah besabar...
DeleteMakcik india 2 kan,,,, haha
ReplyDeletemana tahu ni? pernah terkena ke?
Deleteaku setuju bro. ramai sangat orang gitu. mintak tolong tapi takde adap. adoi..
ReplyDelete