…Assalammualaikum…
Penamaan
calon pun dah dilakukan pada 20 April 2013. 222 kerusi parlimen bakal menjadi
perebutan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan
Malaysia. Siapa yang bakal menjadi kerajaan dan pemerintahan Malaysia. Semuanya
akan terjawab pada hari pengundian pada 5 Mei nanti.
Tapi,
tahu tak siapakah kerajaan yang sebenarnya? Kerajaan sebenarnya adalah pengundi
itu sendiri. Seramai 13 juta pengundi berdaftar di Malaysia yang berusia 21
tahun ke atas. Salah satunya adalah aku!
Kenapa
aku kata yang pengundi itu adalah kerajaan Malaysia? Sebabnya, pengundi itu
sendiri yang menentukan yang mana bakal menjadi kerajaan di Malaysia. Kalau
tiada pengundi, tiadalah kerajaan di Malaysia.
Jadi,
pada sesiapa yang mengundi pada 5 Mei nanti perlu membuat pilihan yang bijak.
Bagi yang dah pasti pilihannya, mesti tiada masalah untuk memangkah calon mana
yang menjadi pilihan. Tetapi, yang masih menjadi atas pagar mesti menghadapi
kesukaran yang mana patut dipilih. Barisan Nasional ke atau Pakatan Rakyat?
Pening!
Khatib
pada Khutbah Jumaat di Masjid UKM pada 19 April ada memberitahu jika kita tidak
pasti akan pilihan kita, maka tunaikanlah Solat Sunat Istikharah. InsyaAllah,
akan mendapat petunjuk dari Allah yang mana satu patut kita pilih. Nak percaya
pada berita-berita di media ni tak boleh jugak. Tak kisahlah di Facebook ke
ataupun akhbar-akhbar. Hanya Allah sahaja yang tahu yang mana lebih layak dan
terbaik buat Malaysia.
Mengundi
adalah Penting
Jangan
kita memandang rinagn akan kewajiban mengundi ini. Mengundi ini perlu dan
wajib. Sebab inilah tangungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Bila dah kata
tangungjawab, mestilah kena buat. Tak boleh kata ‘TAK’ dalam hal seperti ini.
Lagi
pun, setiap undi kita ni bernilai untuk memilih siapa kerajaan kita dan siapa
pemimpin kita. Jadi, pilihan kita itu perlu baik. Memang betul manusia seperti
kita ni ada kekurangan dan ada kelebihan. Antara dua tu mesti ada yang lebih
baik. Maka, pilihlah yang terbaik itu.
Jangan
kata yang mengundi tak penting. Rugi kita kalau tak pergi mengundi. Kelak
jangan nak salah kan orang lain kalau ada perkara buruk berlaku. Pandang diri
kita semula dan bermonolong ‘apa yang kita dah buat pada Negara, jangan fikir
apa Negara yang bagi pada kita’.
…Sekian,
Wassalam…
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.