Monday, May 6, 2013

Pengalaman Si Pengundi Baru

...Assalammualaikum...

5 Mei 2013. Hari pembuangan undi untuk PRU13 di Malaysia. Aku tak melepaskan peluang ini. Dan ini merupakan pengalaman aku yang sangat berharga. Aku telah diberi kepercayaan untuk memilih kerajaan di Malaysia.

Sebelum Ke Tempat Pembuangan Undi

Bangun pagi. Aku mengajak mak dan abah pergi ke tempat mengundi di awal pagi. Supaya tak lambat katanya. Tapi, mak dengan abah tak nak. Katanya, tempat mengundi tu bukak sampai pukul 5. Banyak lagi masa. Tak payah nak terburu-buru sangat.

Pagi-pagi seperti biasa mak memang pasang radio. Radio sinar. Tetiba terdengar lagu Balik Kampung dipasang. Fuyoh!!! Macam hari raya pula kan?

Berangkat Ke Balai Raya Kampung Lukut

9.15 aku, mak dan abah bertolak keluar menuju ke tempat mengundi. Aku dan Mak membuang undi di Balai Raya Kampung Lukut. Abah pulak di SK Bukit Lintang. Alangkah terkejutnya aku apabila orang beratur sangat panjang sehingga ke jalan raya. Paling aku tak tahan  beratur di bawah terik matahari. Semasa aku datang, aku merupakan orang yang ke 200++. Sangat panjang dan sangat ramai. Pukul 11.00 pagi baru selesai kesemuanya dan aku dan mak balik ke rumah.

Proses Pembuangan Undi

Lebih kurang pukul 9.20 aku sampai di tempat pembuangan undi. Nama aku di semak dan di potong dalam senarai sebanyak 4 kali! Kali pertama, JKK Kampung Lukut telah buat semakkan dan memotong nama aku. Kali kedua, oleh kerani SPR untuk menentukan di saluran mana aku membuang undi. Dan aku mendapat saluran 2!

Saluran 2 ni kebanyakkannya adalah golongan muda dan pengundi baru. Kemudian, aku masuk ke dalam bilik pembuangan undi. Disitu nama aku disemak lagi. Dan nama aku disebut kuat-kuat oleh kerani tersebut sehingga kerani lagi satu yang berada bertentangan mendengar dan buat semakan sekali lagi.

Selepas semakan nama berakhir, jari telunjuk aku telah diwarnakan dengan dakwat berwarna biru. Pekat dan likat warnanya. Kemudian, aku diberi 2 helai kertas undian dimana ia adalah senarai calon yang bertanding. Kertas kuning untuk Parlimen dan kertas Oren untuk Dun.

Dah dapat kertas undian tu, aku menuju ke kotak memangkah dan aku memangkah calon yang aku suka iaitu ---------------. Maaf, undi aku adalah rahsia.

Beratur sehingga sejam setengah untuk membuang undi yang hanya sekadar tak sampai 5 minit.

Golongan Istimewa dan Warga Emas

Memang istimewa layanan untuk mereka ni. Tak payah beratur, tak payah menunggu lama. Datang je terus masuk ke bilik mengundi. Tak sampai 5 minit dah boleh balik. Sangat beruntung.

Ada pulak strategi membawa anak yang kecil. Bila anak menangis je, SPR terus bagi hak istimewa pada si Ibu tu untuk membuang undi awal. Sangat bagus stategi ni kalau kita tak nak beratur panjang-panjang. Bawa budak kecil, lepas tu suruh dia menagis. Confirm dapat mengundi awal.

Paling aku kagum apabila ada seorang pak cik ni tak nak guna pun hak istimewa tu. Katany dia masih kuat dan terasa seronok dapat beratur panjang-panjang bersama orang muda. Katanya, terasa muda bila beratur panjang-panjang ni. Tersengih-sengih aku bila terdengar gelagat pak cik ni.

Komen Aku Tentang Dakwat Kekal

Jujur aku katakan yang dakwat ni tak kekal manapun. Kalau setakat 2 hari tu bolehlah. Hari ni dah hilang pun dakwat tu dari jari aku. Mak punya dakwat dah totally hilang semalam sebab mak banyak main air. Ye lah basuh baju, basuh pinggan. Terus hilang dakwat tu.

Aku rasa pada masa akan datang kena memperbaiki penggunaan dakwat kekal ni supaya ia tak menjadi isu yang lebih teruk. Lagi satu, cara calitan pun berbeza-beza. Macam abah aku dicalit hanya separuh kuku. Aku dan mak, penuh sehingga melitupi kuku. Ada pulak warna dakwat tu seperti memakai inai pengantin. So? tak seragam dalam hal ini dan boleh di isukan.

Suasana di Kampung Aku

Ketika mengundi. Alhamdulillah. Tiada rusuhan mahupun peperangan. Aku lihat orang-orang kampung aku akur dengan peraturan SPR dimana tidak boleh memakai apa-apa lambang parti. 

Yang aku pastinya, pengaruh Barisan Nasional memang kuat. Aku dapat lihat apabila hanya lambang dacing yang dihiasi di kampung aku. Bila nampak bulan atau mata berkibaran, ia menjadi satu yang aneh dan pelik. Kalau aku lihat di kawasan sekitar Selangor ni memang meriah. Bermacam-macam warna bendera ada.

Di Kampung aku proses pengundian memang berjalan lancar. Tiada provokasi ataupun isu. Semua orang dilayan sama rata. Tiada kepartian. Aku hanya nampak gelombang biru walaupun aku tahu dalam lautan biru ada juga hijaunya. 

Debaran Keputusan

Menanti keputusan memang mendebarkan. Nak tahu adakah tempat aku masih dipegang oleh wakil rakyat yang sama ataupun beralih arah. Aku tak dapat mengetahui keputusan sehinggalah pagi tadi. 

Aku terpaksa bertolak balik ke UKM. Bas bertolak pukul 12 pagi. Memang tak dapatlah aku mengetahui keseluruhan keputusan PRU13 ni. Dalam bas pun masih terfikir-fikir siapa yang menang dan siapa yang kalah. Awal pagi cari paper. Masih belum terjual. Akirnya aku buka laman web SPR bila dah sampai di bilik.

Keputusan sangat mengejutkan aku. Memang tak jangka. Bukan setakat aku, tapi kebanyakan orang lain di Malaysia. 

Cerita pasal keputusan PRU, aku tulis pada entry akan datang.

...Sekian,Wassalam...

2 comments:

  1. tak cukup umur kena tgk je XD

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Pilihanraya kali ni,1st time saya mengundi.

    Yg bestnya, kami berkumpul dulu kat pondok parti, siap melantak mee goreng lagi smntra tunggu turn kereta parti tu bawak kami ketmpt mengundi,kih3.

    Smpai2 je..cisss, dah rmai org rupanya. beratur panjang giler,mak dah bebel2 salahkan abah, tak kuar awl,hahaha

    Kat tmpt saya, saluran 10,11 untuk org muda, semua yg bwh umur 30. Saya beruntung, wlaupn beratur bagai nak rak sblm start mengundi, tpi bila sampai saluran tmpt mengundi, "eh, skit je org" hehe, kejap je dah slsai.

    Alhamdulillah..saya terima dgn hati terbuka. Skrg ni masa untuk sama2 jalankan tnggungjwb. Pemimpin dan rakyat kena bekerjasama.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...