Friday, May 24, 2013

Siapakah Dr Ashraf???

...Assalammualaikum...

Hari ini (23 Mei 2013) ada taklimat latihan Ilmiah untuk program Bioteknologi Tumbuhan dan Bioteknologi dengan Pengurusan. Dr. Firdaus yang bagi taklimat. Pung Pang Pung Pang dia duduk bebel kat 25 orang student yang bersemangat nak buat thesis (latihan ilmiah) tahun 3 nanti. Dah terbayang-bayang apa tajuk dan siapa penyelia yang menjadi pilihan.

Secara tiba-tiba, para student wanita berbisik-bisik sesama mereka. Eh! Kenapa Dr.Ashraf tak amik student untuk program kita? Sok sek sok sek aku dengar diorang ni berkata. Tergedik-gedik memasing bercerita pasal Dr.Ashraf tu. Kenapa dengan Dr tersebut? Aku tak tahu menahu pun. Popular sangat ke dia tu? Apasal aku tak pernah tahu?

Sehinggalah kelas pukul 6 petang tadi. Pun dengan Dr.Firdaus. Para wanita masih bercerita depan aku. Bercerita pasal Dr.Ashraf tu lah.

"Kenapalah Dr.Ashraf tu tak amik student kos kita. Kalau amik, aku nak jadi student yang buat thesis dengan dia". Kata pelajar perempuan A.

"Hish! Korang ni, dari pagi tadi aku dengar nama Dr.Ashraf tu. Kenapa dengan dia?" Aku rasa cemburu.

"Dia pensyarah baru dan dia tu muda" Jawab wanita tu.

Aku tak mengalah. Aku pun menjawab balik. "Aku pun muda jugak. Dah 2 tahun hidup sekelas dengan aku. Tak kan tak perasan yang aku ni muda?"

Eh! Dia tak mengalah lagi. Dia menjawab balik demi Dr.Ashraf tu. "Dia muda dan handsome. Kau muda je."

Ok. Find! 

Eleh, macam lah dia nak layan kau. Perempuan memang hidup penuh dengan perasan. 13 perempuan kos aku. Macam-macam perangai. Mostly hidup dalam fantasi! Running-Man lah . K-pop lah. Apa kurangnya lelaki Melayu kat Malaysia ni? *nada kecewa sebab mereka lebih pandang korean man berbanding Malaysian Man.

Sampai sekarang aku masih tak tahu siapakah dan macam mana rupa DR. Ashraf yang perempuan-perempuan ni sibukkan sangat!

...Sekian,Wassalam...

NotaFO : Cerita ini sekadar hiburan. Tapi 95% adalah benar belaka. Aku tahu. Budak kelas aku tak baca pun entry ni. Aku tulis, aku baca sendiri.

2 comments:

  1. mostly hidup dalam fantasi , haha ...betul tu :P
    diorang minat kpop , tapi last2 khawin dgn org melayu gak...but i prefer to 'minat dan suka ' lelaki melayu sebab tak pandai nak layan kpop , running man bagai ni..hehe

    ReplyDelete
  2. haha,. cool babeh,. malaysian boy tetap mjadi pilihan hati kot,. kau jd la DR.Faizul, kompem nnti students tergila2kan kau, huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...