Monday, December 3, 2012

Alahai Filem Melayu!!!

...Assalammualaikum...

Dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di blog aku ni. Almaklumlah hidup sebagai student memang selalunya masalah kekangan masa. Idea ada, tapi nak menghadap blog ni tak lah pulak berselera bila teringat akan assignment, lab report, kelas lagi dan yang terbaru ni exam bakal menjelang tiba. Fuh! panjang introduction aku yang entah pape ni.

Ok, aku teruskan dengan berkaitan tajuk yang terpampang kat atas tu.

Aku ni memang menggemari filem-filem tempatan ataupun filem Melayu. Sebab apa? Entahlah. Dah memang minat aku pada filem Melayu. Cakap je siapa berlakon, bila tayangan, semua aku tahu. Tengok! Betapa obsesnya aku dengan filem Melayu ni. Semuanya aku dapat tahu kat Finas.


Filem yang teringin untuk aku tengok. Sampai sekarang masih tak berpeluang.

Tapi, masalahnya filem Melayu sekarang ni dah banyak yang merepek. Hanya sebahagian filem je yang sangat menarik untuk di tonton beramai-ramai. Yang lain kebanyakkannya merepek tak sudah. Ada filem tu, aku mampu bertahan tengok 10 minit je. Lepas tu tutup.

Filem di Malaysia ni terlalu banyak memaparkan pasal gaduh dan gaduh. Dari awal sampailah habis cerita. Motif gaduh? Lepas tu hantu yang buat kelakar. Katanya nak buat kelainan tapi tak menarik.

Bagi aku, filem yang menarik ialah jalan cerita yang ada mesej, pengajaran, pembawaan watak yang berkesan. Bukan setakat buat filem tangkap muat je. Dengan lambakan filem yang berjeniskan 'tangkap muat'  ni berlambak lah menyebabkan filem yang ada kualiti tenggelam. 

Nak buat sesuatu cerita yang mudah orang ingat sampai bila-bila ni memang agak payah. Tapi tak mustahil seperti filem Bujang Lapok. Sampai sekarang orang masih menonton walaupun dah berjuta kali tayangan kat TV. 

Sekarang ni nak buat sesuatu perkara mesti kena research. Dengan research ni kita dapat tahu yang mana baik atau tak. Yang mana bagus atau tak. Kalau setakat main tangkap muat memang teruklah jadi filem tu. Sebab tu kalau filem hollywood akan orang anggap sentiasa bagus. Walhal cerita tu tak logik pun orang kata bagus sebabnya aku nampak yang pembikinan cerita tu ada buat penyelidikan.


Antara filem yang bagus tapi kurang mendapat sambutan.

Seperti Filem yang baru aku tengok ni Zaiton Ceritaku. Banyak pengajaran, ada mesej yang nak disampaikan. Sampai boleh nak menitiskan air mata. Tapi, sayangnya Filem ni kurang mendapat sambutan dan tenggelam disebabkan oleh lambakan filem 'tangkap muat' ni yang membuatkan orang tak nak ke wayang sebab takut kecewa bila filem tu tak best.

Adalah lebih baik jika cerita nak di masukkan pawagam ni ditapis dahulu. Ada kriteria tertentu. Tak lah semua cerita merepek yang penonton duk hadap dan bila keluar wayang je semua duk maki pasal cerita tu.

Aku rasa dah macam pegkritik filem pulak. Bukan apa, kita masuk wayang tu guna duit kita, bukan free. Kita bayar untuk tengok filem tu. Jadi, aku dan mereka yang lain sebagai penonton tu mestilah nak sesuatu yang boleh memuaskan hati, bukan yang menambah panas hati bila keluar dari wayang. Betul tak? 

Korang rasa macam mana? Pendapat tentang filem melayu ni?

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO: sebenarnya sekarang ni tunggu masa yang extra untuk tengok LBS2. Kalau dapat bagos, kalau tak tunggu download je. hehe.

Saturday, November 17, 2012

Inspirasi 'Cinta High Class'


...Assalammualaikum...

Di malam hari ini, aku nak berjiwang sekejap. Jiwang ke? Ni semua hasil penulisan mereka yang sungguh aku kagumi. Teringin nak mencontohi watak-watak dalam tu. hahak!

Bila sebut pasal novel cinta mesti ramai yang geli terutama lelaki. Tapi, tak pada aku. Kelainan yang aku ambil ialah aku memilih novel ini demi meraih cinta fitrah dan cinta kepada-Nya. Bukan nak menjiwangkan diri semata-mata. Novel Islami ! Itulah pilihan aku. Tak salahkan kita membaca novel macam ni. Boleh menjadikan sebagai sumber inspirasi.

Selama berbulan jugak aku mengambil masa untuk menghabiskan pembacaan novel Cinta High Class ni. Pada mulanya aku tertarik dengan novel ini apabila aku pergi ke MPH MIDVALLEY. Tertariknya sebab buku ni adalah salah satu buku top 10 selling in that week. Bertambah bestnya, buku itu adalah gabungan novelis terhebat iaitu Dr Farhan Hadi dan Fatimah Syarha. Husband & Wife tau. Bukan gabungan yang main-main.

Dua cerita dalam satu novel tapi ceritanya ada kaitan antara satu sama lain. Penulisan yang digarap dengan cara mereka tersendiri. Di dalam penceritaan terselit jugak ilmu-ilmu agama seperti hadith, ayat al-quran serta fekah yang berkaitan alam percintaan fitrah dan kepada-Nya menuju 'High Class'.

Ada yang menyatakan membaca novel cinta ni akan menyebabkan diri kita menjadi syok sendiri. Tapi tak pada aku. Kita akan cuba untuk meraih apa yang di tulis dalam novel itu. Bagi aku novel ini memberi sumber inspirasi yang tak pernah aku dapat dalam novel lain. Semuanya demi kehidupan yang akan datang. Bukan untuk menjiwangkan diri semata-mata. Tidak!

Semakin aku baca novel ni semakin menarik membuatkan aku menghabiskan masa yang lama untuk menghabiskan pembacaan novel ini. Apa taknya sampai 2 bulan baru dapat habiskan. Menjiwai sangat! 

Novel ini bukanlah hanya sekadar cerita kosong semata-mata, tapi novel ini banyak memberikan ilmu yang banyak. Tidak rugi membeli novel ini. Cerita yang diceritakan dalam novel ini umpama kisah benar yang berlaku terhadap penulis. Cuma mereka tak mengaku secara berterus terang. Aku dapat mengagak yang cerita ini serba sedikit adalah apa yang penulis novel tu sendiri alami. Tak percaya! Beli dan bacalah! Lepas tu menghayati setiap bait kata dalam novel tu.

Sesungguhnya novel tarbiah ini amat sesuai untuk dibaca semua golongan khususnya para muda mudi seperti aku ni. Sama ada yang sedang mencari jodoh, bakal berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga. Serta mereka dan anda yang tengah baca blog ini. 

Tak rugi beli dan baca tapi rugi jika tak beli dan tak baca. 

Akhir kata, salam maal hijrah. Hijrahkanlah diri anda dari yang buruk kepada yang lebih baik. Termasuklah diri ini jua.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : dah lama blog ni tak de gambar. Biarkan. Apa yang disampaikan lebih penting dari meletakkan gambar yang mengarut. Paling bagus letak gambar originaliti hasil sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...