Wednesday, April 18, 2012

Aku Ada Haiwan Belaan di Bilik!!!

Ingat korang je ke ada haiwan belaan. Aku pun ada jugak. Haha. Nak tengok ke?

Nah!! Amik kau!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Si Angry Bird Kuning. Besor kau. Garang kan? Masih dalam bungkus lagi. Tak nak bagi dia terbang jauh-jauh. Siapa berani kacau aku, Si Kuning ni akan attack orang tersebut. Bukan setakat b*** bulat hijau dengan monyet dia attack. Korang pun boleh dia hapuskan.

Amacam? Takut tak?

notaFO : Binatang ini terpaksa aku bela setelah aku dapatkannya secara percuma apabila membeli sebuah gadjet. Weeeeeee!!! *nada angry bird.

Saturday, April 14, 2012

Andainya Rasullullah Masih Ada : Ingin Sekali Aku Mencium Aroma Wanginya.

Wangian. Memang tak terlepas dari hidupan seharian hidup kita. Sama ada bedak, perfume, sabun atau shampoo semuanya boleh buatkan badan kita wangi. Pelbagai jenama minyak wangi yang terdapat pasaran dunia sekarang. Tak terkira hinggakan. Kalau siapa sanggup kira bagi tahu kat aku bilangannya.

Dalam kita berwangi-wangian, tahukah korang ada sunnah Rasulullah yang boleh umat manusia ikuti. Setelah aku membacanya baru aku mengetahui. Jadi aku kongsikan hal ini kepada korang.  Disini aku peroleh dari sumber yang di yakini. Aku nak kongsi kepada semua pembaca blog aku ni. 



Pertama
Anas ibn Malik r.a. meriwayatkan : "Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Rasulullah SAW mengharumkan diri"
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ibn Sa'd )

Kedua
Tsumamah ibn Addillah meriwayatkan : "Anas Ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi. Dia berkata, 'sungguh, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menolak pemberian minyak wangi."
( Riwayat at-Tarmizi, al-Bukhari, Nasa'i dan Ahmad )

Ketiga
Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu." 
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Syaikh dan Baghawi ) - Hadis Hasan

Keempat
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Wangian bagi lelaki adalah wangian yang keras - aromanya keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat." 
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad )


Akhir kata, selamat beramal. Semoga apa yang aku beri ini dapat korang amalkan dalam kehidupan seharian. Aku nak tanya, korang pakai wangian apa? Share lah kat aku. huhu...

FO info : esok dah nak balik UKM. Sedih plak rasa. Bulan 7 baru dapat balik rumah ni semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...