Saturday, September 24, 2011

Dia MeNaNGiS KeRaNaKu

Siapa dia??? Siapa orang yang aku maksudkan ini??? Aku sentiasa merinduinya. Saat berpisah berjauhan dengannya membuatkan aku teringat selalu kepadanya. Semangat dia & air matanya membuatkan aku sentiasa tabah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Aku sentiasa berdoa agar aku akan sentiasa bersamanye hingga akhir hayat setelah aku mencapai kejayaan kelak. aku sering teringat akan pesan-pesannya. Tidak pernah luput dalam ingatan ini.

Dahulu, ketika dia mengetahui akan kehadiranku, dia menangis sebagai tanda kesyukuran tak terhingga. Dengan penuh kasih sayang diamembawa aku kesana kemari tanpa jemu. Sehinggalah masa aku menjengah dunia ini. Dia kesakitan. Dia berusaha ingin menyelamatkan ku. Kali ini dia menagis lagi. Menangis kerana menahan kesakitan. Begitu tabahnya dia ingin menyelamatkan ku. Aku selamat menjengah dunia yang penuh cabaran ini. Dia menangis lagi. Menangis kerana dia berjaya menyelamatkan ku. Aku dilaungkan dengan kalimah suci. Dia menangis lagi. Saat mendengar kalimah suci ini dia merasakan betapa besarnya amanah yang telah diberikan oleh ALLAH kepadanya.

Aku pandai meniarap, merangkak, berjalan dan bercakap. Dia menangis lagi. Tidak sangka, dalam jagaannya aku membesar sebagai manusia normal. Paling menitis air mata saat aku memanggilnya. Dengan pelukan kasih sayang dia memelukku. 

Aku menuntut ilmu. Dia mengajarku. Mengenal, Membaca & Mengira. Walau lmbat aku mempelajarinya, dia tetap mengajarku tanpa jemu sehingga aku mampu melakukan apa yang diajarnya. Dia menangis lagi. Tidak terjangkau dalam fikirannya, dia mampu mengajarku. Setiap aku keluar untuk menuntut ilmu dia sering berpesan kepada aku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Saat aku pulang ke rumah, dia menyambut kepulanganku denagan senyuman. Jika aku berjaya dalam sesuatu, dia turut gembira atas kejayaanku.\

Aku meningkat remaja. Saat ini, aku mengenal dengan hamba ALLAH yang bermacam watak. Jiwa aku semakin bergelora. Inginkan ini dan itu sebagai memenuhi kehendak hati dan nafsu. Sehinggalah suatu hari aku meninggikan suara terhadapnya. Kali ini dia menagis lagi. Aku lihat akan air matanya. Dia menangis kerana kecewa terhadap aku. Inikah insan yang di didik selama ini lakukan terhadapnya? Luluh hatinya saat ini. Aku menjadi serba salah. Dia tidak menghiraukan aku. Aku dibiarkan begitu sahaja mengharungi hari di dunia ini. Aku menjadi serba salah. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Akhirnya, aku memohon maaf terhadapnya. Langsung dia terus memaafkan ku. Aku tahu, dia amat kecewa terhadap aku ketika itu. Hatinya mudah cair saat aku memohon kemaafan terhadapnya. Dia tak mahu aku hidup tanpa keberkatannya jika dia tidak memaafkan aku.

Kini, aku semakin membesar dan dapat memikirkan apa yang baik dan buruk. Aku mampu menilai yang baik dan buru. Aku semakin jauh dari penglihatannya. Tapi, dia tetap dihati aku. Setiap kali aku berpisah jauh, dia akan menitiskan air mata. AIR MATA pengharapan kejayaan yang akan aku bawa pulang. Bukan kegagalan. Pesanan yang diberikan sentiasa dihatiku. Terngiang-ngiang di cuping telingaku. Tidak pernah terpadam. Apa yang aku lakukan, aku akan sentiasa mengingati dia. DIALAH SUMBER INSPIRASI HIDUP AKU. DIA TABAH. TAK PERNAH KENAL ERTI JEMU.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...