Sunday, September 18, 2011

TeRaBai JiKa MeNGaBaiKaN


Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat itu tiang agama - orang yang mengarjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama, orang yang meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama. Semua orang juga tahu bahawa jika kita meninggalkan solat adalah satu dosa besar tapi kenapa ada juga yang meninggalkannya???



Firman Allah s.w.t dalam surah al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud : ''(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?' Orang-orang yang bersalah itu menjawab, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.' ''

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan ; enam daripadanya akan diterimanya di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhir nya di hari kiamat.

6 SEKSAAN DITERIMA DI DUNIA


  1. Usianya tiada keberkatan
  2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
  3. Tiada pahala setiap amaln yang dikerjakan.
  4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan ALLAH s.w.t
  5. Semua makhluk di dunia membencinya.
  6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.
3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG
  1. Matinya adalah dalam kehinaan.
  2. Matinya adalah dalam keadaan lapar.
  3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.
3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR
  1. Kuburnya disempitkan.
  2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
  3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
  1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
  2. Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang amat hina.
  3. Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Untuk mengelakkan daripada terabai maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesama manusia di dunia ini. 

Setelah aku membaca artikel ini terbit di hati aku untuk berkongsi dengan anda semua. Aku berasa takut akan seksaan ALLAH. Ini membuktikan bahawa solat ini sunnguh penting dalam kehidupan seharian kita. Solat juga membezakan kita dengan orang kafir. Hanya oranh islam sahaja yang dituntut solat. Solat tidak sukar. Malah ia memberi kita ketenangan dalam hidup seharian kita. Jika kita sentiasa mengingati ALLAH, ALLAH akan mengingati hambanya ini. 



GenQ vol 1 isu 2

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...