Friday, September 30, 2011

Seni Silat Cekak Malaysia

Silat??? Apa itu silat??? Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri yang digunakan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi... Eh!!! Kenapa tiba-tiba je nak tulis pasal silat ni??? Nak thu sebab apa??? Bacalah sampai habis...







Pada 28 September 2011 bersamaan dgn hari rabu, aku bersama beberapa org kwn telah ke MAJLIS PENERANGAN DAN DEMOSTRASI PERSATUAN SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di dewan kuliah 3F-301 di FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN...




Dalam majlis tersebut kami telah diterangkan degan kaedah silat cekak ini. Selain itu, kami juga telah ditunjukkan dgn demontrasi silat cekak ini. Memang menyakitkan bagi yang mengancam pengamal ilmu silat ini... Bagi aku, ilmu silat ni penting sebab ia adalah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa melayu... Aku sebagai bangsa melayu amat teruja degan seni silat cekak ini... belajar dan pergerakkannya adalah simple tp ketangkasannya dan teknik yang betul harus kite pelajari.






Ada juga suara sumbang yang mengutuk sendiri silat ini... Hamba ALLAH yang megutuk ini adalah bangsa melayu sendiri. Apa yang dia katakan ialah ''silat ni pergerakan lembut & nampak tak ganas. pergerakan perlahan... Kalau Taekwando ni nampak lasak, baru best''... Setelah aku tengok demostrasi malam itu, mmg agak terkesan utk prtahankan diri... tak susah pn... x banyak tahap yg perlu ujian...


Semasa penerangan malam tu, ada menyatakan mempelajari silat ini kita hanya menanti serangan 99%... 1% lagi kita menyerang... apa yang dikata kan mmg benar... Jadi, tak rugi bagi kita utk pelajari silat ini utk kepentingan diri kita sendiri malah kita juga boleh bantu orang lain... Disini ada beberapa video yang dpt dikongsikan... video ni diperoleh ketika demonstrasi malam itu...


video


                                           video

Kalau anda semua lihat dalam video td ada pergerakan asas dalam solat... sebab itu silat ini khas utk orang melayu... siapa lagi yang akan kekalkan kebudayaan melayu kalau bukan kita orang melayu sendiri...

Jadi, da nmpak kn knp aku tulis pasal silat kali ini...
Nk cakap segan tp, aku thu anda semua paham...

Harap maaf, jika entry kali ini ada kekurangan...



Thursday, September 29, 2011

BaYi Dua MuKa

Sungguh aneh dan ajaibnya kejadian ALLAH. 
Sungguh besar kuasa ALLAH sehingga mampu menjadikan manusia sekalian rupa yang berbeza dengan manusia normal yang lain. 
Apa tujuan ALLAH menjadikan manusia sekalian rupa? 
Ini menunjukkan bahawa ALLAH lah yang lebih berkuasa di dunia ini. 
Dia mampu melakukan apa sahaja yang dia kehendaki. 
Sekiranya dia menyatakan ''KUN FAYAKUN'' maka jadilah ia serta merta.

Sebagai renungan buat kita menunjukkan bahawa betapa besarnya kuasa ALLAH itu. 

Jadi, sebagai perkongsian bacalah berita ini untuk renungan dan keinsafan terhadap hebatnya kuasa ALLAH. INSYAALLAH.



BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.



RAWALPINDI, PAKISTAN: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.


Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.


“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.


Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.


Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan. Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.


Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.


Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.


Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.


Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.


Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi


Petikan Harian Metro - Rabu - 28/09/2011 

Monday, September 26, 2011

TiPS MeNGaTaSi KeMuRuNGaN


Salam kesihatan. 
Kali ini aku nak share degan korang tentang tips mengatasi kemurungan. 
Perkara ini adalah penting untuk kehidupan seharian. 
Aku tahu bahawa ramai di kalangan kita sering bermurung sama ada dalam hal kerjaya, pelajaran mahupun perhubungan cinta. 
Jadi, aku harap, korg semua dpt manfaatkan tips yang aku jumpa kat internet ni untuk dikongsi kepada korg. 
SELAMAT MENCUBA.

Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu;

  1.  Major Depression, 
  2.  Mild Depression, dan 
  3.  Manic Depressive.

Punca

  •  Sosialisasi keluarga 
  •  Faktor genetik 
  •  Kehilangan sesuatu yang amat disayangi 
  •  Penyakit yang berpanjangan 
  •  Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri 
  •  Rasa rendah diri yang keterlaluan 
  •  Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul
Tip Mengatasi Kemurungan

  • Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai  
  • Belajar menjadi tenang & bersabar
  • Perancangan tugas agar teratur 
  • Jangan terlalu mengharap diri sendiri 
  • Elakkan bersendirian 
  • habiskan masa dengan orang tersayang 
  • Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif 
  • Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnyasecara objektif.

Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MeSRa Di KaJaNG MeWaH

Hari ini seawal 5.30pg lagi aku dah bangun(awal gilak bangun)... nk thu sb ape?? sebabnye aq bersemangat nk g TAMAN PERUMAHAN KAJANG MEWAH ni... nak thu ap aku wat??? kitorg kene wat khidmat masyarakat iaitu program 5B... Mase dpt pilih tmpt 2, ape dlm pikiran aq ialah tmpt die msti mewah2... ye la kn kajang mewah... msti umah banglo... pangkat dato'... tp, ap yg brlaku... truskan lah membace...


pg2 lg jam 7 pg pelajar thn 1 KOLEJ KERIS MAS da berkumpul kat kafe ku 7 pg... time ni lame gile nk tgu sarapan pg... naik kebulor perot... nasib baik x bunyi2... kul 7.45 bru bru makanan smpai... pas makan, mahasiswa/i ni pn beratur la pnjang2 ikot RT(rukun tetangga) masing2... nk kire org mase ni ckup or x... pas 2 bersedia nak naik bas... kene plak yg g kajang mewah ni last sekali naik bas... kul 9.30 bru dpt naik bas... lmbat x lmbat la ni...

ni la pangsapuri TAMAN PERUMAHAN KAJANG MEWAH...
kitorg yg g kajang mewah seramai 25 x silap la trmasuk PC(pemudah cara) ni berkobar2 nk tgok kajang mewah ni... msti umah besar... smpai2 je... trkejut aq, mmg umah die besar... 5 tingkat 2!!!!... trgamam seketika... x terkate ape2... nk thu sb ap??? sb RT yg kitorg g ni ialah rumah pangsapuri kops rendah dlm kawasan perumahan 2... paling best 2, kat sane rmai bdk2... kite semua ni dismbut dgn kanak2 yg comel... da mcm tmpt tadika da kat situ... lg best, kite di smbut bersame dgn plastik smpah, penyapu, sarong tangan & pape la alat pembersih...

dlm2 bz pn smpat lg pozing yg x seberape nk pozing...
kitorg di bahagi kpd 3 group... group A, B & C... aq kene group A.. kitorg kene cabut rumput. sapu daun.kutip sampah... mmg best la... ape x nye 1st time kot wat keje mcm ni... sblm ni x penah pn... best dpt jmpe dgn masyarakat ni... nak2 lg yg peramah... mkin rancak la aq bercakap... kitorg wat keje ni x lame pn... lbih kurang kul 11.30 kitorg da siap... lepas 2 die ad bg la jmuan ringan skit... ckup la sekadar die bg air sirap dgn kuih 2 bijik... dr xde pape... lbih baik ad... pas 2 kitorg semua trmasuk penduduk kat situ ape lg bergalak la msing2 nk bergambar... sporting jgk mak cik pak cik kat sini... sporting lg budak2 comel ni...

rjin mengemas... siap peace lg...
dalam kitorg wat gotong royong ni ad la sdikit perasaan yg lucu kat aq... nak thu ap??? kak yuyu pc kitorg 2, kuku die patah... nk thu sb ap??? sb bersemangat sngt cabut rumput... lg 1 knp la die simpan kuku pnjang2... kn da susah... kuku kesayangan da patah sb cabut rumput...

ni la akak yg kuku patah sb cabut rumput...
lg 1, terbit dlm hati aq pasal kawasan tmpat tinggal diorg... ap yg aq nk tulis ni bkn la suatu keburukan tmpat diorg cume just rase simpati... mase mule2 aq tgok kawasan diorg ni mmg kotor... kotor sb bnyk sampah... dlm hati, diorg ni x kemas ke kawasan ni??nk2 lg tmpt pmbuangn sampah... kotor & brbau... mcm mane la diorg bole hidup kat tmpat mcm ni... aq bersyukur sb aq tinggal tmpat yg selesa jgk la... klu hujan aq x thu la mcm mane... kitorg yg dijamukan jamuan ni pn makan tp parit je bersame pnduduk setempat... best jgk la... sdp makanan yg makcik kat sane wat...
ni plak time jamuan...
Ap yg aq harapkn kat tmpt 2 ialah supaye tmpt 2 jd la tmpat yg bersih... jgn la buang smpah merate2... nk2 yg duk kat tingkat atas...kesian kat org bwh...

ni la tmpat smpah yg kotor sblm di bersihkn td... skrg da bersih siap bole baring lg kat situ...
pape pn sbg penutup, aktiviti KHIDMAT MASYARAKAT yg kami semua buat ni mmg best... klu nk wat selalu pn bole... hahaha...
thanks... sudi membace...









ni la ajk RT kajang mewah... class gitu pakcik2 ni... sporting abis...


saat nk blik ni... bye..


souvineer yg dpt di bawa pulang...






bdk2 yg sporting... melambai smbil lari2... seronok la 2... lain kali dtg lg...


SEMOGA LAIN KALI JUMPA LAGI..


Saturday, September 24, 2011

Dia MeNaNGiS KeRaNaKu

Siapa dia??? Siapa orang yang aku maksudkan ini??? Aku sentiasa merinduinya. Saat berpisah berjauhan dengannya membuatkan aku teringat selalu kepadanya. Semangat dia & air matanya membuatkan aku sentiasa tabah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Aku sentiasa berdoa agar aku akan sentiasa bersamanye hingga akhir hayat setelah aku mencapai kejayaan kelak. aku sering teringat akan pesan-pesannya. Tidak pernah luput dalam ingatan ini.

Dahulu, ketika dia mengetahui akan kehadiranku, dia menangis sebagai tanda kesyukuran tak terhingga. Dengan penuh kasih sayang diamembawa aku kesana kemari tanpa jemu. Sehinggalah masa aku menjengah dunia ini. Dia kesakitan. Dia berusaha ingin menyelamatkan ku. Kali ini dia menagis lagi. Menangis kerana menahan kesakitan. Begitu tabahnya dia ingin menyelamatkan ku. Aku selamat menjengah dunia yang penuh cabaran ini. Dia menangis lagi. Menangis kerana dia berjaya menyelamatkan ku. Aku dilaungkan dengan kalimah suci. Dia menangis lagi. Saat mendengar kalimah suci ini dia merasakan betapa besarnya amanah yang telah diberikan oleh ALLAH kepadanya.

Aku pandai meniarap, merangkak, berjalan dan bercakap. Dia menangis lagi. Tidak sangka, dalam jagaannya aku membesar sebagai manusia normal. Paling menitis air mata saat aku memanggilnya. Dengan pelukan kasih sayang dia memelukku. 

Aku menuntut ilmu. Dia mengajarku. Mengenal, Membaca & Mengira. Walau lmbat aku mempelajarinya, dia tetap mengajarku tanpa jemu sehingga aku mampu melakukan apa yang diajarnya. Dia menangis lagi. Tidak terjangkau dalam fikirannya, dia mampu mengajarku. Setiap aku keluar untuk menuntut ilmu dia sering berpesan kepada aku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Saat aku pulang ke rumah, dia menyambut kepulanganku denagan senyuman. Jika aku berjaya dalam sesuatu, dia turut gembira atas kejayaanku.\

Aku meningkat remaja. Saat ini, aku mengenal dengan hamba ALLAH yang bermacam watak. Jiwa aku semakin bergelora. Inginkan ini dan itu sebagai memenuhi kehendak hati dan nafsu. Sehinggalah suatu hari aku meninggikan suara terhadapnya. Kali ini dia menagis lagi. Aku lihat akan air matanya. Dia menangis kerana kecewa terhadap aku. Inikah insan yang di didik selama ini lakukan terhadapnya? Luluh hatinya saat ini. Aku menjadi serba salah. Dia tidak menghiraukan aku. Aku dibiarkan begitu sahaja mengharungi hari di dunia ini. Aku menjadi serba salah. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Akhirnya, aku memohon maaf terhadapnya. Langsung dia terus memaafkan ku. Aku tahu, dia amat kecewa terhadap aku ketika itu. Hatinya mudah cair saat aku memohon kemaafan terhadapnya. Dia tak mahu aku hidup tanpa keberkatannya jika dia tidak memaafkan aku.

Kini, aku semakin membesar dan dapat memikirkan apa yang baik dan buruk. Aku mampu menilai yang baik dan buru. Aku semakin jauh dari penglihatannya. Tapi, dia tetap dihati aku. Setiap kali aku berpisah jauh, dia akan menitiskan air mata. AIR MATA pengharapan kejayaan yang akan aku bawa pulang. Bukan kegagalan. Pesanan yang diberikan sentiasa dihatiku. Terngiang-ngiang di cuping telingaku. Tidak pernah terpadam. Apa yang aku lakukan, aku akan sentiasa mengingati dia. DIALAH SUMBER INSPIRASI HIDUP AKU. DIA TABAH. TAK PERNAH KENAL ERTI JEMU.





Friday, September 23, 2011

TiDuR aTaS NaJiS

...ASSALAMMUALAIKUM...
...Kali ini aku nak berkongsi pasal 1 berita ni la...
Memang menyayat hati apabila rumah kebajikan yang dijadikan tempat berlindung bagi mereka yang tidak bernasib baik pun menerima nasib yang tidak baik... Serba kedaifan... aku tak tahu la macam mana mereka boleh hidup dalam keadan macam ni... kalau aku la tak sanggup...

...Nak tahu baca lah keratan berita yang aq copy & paste dr Metro Online...
...hahaha...
...Selamat Membaca...

TAK TERURUS...tempat tidur warga emas di pusat terbabit.
TAK TERURUS...tempat tidur warga emas di pusat terbabit.

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.

Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.


Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.

PINDAH...seorang penghuni dibawa keluar anggota PBSM.
PINDAH...seorang penghuni dibawa keluar anggota PBSM.
                                         
Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.

Oleh Siti Na’imah Mohamed

naimah@hmetro.com.my

Sunday, September 18, 2011

TeRaBai JiKa MeNGaBaiKaN


Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat itu tiang agama - orang yang mengarjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama, orang yang meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama. Semua orang juga tahu bahawa jika kita meninggalkan solat adalah satu dosa besar tapi kenapa ada juga yang meninggalkannya???



Firman Allah s.w.t dalam surah al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud : ''(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?' Orang-orang yang bersalah itu menjawab, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.' ''

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan ; enam daripadanya akan diterimanya di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhir nya di hari kiamat.

6 SEKSAAN DITERIMA DI DUNIA


  1. Usianya tiada keberkatan
  2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
  3. Tiada pahala setiap amaln yang dikerjakan.
  4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan ALLAH s.w.t
  5. Semua makhluk di dunia membencinya.
  6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.
3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG
  1. Matinya adalah dalam kehinaan.
  2. Matinya adalah dalam keadaan lapar.
  3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.
3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR
  1. Kuburnya disempitkan.
  2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
  3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
  1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
  2. Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang amat hina.
  3. Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Untuk mengelakkan daripada terabai maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesama manusia di dunia ini. 

Setelah aku membaca artikel ini terbit di hati aku untuk berkongsi dengan anda semua. Aku berasa takut akan seksaan ALLAH. Ini membuktikan bahawa solat ini sunnguh penting dalam kehidupan seharian kita. Solat juga membezakan kita dengan orang kafir. Hanya oranh islam sahaja yang dituntut solat. Solat tidak sukar. Malah ia memberi kita ketenangan dalam hidup seharian kita. Jika kita sentiasa mengingati ALLAH, ALLAH akan mengingati hambanya ini. 



GenQ vol 1 isu 2

Friday, September 16, 2011

SeLaMaT TiNGGaL



Lagu ni... SELAMAT TINGGAL...
Memang aku tak dpt lupakan... Saat lagu ni tengah hits masa itu aku telah terpaksa berpisah bersama kawan2 di KMNS... Sungguh ramai kawan aku di sana... Apa tidaknya, aku tinggal di KMNS selama 2 tahun... Sudah ramai kawan aku terima... Yang baik mahupun yang buruk... Semuanya bagi kenangan manis ataupun pahit untuk aq...

Sekarang, aku telah memperoleh lagi kwn baru yang sangat 'best'... Tapi, ap yg aq takutkan adalah perpisahan yang akan aku alami suatu hari nanti...

Dalam hidup aku, aku belum lg temui kawan yang benar memahami segala perasaan aku... Bila dapat berjumpa, perpisahan sering terjadi... Mahu atau tak kita semua perlu berpisah kerana kita semua ada perjuangan yg belum selesai...

Apapun, kawan yang aku terima sekarang ini memang best untuk aku... Belum lagi hati ini tersinggung dengan perbuatan mereka... Aku mengharapkan persahabatan yang kekal hingga ke akhir hayat...

Monday, September 5, 2011

TiDaKKu SaNGKa

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ni aq nk crite la pasal TIDAKKU SANGKA...



ape yg aq nk bg thu kat sini mmg suatu kegembiraan buat aq. apa yang membuatkan aq gembira & tak sangka ni!!!... memandangkan lagi 2hari aq nak mendaftar msuk universiti ni, aq nak critela blik la macam mana aq bole sampai ke tahap ni... bukan nak membangga la cuma nak kongsi cerita sahaja la...

cerita ni bermula setelah aq memperoleh result spm pada bulan mac 2009... aq mendapat 3A2B4C1D... aq tak thu mase tu sama ada nak suka atau sedih... cikgu yang bagi result aq dulu kate TAHNIAH sebab aq memperoleh 3A... tp, bile aq tengok yg 3A itu hanya BM, MATH & PEND ISLAM... yang subjek FIZIK, KIMIA, BIOLOGI & ADD MATH aq dapat C & D... aq kecewa dengan result aq macam ni... aq tak tahu ke mana aq akan pergi selepas ini dengan result aq macam ni...

2 bulan aq menunggu tawaran sambung belajar... bila masa tawaran sanbung belajar di umumkan, aq tidak mendapat apa-apa tawaran sambung belajar... aq bertambah kecewa sebab kawan seangkatan aq mendapat tawaran sambung belajar di UiTM & Matrikulasi... tp, tawaran utk aq tiada sama sekali... apa yang aq fikirkan masa itu adalah sambung belajar di tingkatan 6... walaupun itu bukan impian aq sebelum ni, namun di situ saja lah tempat utk aq sambung belajar...

impian aq utk masuk ke tingkatan 6 benar menjadi kenyataan masa itu... aq mendapat tawaran utk aliran sains di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HABAB, KOTA TINGGI... tanpa berfikir panjang aq terima tawaran tersebut seban aq tiada pilihan lain utk sambung belajar... semasa aq di minggu orentasi, aq telah diterangkan langkah selepas aq stpm nti... aq menjadi semakin gembira utk belajar di tingkatan 6 kerana peluang aq msih cerah utk sampai ke universiti...

3 minggu selepas aq berada di tingkatan 6, kawan aq telah menelifon aq... die menyatakan yang aq memperoleh tawaran smbung belajar di UiTM dlm kos DIPLOMA PENGURUSAN LADANG... selain itu, aq juga telah ditawarkan ke KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dalam jurusan Sains Hayat selama 2 tahun... selepas aq tahu akan tawaran ini, aq menjadi bengong... aq bengong sebab tak tahu mana 1 yang akan aku pilih utk sambung belajar... akhirnya, aq telah berjumpa dengan cikgu kaunseling aq iaitu PUAN AMINAH BTE YUNOS...

dalam perbincangan die meyuruh aq smbung belajar di kolej matrikulasi... aq takot utkke sana sb ada pelajar lain kate blaja kat matrik ni susah... ramai yg kene tendang... tp, kate cikgu tersebut lbih baik blaja kat matrik berbanding blaja kat tingkatan 6... sebab kat tingkatan 6 lagi susah dari kat matrik...

akhirnya, aq telah membuat keputusan yang aq akan sambung belajar di KMNS... bak kata org KALAU TAK CUBA, KITA TAK TAHU KAN... masa mual aq belajar mmg susah la... susah nak adapt dgn persekitaran... pertama kali exam result aq teruk, tp aq terus kan jgk usaha sehingga aq memperoleh result 3.60... inilah result yg trbaik yg pernah aq peroleh sebelum ini... aq bersyukur kerana aq telah berjaya sampai mendapat keputusan seperti ini... keputusan ini mmg aq tidak sangka jika nak dibandingkan dengan result SPM aq dahulu...

aq bertambah tidak sangka apabila aq telah di tawarkan utk sambung belajar dalam perinkat ijazah... paling aq tidak sangka lg ialah aq telah di tawarkan dalam kos SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN) iaitu kos yg benar-benar aq impikan...

sekarang ni aq pasang impian yang aq akan cuba utk mencapai DEKAN kerana kalau kita memperolehnya kerja akan cari kita... perkara macam ini lah yang menjadi impian aq dan keluarga aq... aq tak akan sia-sia kan harapan & impian ini...


kepada sesiapa yg membaca entri ini, doakan lah aq berjaya dalam mengharungi cabaran ini...

Sunday, September 4, 2011

NaSiHaT IMAM ABU HANAFIAH

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ini aq nak share pasal Nasihat IMAM ABU HANAFIAH tntg kehidupan...


Ya ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT & MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK

Antara nasihat IMAM ABU HANAFIAH tentang kehidupan:

  1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
  2. Jangan pila tamak & berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
  3. Sentiasa menghormati & meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
  4. Sentiasa menziarahi kubur guru & tempat-tempat berkat.
  5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam.
  6. Jangan banyak memaki hamun & mencela orang lain.
  7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
  8. Jagalah rahsia jiran tetangga & jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
  9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
  10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
GenQ vol 01 isu 02

Friday, September 2, 2011

TeKNiK KaWaL CeMBuRu

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ini aku akan bagi pulak kat korg tips utk kawal cemburu...
...tips ni penting bagi mereka yg tgh bercouple...

Berikut adalah beberapa tip sederhana & mudah bagi membantu mengatasi rasa cemburu terhadap insan yang anda sayangi seperti kekasih, suami atau isteri:



1. Pelajari situasi
Langkah awal mengatasi rasa cemburu yang di rasai ialah membawa tenaga negatif ini dengan mengenali situasi terlebih dahulu. Ini boleh membuat anda mendapatkan pandangan-pandangan lain yang lebih objektif. Tanyakan pada diri sendiri apakah dengan melihat orang yang anda sayangi makan dengan rakan-rakan sejenis dengannya adalah alasan kuat untuk cemburu atau ini hanya reaksi anda yang berlebihan. Ya! Sudah pasti alasan ini adalah alasan yang tidak kukuh.

2. Sampaikan kepada pasangan
Sebaiknya mengurangkan keraguan, ketakutan dengan tidak terlalu memikirkan si dia yang anda sayangi. Cara sebegini tentu saja akan membuatkan anda berasa lebih tenang dan selesa. Jika anda sakit hati melihat si dia menjalin komunikasi rutin dengan seseorang yang boleh membuatkan anda cemburu , jelaskan alasan ini hingga akhirnya orang anda sayangi mengerti perasaan anda. Cara lainnya, mulailah menjalin hubungan dengan teman terdekat dengan pasangan anda. Dengan mengenal dunia si dia, anda lebih berkesan mengendalikan fikiran anda dari sudut pandang yang berbeza & positif.

3. Milikilah kegiatan masing-masing
Walaupun anda memiliki hubungan yang istimewa dengan pasangan, bukan bererti anda & si dia harus selalu bersama. Luangkanlah masa anda dengan memenuhi hobi atau apa sahaja aktiviti kegemaran bersama rakan-rakan terutama ketika orang kesayangan anda tidak dapat bersama. Kelekaan & keseronokan bersama rakan-rakan anda akan membantu mengalihkan tumpuan anda sekali gus mengelakkan anda daripada terlalu melayan perasaan cemburu yang tidak berasas.

iSIHAT jun 2011


Thursday, September 1, 2011

RaYa DaHuLu KaLa & KiNi

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ini aq nk crite lak pasal pengalaman raye aq mase aq kecik2 dulu...
...klu kite semua fikirkan pengalaman raya kite semua dulu mmg best...
...ye la bdk-bdk la kate kan...
...ape yg seronoknye sb semua nk kumpul duit raye...

ni aq nk start crite aq beraye mase aq kecik2 dulu... da lame da brlaku bende ni... dlm 10 thn lepas la... mase ni umo aq dlm 7 hingga 12 thn la... hal2 saat raye ni bermule time bile pengunguman raye di umumkan lg oleh mohor di raja 2... bile je org 2 ckp yg esok raye, kitorg yg bdk2 kaqt kg ni kuar la umah... main bunga api, mercun... main lari2 pn jd... yg mak2 dgn bpk2 plak sbuk masak di dpur... kalau dpur x muat, diorg masak kat blkg umah... terutama lemang, ketupat dgn dodol... x kn la bende ni nak masak dlmumah lak kn... mau tebaka plak umah ni... yg bdk2 ni main la smpai penat... da penat bru la blik... ap yg aq fikir dulu ialah nk kumpul duit raya bnyk2...

pg esoknye, raye pn da bermule... mcm biase la pg2 lg mak da suh mandi sarong bju raye... mase 2 aq ad 3 org adk beradik je... lpas kitorg semua ni mandi n sarong bju raye, kitorg makan la, makanan yg mak buat mlm td... lpas 2 kitorg bermaaf-maafan... mase mintak maaf 2 mak nangis2... pelik aq... pas 2, kitorg berlime naik moto g umah arwah ayek... iaitu nenek dr sebelah bpk aq... kat situ rmai la saudara mara aq... umah nenek aq ni x la jauh sngt... 5 minit perjalanan je da smpai...

da lpas raye kat umah saudara mara aq kat kg lukut ni, kitorg semua di jmput oleh cik awang utk balik ke kg mak plak kat tg sedili... tiap2 thn kitorg di jmput utk blik umah atok kat sedili sb abah xde kete smpai thn 2009... bru lah abah ad kereta sndiri... kat tg sedili ni rmai gak sedara kitorg... lg bnyk duit raye kitorg kumpul... mau x bnyk plak duit kitorg... hahahaha... ap yg masih ingat lg ialah mase raye ke 2... kami saudara mara g sedili besar naik bot... takut gak naik bot... ye la takot karam... tp, x penah berlaku pn... skrg ni da senang sb da ad jambatan nak kesane... da x payah ad naik bot lg...

da abis baraya kat sedili, kami sekeluarga blik la ke rumah kat kg lukut mase raye ke 2 ptgnye... 

best la dpt beraya kat sedili... esoknye plak raye ketiga... aq dgn adik2 serta kwn merancang nak beraye kat kg plak... mase 2 fikir misi nk kumpul duit raya bnyk... bdk2 la mase 2 kan... misi raya ke 3 pn bermula... kitorg berjalan dlm 5 hingga 6 org dgn harapan dpt duit raya bnyk2... hahaha... kitorg jalan msuk dlm umah org x lame 5 minit je masuk kuar umah org... nk cri msuk umah org, umah org yg beso2... umah kecik xnk masuk... harapan masuk umah beso dpt duit bnyk... tp, yg berlaku sebaliknye... org yg umah beso xde bg duit pn klu bg pn 3posen je... uwaaaa!!!... harapan hancur mase 2 nk dpt duit bnyk...

jalan punye jalan nak beraya x perasan yg kitorg da berjalan sejauh 5 km... penat woo... btl2 beraya sakan... smpai kul 7 ptg kitorg berjalan... nak blik ke rumah semula 2 penat gile nk berjalan... nak atau x kene la jln gak... xkn nk tdo tpi jalan lak...

da smpai umah, kitorg trus kire duit yg kitorg dpt... sehari suntuk kitorg jalan dpt je dlm rm20... bg kitorg da bnyk da duit 2... hahahaha... da dpt duit bnyk 2 pn da kire syukur... raye ke 4 da x bole jalan... mak kate nti org da xnk layan...

raye dulu dgn skrg utk aq mmg berbeza... dulu aq kecik skrg aq da beso... tp, yg best nye makin aq beso makin bnyk aq dpt duit raye... hehehehe... adk2 aq pn jeles... lg 1 bdk skrg x macam dulu... bdk2 dulu bole jalan jauh2... skrg x bahaye... takut kene culik walaupn duk kat kg... kene la berjaga2...

HAAAA..... AMACAM PLAK DGN RAYA KORG DULU & SKRG??? AD BEZA X???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...