Sunday, June 10, 2012

How To Get Tittle 'Profesor'?

...ASSALAMMUALAIKUM....

Ake merasakan pengetahuan yang aku dapat ni amat berguna dalam perancangan aku dalam menuntut ilmu sains di dunia ini. Bukan sekadar pangkat atau gelaran yang aku inginkan. Pangkat atau gelaran yang kita mungkin dapat adalah tanggungjawab sebenarnya. Bukan gelaran semata-mata.

Gelaran 'Prof' kepada seseorang individu iti memang amat dikagumi. Dia melambangkan yang dia mempunyai sesuatu bidang ilmu yang sangat luas.

Aku mengetahui akan gelaran ini adalah melalui pensyarah Matematik aku semasa aku di KMNS. Masa tu aku membuat lawatan 'Jasamu dikenang di KMNS' anjuran sendirian berhad. Dia menceritakan pengalaman dia belajar. Memang menarik dan mengagumkan.

UPSR > PMR > SPM > STPM/Matrikulasi/Asasi > Ijazah > Master > Phd

Phd kita hanya dikurniakan gelaran Doktor. Bila kita akan dikurniakan gelaran 'Prof/ Prof Madya'?


Semasa aku mula-mula masuk kat universiti ni ada macam gelaran kat lecture. Ada yang ada pangkat doktor je. Tak ada prof. Ada pula yang prof dan ada juga yang prof madya. Aku tak tahu apa bezanya. Dan macam mana boleh jadi macam tu aku pun tak tahu.


Sehinggalah suatu hari, aku pergi ke KMNS berjumpa seorang pensyarah dan menceritakan perjalanan untuk dapat gelaran tu semua.

Menurut apa yang diceritakan oleh pensyarah tu, gelaran 'Prof' kita akan dapat jika kita membuat banyak penyelidikan dan penyelidikan kita berjaya. Jadi, pihak universiti akan menganugerahakan gelaran itu. Gelaran 'Prof' boleh kena tarik balik jika kita tidak aktif lagi buat penyelidikan. 

Antara 'Prof' dan 'Prof Madya' gelaran yang paling tinggi adalah 'Prof'. Aku tak tahu kenapa. Kalau ada yang tahu, sila-silalah memberri tahu.

Pensyarah tu pun ada menceritakan yang kita tak boleh ambil Ijazah, Master dan PhD di universiti yang sama. Jika kita ambil Ijazah dan Master di universiti A, maka dengan automatiknya kita PhD di universiti B. Situasi lain, jika kita ambil Ijazah di Universiti A, maka kita boleh ambil Master dan PhD di universiti B.




Nak jadi pensyarah kat Universiti pun bukan sesenang nak apply menjadi guru di sekolah. Dia mempunyai perjalanan yang cukup hebat. Jika kita nak jadi pensyarah di mana-mana Universiti tersebut, kita kena ambil Master dan pada masa yang sama kita apply untuk menjadi tutor di universiti tersebut. Kiranya kita akan mengajar student Ijazah sambil belajar untuk mendapatkan Master.

Jika ada rezeki, pihak universiti akan menawarkan kita untuk menyambungkan pelajaran kita dalam PhD di Universiti tersebut atau universiti lain sama ada dalam atau luar negara. Setelah kita lulus dan berjaya memperoleh gelaran Doktor, barulah kita berkhidmat sebagai pensyarah di universiti terbabit. 

Setelah itu, kita kena buat banyak sumbangan dalam universiti tu. Antaranya dengan penyelidikan. Dan bila kita buat banyak penyelidikan dan penyelidikan kita berjaya, dengan  rasa hormatnya kita akan mendapat gelaran 'Prof/Prof Madya'.

Jadi, kepada mereka yang pensyarah yang sering batal kelas sebab ke luar negara tu jaganlah rasa bosan atau marah pada pensyarah tersebut kerana dia sedang buat presentation tentang penyelidikan yang dia lakukan. Dengan penyelidikan yang dia lakukan itulah menyebabkan ranking universiti tu meningkat.

Ranking UKM setiasa meningkat dari tahun ke tahun. Tahniah kepada mereka yang berjaya membuat ranking UKM sentiasa meningkat. UKM no 2 di Malaysia. Terasa bangga. So, aku kenalah menjadi orang yang boleh dibanggakan oleh pihak UKM. hehe.

Amacam? Bersemangat tak nak sambung sehingga setinggi tu? Kena ada komitmen yang tinggi untuk mencapai semua tu.

Harap dengan ayat aku yang sungguh skema ini dapatlah aku berkongsi ilmu dengan korang semua. Semoga bermanfaat.

8 comments:

  1. wah,ada cita2 hebat tuh.teruskan usaha

    ReplyDelete
  2. haha... i like your chronology of this story telling.
    I guess, you are ambitious to target this in future. great! keep it up brother!

    ReplyDelete
  3. adakah mereka-mereka yg terpilih shj berhak mendapat tittle tu?

    ReplyDelete
  4. tak... semua org boleh dpt title tu... semuanya atas uasaha yg dia lakukan...

    ReplyDelete
  5. hebat. panjang lagi perjalanan tu. good luck. :)

    ReplyDelete
  6. best article ni. selama ni ttanya2 gak. million thanks XOXO

    ReplyDelete
  7. oh baru tau. before ni tertanya-tanya jugak. thanks btw.

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Aha, baru sekarang lana paham kenapa dan mengapa.

    Pasan jugak kenapa, pensyrh2 tak smbg direct dri degree dan habiskn phd kt u yg sama.

    Time lana kat U, lecturer2 muda rmai smbg blaja kat U lain..puas la pikir kenapa la diorg taknak smbg u sama,kan senang..bleh lak pkir,ingtkn diorg nak cari pengalaman kat tmpt lain. rupa2nya, selain yg tu, sbbnya juga mcm yg faizul sebut ya..heh3

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...