Thursday, December 20, 2012

Exam Aku Datang!!!

...Assalammualaikum...

Tak tahu nak letak tajuk macam mana. Semuanya terkenan dengan tajuk Istanbul Aku Datang. Tapi, aku hanya mampu berkata Exam Aku Datang. 

Sebenarnya aku tak nak pun datang kat exam ni. Exam ni je bersemangat nak jumpa aku. Nak atau tak kena jugak lah menghadap exam ni. Dah niat aku berubah, study sebab nak exam. Tak boleh niat macam tu sebab ilmu yang kita dapat tu nanti tak kekal lama. Lepas exam je terus lupa. Kena ubah niat tu. Niatnya belajar kerana ALLAH.

Sebab tu lah aku tak suka exam. Siapa suka exam silalah angkat tangan! Aku pasti ramai yang tak suka exam. Di sebabkan exam ni lah hidup menjadi huru hara. Tidur tak cukup. Mata jadi macam mata panda. Stress! Sampai senyum pun dah tak mampu. Ye lah, takut ilmu ni keluar lah pulak kan?

Semester ni aku kena menghadap exam ni sebanyak 7 paper yang bersamaan 7 subjek aku ambil. Dah macam PMR atau SPM pulak. Memang exam ni suka menghadap aku banyak banyak kali. Aku pun suka jugak. *mata diatas, tangan dibahu sambil lidah dijelirkan.

Berikut adalah paper bertuah yang bakal aku temui di hari exam nanti :

2 Januari 2012 - Fisiologi Tumbuhan 
8 Januari 2012 - Pengenalan Mikrokomputer dan Teknologi Maklumat
10 Januari 2012 - Genetik Mikrob dan TITAS ( Tamadun Islam dan Tamadun Asia )
15 Januari 2012 - Pengekspresan Gene dan Pendekatan Molekul dalam Pemuliharaan
17 Januari 2012 - Anatomi Tumbuhan

Memang seronok dapat jumpa mereka ni. Lebih-lebih lagi exam kat bangunan yang baru yang bernama perpustakaan lingkaran 2. Ada 3 subjek yang aku kena menghadap kat sana. Dah tak payah duduk dalam Dectar yang sejuk macam duduk dalam peti ais tu. Duduk bangunan baru yang aku rasakan aircond nya bertambah sejuk sebab air cond juga adalah baru. 


Ini adalah bangunan exam yang akan digunakan oleh warga Prasiswazah UKM. 
Sekali meja exam duduk kat aras atas sekali. Fuh, mahu gagh jugak nak mendaki sampai tingkat atas demi exam ni.
Sumber gambar dari facebook Bahagian Pengurusan Akademik UKM.


Belum pun habis bertemu dengan encik exam ni aku telah di kalutkan dengan kursus yang aku kena ambil sem depan. Kira punya kira semester depan aku kena ambil 8 kursus! Sebijik macam PMR! Cuba susun jadual semester depan, macam ni jadinya :


Kalut aku semester depan. Kalu rupa inilah jadualnya.

Oh! Betapa huru haranya aku semester depan! Semakin jauh aku belajar semakin sibuk rasanya hidup ni. Tapi, aku rasa dengan sibuk ni lah kita dapat matangkan diri kita. Kita kena pandai bahagi masa untuk buat semua perkara yang penting. Tak gitu?

Ok lah, minggu depan dah mula study week. Tahun baru je aku di sambut dgn exam. Tak ada bunga-bunga api semua tu. Fokus untuk exam. Tahun baru bukan sekali. Berkali-kali. *Jika umur panjang. 

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Hari ni aku bersama 5 orang coursemate aku pergi pergi BBW kat mines. Buku International murah giler. Harga antara RM3-10, mostly la. Masih berkesempatan sehingga 23/12/2012. Aku dapat sambar tiga dengan harga RM28.

8 comments:

  1. Replies
    1. lagi cepat habis lg seronok... lepas ni boleh fresh kan kepala otak dgn buat aktiviti lain...

      Delete
  2. BBW kata skrg ni 60 jam terakhir, huuu,. tak sempat menjengah lagi, hihi,.
    btw, nk gi tu naik train cm biasa gi serdang boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je... itulah yg sy buat... naik KTM dr UKM sampai serdang... lepas tu lenguhkan kaki sampai mines... mcm explorace plak..

      Delete
  3. hah?exam??..dah..dah..stop dulu ber FB,berblog..ngadap buku tu..cepat!!!

    ReplyDelete
  4. Gud luck for exam...Cantik bangunan baru..akak dulu bangunan lama ja..hu hu..mesti ukm skang dah banyak berubah yek

    ReplyDelete
  5. wah... tetiba tringat plak masa aku amik exam TITAS sem 1 dulu..
    huuhuh..
    btw, good luck..
    wah, ko pun suka buku jugak ae? sama lah.. klu ada pesta buku, in shaa Allah aku g.. tapi yg kat mines tu aku tak g.. sbb kt melaka skrg.. klu kt bangi, maybe aku dh smpai sana dah..huhu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...