Sunday, December 9, 2012

Perlu Ke Ada Peluang Kedua???

...Assalammualaikum...

Entry kedua untuk bulan disember. Kali ini aku nak ajak korang memahami tentang peluang kedua. Ini adalah dari sisi sudut pandangan aku sendiri. Tiada kaitan antara yang lain-lain. Jika berlaku pada sesiapa mungkin ini secara kebetulan semata-mata.

Perlu ke peluang kedua? Selalunya peluang kedua sering diminta dalam perhubungan percintaan antara pasangan yang belum berkahwin dan juga sudah berkahwin. Selain itu juga peluang kedua sering diminta dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, adakah kita menggunakan peluang kita dengan sebaiknya?

Bagi aku peluang kedua itu perlu kerana dengan memberi peluang kedua kita akan dapat membetulkan kesalahan kita. Kita juga akan meningkatkan segala kualiti dalam kehidupan kita. Jadi, bila kita sudah mendapat peluang kedua, gunakanlah peluang itu sebaiknya. Sebabnya, belum tentu kita akan dapat peluang buat kali ketiga.


Iklan sebentar, cuba teka apakah ini?

*****

Bila dah dapat peluang kedua tu, usahalah sehabis baik. Tapi, bila kita dah usaha tetapi gagal juga bermakna ada hikmah kenapa Allah tidak mengizinkan kita dalam mencapai apa yang kita mahukan. Bagi aku, yang penting dalam hidup ni kena usaha terlebih dahulu.

Dalam hidup aku ni sudah terlalu banyak peluang yang aku dapat. Ada peluang tu aku gunakan sebaiknya. Ada juga peluang yang tidak dapat aku capai matlamatnya.

Ada juga orang bila dah dapat peluang sebanyak mungkin, tapi tetap juga melakukan kesalahan yang sama malah ada yang lebih teruk. Orang yang macam ni memang tidak pandai menggunakan peluang yang dia dapat.

Bila kita tak menggunakan peluang yang kita dapat dengan sebaiknya, jangan haraplah orang akan mempercayai kita lagi. Sebab apa? Sebabnya dia tak nak kecewa lagi dengan sikap kita yang tak pandai guna peluang yang diberi.

Apa pun satu je yang aku nak ingatkan kepada aku dan anda semua Jika anda dapat peluang kedua ataupun seterusnya, gunakanlah peluang itu sebaiknya sebab belum tentu kita akan dapat peluang yang lain pada masa akan datang.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

3 comments:

  1. betul... hani biasa akan bagi org 2 peluang je... lepas tu kalau buat lagi mmg xda maaf la... tak kira la in term of kerja atau perasaan... kalau asyik bagi peluang nanti org akan pijak kepala kita and takkan angggap yg kesalahan tu adalah serius.. huhu

    ReplyDelete
  2. betul2. Peluang kedua ni lahhh yg dpt membaiki kesilapan kita yg lepas,, =)

    ReplyDelete
  3. Sakarang dia mintak peluang kedua tapi ntah knape aq x dpt kasi

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...