Monday, December 31, 2012

Popular Tahun 2012

...Assalammualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir kita berada dalam tahun 2012. Dan esok tahun 2013 akan bertandang dalam hidup kita ni.

Tahun 2012 banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang baru buat aku. Segala kesilapan dan kesalahan harap dapat diperbaiki. Dan tahun 2012 aku tinggalkan dengan 1001 kenangan sama ada pahit mahupun manis.

Tahun 2013? Aku akan capai yang terbaik untuk aku sama ada untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah. Yang penting cuba yang terbaik untuk tahun yang baru ini.

Jadi, kali ini tahun 2012 adalah tahun ke dua aku dalam dunia berblogging ni. Banyak entry yang telah aku 'publish'kan dalam blog aku ini. Sebanyak 10 entry telah diisytiharkan popular pada tahun 2012 ni.

10. Ramai Yang Tak Balik Kampung. Entry ini telah di 'publish' pada 7 Ogos 2012. Entry ini adalah berkitan cerita aku satu keluarga ketika bersahur pada bulan Ramadhan. Cerita yang telah menceriakan pagi sahur keluarga aku masa tu.

9. Journey To Kuala Pilah. Telah di 'publish' pada 8 Jun 2012. Tercetusnya entry ini adalah kerana lawatan aku ke KMNS. Sambil melawat matrik kesayangan aku, pergilah jugak melawat tempat menarik di Kuala Pilah.

8. Hantu Tindih. Di 'publish' pada 8 Januari 2012. Menceritakan pengalaman aku sendiri ditindih semasa tidur. Siapa yang tindih? Dan ada cara bagaimana untuk mengelakkan dari kena tindih oleh Hantu Tindih.

7. Perkara Yang Memalukan Seorang Lelaki. Entry ini telah di 'publish' pada 25 Ogos 2012. Idea tercetus bila melihat salah satu rancangan di TV. Sebagai seorang lelaki, aku tahu memang apa yang dikatakan dalam rancangan tersebut berkitan lelaki adalah benar.

6. Tips Ke Matrikulasi Di 'publish' pada 29 April 2012. Semua orang kata yang hidup di matrik ni susah. Jadi, sebagai orang yang berpengalaman yang pernah duduk di Matrikulasi aku kongsikanlah tips yang telah aku buat semasa di alam Matrikulasi.

5. Tandas. Pandangan aku mengenai tandas. Tak kisahlah tandas di mana pun. Setiap tandas mesti berbeza keadaannya. Idea ini telah dikeluarkan dalam blog ini pada 28 Mei 2012.

4. Beza Lelaki & Perempuan : Bila menonton TV.(11 Ogos 2012) Apa yang aku ceritakan semua berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Tapi, apa yang aku perhatikan ini berlaku pada kebanyakan orang. 

3. Beza Lelaki & Perempuan : Bila Di Mesin ATM ( 16 Ogos 2012) Pemerhatian aku antara lelaki dan perempuan apabila di mesin ATM. Ada kelakuan yang membezakan antara mereka apabila lelaki dan perempuan apabila berada di mesin ATM.

2. Perkahwinan Termuda (25 Julai 2012). Perkahwinan yang mencetuskan kontroversi pada masa itu kerana video perkahwinanya telah diupload di laman youtube. Pasangan yang berumur 16 dan 14 tahun berkahwin. Memang mencetuskan kontroversi. Dari segi islam tidak salah. Tapi, darp segi pandangan masyarakat di Malaysia membuatkan ianya menjadi kontroversi.

1. Hukum Bulu Kucing Di Pakaian Solat. (4 Ogos 2012) Kekeliruan aku mengenai bulu kucing di pakaian solat telah membuatkan aku mencari rujukan dan maklumat sama ada di internet mahupun merujuk pada ustaz. Bukan setakat aku yang keliru akan hal ini. Msih ramai lagi yang keliru akan hal berkitan bulu kucing di pakaian  solat.

Ini sahaja yang dapat aku coretkan pada akhir tahun 2012 ini. Esok dah tahun 2013. Mengharapkan pada tahun 2013 ini aku dapat mencoretkan yang lebih baik di dalam blog aku ini supaya dapat memberi manfaat pada mereka yang membaca.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


2 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...