Friday, September 2, 2011

TeKNiK KaWaL CeMBuRu

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ini aku akan bagi pulak kat korg tips utk kawal cemburu...
...tips ni penting bagi mereka yg tgh bercouple...

Berikut adalah beberapa tip sederhana & mudah bagi membantu mengatasi rasa cemburu terhadap insan yang anda sayangi seperti kekasih, suami atau isteri:



1. Pelajari situasi
Langkah awal mengatasi rasa cemburu yang di rasai ialah membawa tenaga negatif ini dengan mengenali situasi terlebih dahulu. Ini boleh membuat anda mendapatkan pandangan-pandangan lain yang lebih objektif. Tanyakan pada diri sendiri apakah dengan melihat orang yang anda sayangi makan dengan rakan-rakan sejenis dengannya adalah alasan kuat untuk cemburu atau ini hanya reaksi anda yang berlebihan. Ya! Sudah pasti alasan ini adalah alasan yang tidak kukuh.

2. Sampaikan kepada pasangan
Sebaiknya mengurangkan keraguan, ketakutan dengan tidak terlalu memikirkan si dia yang anda sayangi. Cara sebegini tentu saja akan membuatkan anda berasa lebih tenang dan selesa. Jika anda sakit hati melihat si dia menjalin komunikasi rutin dengan seseorang yang boleh membuatkan anda cemburu , jelaskan alasan ini hingga akhirnya orang anda sayangi mengerti perasaan anda. Cara lainnya, mulailah menjalin hubungan dengan teman terdekat dengan pasangan anda. Dengan mengenal dunia si dia, anda lebih berkesan mengendalikan fikiran anda dari sudut pandang yang berbeza & positif.

3. Milikilah kegiatan masing-masing
Walaupun anda memiliki hubungan yang istimewa dengan pasangan, bukan bererti anda & si dia harus selalu bersama. Luangkanlah masa anda dengan memenuhi hobi atau apa sahaja aktiviti kegemaran bersama rakan-rakan terutama ketika orang kesayangan anda tidak dapat bersama. Kelekaan & keseronokan bersama rakan-rakan anda akan membantu mengalihkan tumpuan anda sekali gus mengelakkan anda daripada terlalu melayan perasaan cemburu yang tidak berasas.

iSIHAT jun 2011


4 comments:

  1. nice tips =) tp aku kurang setuju dengan yg no 2 tu "sampaikan kpd pasangan".sebab takut kita akan buat pasangan kita rimas. juz sharing =)

    ReplyDelete
  2. ni just tip yg sesuai utk anda & pasangan... ikot la kesesuaian & keselesaan pasangan anda...

    ReplyDelete
  3. faizul dah ada belum? hehehe

    ReplyDelete
  4. aq single lg... blm mase nk bercouple ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...