Monday, September 5, 2011

TiDaKKu SaNGKa

...ASSALAMMUALAIKUM...
...kali ni aq nk crite la pasal TIDAKKU SANGKA...



ape yg aq nk bg thu kat sini mmg suatu kegembiraan buat aq. apa yang membuatkan aq gembira & tak sangka ni!!!... memandangkan lagi 2hari aq nak mendaftar msuk universiti ni, aq nak critela blik la macam mana aq bole sampai ke tahap ni... bukan nak membangga la cuma nak kongsi cerita sahaja la...

cerita ni bermula setelah aq memperoleh result spm pada bulan mac 2009... aq mendapat 3A2B4C1D... aq tak thu mase tu sama ada nak suka atau sedih... cikgu yang bagi result aq dulu kate TAHNIAH sebab aq memperoleh 3A... tp, bile aq tengok yg 3A itu hanya BM, MATH & PEND ISLAM... yang subjek FIZIK, KIMIA, BIOLOGI & ADD MATH aq dapat C & D... aq kecewa dengan result aq macam ni... aq tak tahu ke mana aq akan pergi selepas ini dengan result aq macam ni...

2 bulan aq menunggu tawaran sambung belajar... bila masa tawaran sanbung belajar di umumkan, aq tidak mendapat apa-apa tawaran sambung belajar... aq bertambah kecewa sebab kawan seangkatan aq mendapat tawaran sambung belajar di UiTM & Matrikulasi... tp, tawaran utk aq tiada sama sekali... apa yang aq fikirkan masa itu adalah sambung belajar di tingkatan 6... walaupun itu bukan impian aq sebelum ni, namun di situ saja lah tempat utk aq sambung belajar...

impian aq utk masuk ke tingkatan 6 benar menjadi kenyataan masa itu... aq mendapat tawaran utk aliran sains di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HABAB, KOTA TINGGI... tanpa berfikir panjang aq terima tawaran tersebut seban aq tiada pilihan lain utk sambung belajar... semasa aq di minggu orentasi, aq telah diterangkan langkah selepas aq stpm nti... aq menjadi semakin gembira utk belajar di tingkatan 6 kerana peluang aq msih cerah utk sampai ke universiti...

3 minggu selepas aq berada di tingkatan 6, kawan aq telah menelifon aq... die menyatakan yang aq memperoleh tawaran smbung belajar di UiTM dlm kos DIPLOMA PENGURUSAN LADANG... selain itu, aq juga telah ditawarkan ke KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dalam jurusan Sains Hayat selama 2 tahun... selepas aq tahu akan tawaran ini, aq menjadi bengong... aq bengong sebab tak tahu mana 1 yang akan aku pilih utk sambung belajar... akhirnya, aq telah berjumpa dengan cikgu kaunseling aq iaitu PUAN AMINAH BTE YUNOS...

dalam perbincangan die meyuruh aq smbung belajar di kolej matrikulasi... aq takot utkke sana sb ada pelajar lain kate blaja kat matrik ni susah... ramai yg kene tendang... tp, kate cikgu tersebut lbih baik blaja kat matrik berbanding blaja kat tingkatan 6... sebab kat tingkatan 6 lagi susah dari kat matrik...

akhirnya, aq telah membuat keputusan yang aq akan sambung belajar di KMNS... bak kata org KALAU TAK CUBA, KITA TAK TAHU KAN... masa mual aq belajar mmg susah la... susah nak adapt dgn persekitaran... pertama kali exam result aq teruk, tp aq terus kan jgk usaha sehingga aq memperoleh result 3.60... inilah result yg trbaik yg pernah aq peroleh sebelum ini... aq bersyukur kerana aq telah berjaya sampai mendapat keputusan seperti ini... keputusan ini mmg aq tidak sangka jika nak dibandingkan dengan result SPM aq dahulu...

aq bertambah tidak sangka apabila aq telah di tawarkan utk sambung belajar dalam perinkat ijazah... paling aq tidak sangka lg ialah aq telah di tawarkan dalam kos SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN) iaitu kos yg benar-benar aq impikan...

sekarang ni aq pasang impian yang aq akan cuba utk mencapai DEKAN kerana kalau kita memperolehnya kerja akan cari kita... perkara macam ini lah yang menjadi impian aq dan keluarga aq... aq tak akan sia-sia kan harapan & impian ini...


kepada sesiapa yg membaca entri ini, doakan lah aq berjaya dalam mengharungi cabaran ini...

7 comments:

  1. nice =) err tapi nape byk slah eja?? huhu

    ReplyDelete
  2. biaselah... menaip dlm gelap... salah picit skit... klu rajin aq btul kn... hahahaha...

    ReplyDelete
  3. haha.. lagu nurkasih daa, mne pergi lagu raye ko?? xkn da stop beraye kowt, raya kn sebulan =)

    ReplyDelete
  4. bkan stop beraye la... nak tukar halwa telinga la... lg pn aq ni peminat no 1 nurkasih... hahahaha...

    ReplyDelete
  5. nice one!
    insha ALLAH,Dia akan permudahkan.
    btw aq kolej aminuddin baki.
    selamat menjadi mahasiswa!
    ^____________________^

    ReplyDelete
  6. aq dpt kolej keris mas...
    dikatakan kolej ini kos tinggi...
    salah 1 dugaan buat aku...
    harap2 dapat la aq tempuhinye...

    ReplyDelete
  7. I do consіdeг all of the іdeas you hаve preѕented on your pоst.
    They are veгy convincіng and can certаinly worκ.
    Still, the pοstѕ are very quicκ fоr newbieѕ.
    May уou pleasе prolong them a lіttle
    frοm subѕequent timе? Thanκ you for the pοst.


    Also visit my web-ѕite :: Highly recommended Internet site

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...