Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu

Orang asik cakap yang Ombak Rindu ni best. Betul ke best. Ada yang sampai nagis-nagis lagi masa tengok filem ni kat wayang. Jadi, terdetik lah hati ini nak tegok filem yang dikatakan hebat itu.



Kisahnya bermula disini. Aku bersama 3 orang kawan yang lain pergi lah ke Berjaya Times Square untuk tonton filem tersebut. Semuanya lelaki lah. 3 orang Malaysia. Sorang lagi kawan orang Thailand. Mula-mula kawan aku yang 2 orang tak nak tengok filem tu. Kata dia bosan. So, aku cakap lah "Tak pe kalau korang tak nak tengok, biar akui dengan Syahmi yang tengok filem tu". Agaknye diorang tak tahu nak buat apa, terpaksa mengalah jualah untuk tengok filem tersebut. Kalau yang Ali ( Thailand ), dia memang tak pernah tengok wayang. Dia pun tak nak tapi nak buat cam ne, tengok jgk la.



Bila da abis tengok serius aq cakap aku sampai nak leleh air mata. Tapi tak tumpah lah. Hati aku lembut kot cerita sedih-sedih ni. Aku ingat, aku sorang je lelaki nak nanges tengok cerita ni. Rupanya kawan aku yang Syahmi pun kata macam nak nangis juga. So, tahu lah penangan cerita ni macam mana. Sampai nak nangis aku dibuatnya. 

Yang paling aku kagum masa dalam pawagam tu. Aku duk depan sekali. Sampai mendongak kepala ni. Perasan aku lah, agaknya ada orang lain kata "Mak ai mamat 4 orang ni, Excited giler tengok wayang depan-depan plak tu". Ikut kan  hati tak nak pun duk depan. Sakit kepala. Rasa sampai sekarang ni. Lagi satu yang aku kagum ialah ada abang-abang maktab tentera ke polis ke tak tahu lah pun tengok juga filem ni. Sekeras-keras, segagah-gagah dia p[un nak juga tengok cerita ni. Agak kagum aku di situ.



Apa yang aku nak bagi tahu cerita ni best ialah plot dan cerita sungguh menarik dan teratur. Senang untuk difahami. Tak payah lah penonton nak main teka teki. Lagi pun ramai dah tahu apa jadi kesudahan filem ni. Tapi macam aku tak tahu pun sebab tak baca novel.

Pelakon? Memang terbaik! Kombinasi pelakon memang mantap! Maya Karin memang pandai buat sampai aku sedih. Aaron Aziz pun menangis dalam filem tu. Lisa Surihani? Lakonan yang berbeza sekali dengan lakonan dia yang lain. Bront, sama-sama buat aku simpati dalam cerita ni. Azizah Mahzan, buat aku menyampah. Lakonan dia buat aku macam nak penampar je muka dia.




Da lepas habis memang aku cakap filem ni memang best! Aku macam nak tengok 2 kali. Tapi, kawan aku cakap "Ko jangan nak mengada-ngada sangat. Nak tengok sampai 2 kali". Yang Ali pun cakap best lah cerita Malaysia ni. Dia pun kata kat aku "Nanti, ko download cerita ni, aku nak simpan. Nak bagi kawan dengan family aku kat Thailand nak tengok. Lagi satu, lagu dalam filem tu best". Sampai macam tui sekali budak Thailand ni minat. Kalau dah sampai orang Thailand kata filem Malaysia best! Apa pula kata orang Malaysia?

So, aku nak bagi 4/5 bintang untuk OMBAK RINDU!!!

p/s : gambar yang ditunjuk ialah antara scene yang ada dalam filem tersebut.

15 comments:

  1. apsal masa org tgk crita nih org asek tergelak ja?
    pelik lak rasa..

    apapun crita ni laayannn laa... x rasa rugi sgt la duit tuu.. hehehhh

    ReplyDelete
  2. best sgt2..novel yg first akak bace n hari first tayangan akak g..terbaek la ko pun leh tgk..hahaha

    ReplyDelete
  3. liyanalalala : org spesies apakah anda??? org duk leleh air mata... anda boleh tergelak plak... hehehe..

    ReplyDelete
  4. daya hidayah : x rugi tgok cerite macam ni kat wayang... org kate best, so try lah... ape yg best sngt cerite ni... bile tgok, ternyata cerite ni mmg best... LAYAN!!!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Ombak Rindu terbaekkkkkkkkkkk....

    ReplyDelete
  6. wah !! duduk seat dpn skali ke .. mantapp la ..
    kite pon da tgok ombak rindu tp syg-nye air mata siket pon xnk kuar n x rse pon cter nie cam sdey smpai boleh leleh air mata ..
    tp ppe pon OMBAK RINDU mmg terbaekkkk la :)

    ReplyDelete
  7. Pika : Duk depan sebab tmpt duk blkg da penuh... tggal dpn je yg kosong...

    ReplyDelete
  8. MOHD RAZIK : xpe cerita ni lame lg di tayang kat pawagam... g la cpt...

    ReplyDelete
  9. CERITA BEST : OMBAK RINDU mmg best... bg sy ia merubah selera sy dr asik menonton cerita sosial ganas dan aksi seram... sekali sekala ubah lah selera tgok cerita mcm ni... best jgk la...

    ReplyDelete
  10. Salam, wah..depan sekali tuh. Seat dah penuh ke mmg nak duduk depan. Kalu rela hati tu mmg eksaited la. Akak msh ragu2 nak tgk ke tak sbb bila bc review kwn2 byk negatif jek tp awak punye review mmg bagus. kena tgk la nih

    ReplyDelete
  11. Ekmi Rabat : tmpt da penuh sb tu duk dpn... Wat pe nagatif kn cerita melayu... ni lah... kalu melayu buat filem ad je yg x btl... kalau org luar buat filem semua nak agung kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...