Friday, December 16, 2011

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Hari ni aku nak share satu lagi buku yang aku da baca. Buku tu macam tajuk entry ni lah. SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG. Buku ini adalah sebuah novel karya Faizal Tehrani yang mempunyai 180 halaman bercetak yang tak termasuk kulit. Buku ini keluaran PTS LITERA UTAMA.

Inilah wajah buku yang aku katakan ni.
Buku ini bertemakan nilai-nilai moral islam. Sedikit sinopsis pasal cerita ini ialah sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir mereka. Merka perlu membuat satu filem. Filem yang mereka buat adalah berkisarkan kedatangan awal islam di Tanah Melayu. Dalam pembikinan filem yang mereka lakukan ada bermacam masalah yang mereka hadapi sama ada dengan pelakon mahupun kru yang bermasalah. Akan tetapi dalam novel ini ada kesudahan yang tak disangka yang membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlubat walaupun bermacam masalah yang mereka hadapi.

Novel ini memang bermanfaat kerana ia bukan sekadar hiburan untuk bahan bacaan semata-mata. Malah ia memberi banyak ilmu mengenai serba sedikit ilmu sejarah terutama kedatangan islam ke Tanah Melayu. Selain itu, dalam novel ini ada sedikit huraian mengenai Wali Songo. Paling utama ialah mengenai Batu Bersurat dimana ia adalah bukti kedatangan islam ke Tanah Melayu ini.

Buku ini memang bermanfaat. Tidak rugi jika membacanya. Novel ini boleh didapati dengan harga RM16.50 di semenanjung tapi RM18.50 di Sabah dan Sarawak.

Enjoy with this book.

2 comments:

  1. Menarik jugak buku ni..tapi malas lah nak pi kedai buku, boleh beli online ke? boleh lah bagi anak buah baca...huhu

    ReplyDelete
  2. buku2 faisal tehrani memang best2 belaka :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...