Thursday, July 5, 2012

Aktiviti Di Waktu Cuti

...Assalamualaikum...

Dah lama tak menaip. Terasa janggal pulak nak memulakan entry kali ni. Kaku rasanya jari ini untuk menaip. Tapi tak pe. Dengan semangat yang ada, aku akan teruskan juga penulisan aku ini.

Dua bulan aku cuti tanpa gaji. Bermakna cuti aku ini tak mendatangkan hasil pendapatan. Tapi, aku tak membazirkan cuti aku dengan hanya makan dan tidur. Aku online pun jarang-jarang. Nak tengok tv pun dah tak de mood. Cerita banyak yang tak best.

Apa yang aku buat ialah:

1. Membaca Buku

Sungguh aku tak menyangka sebenarnya telah banyak buku yang aku beli tanpa aku sempat aku membacanya. Dah boleh buat perpustakaan mini dah kat rumah aku ni. Siang tadi aku kira sebanyak lebih kurang 30++ buku aku yang aku beli tanpa sempat membacanya.

Jadi, di waktu cuti ini aku akan manfaatkan cuti aku ni dengan menghabiskan kesemua buku yang aku telah beli tanpa sempat membacanya. Aku akan sempat-sempat untuk menghabiskannya. Ini semua bahana pergi pesta buku kat PWTC lah ni.

Seminggu bercuti. Aku dah menghabiskan 2 buah novel. Sekarang membaca novel yang ke3.




2. Lesen Memandu

Aku ni kira lambat untuk memperoleh lesen memandu. Dah lah tak reti nak memandu. Selalu aku susahkan orang untuk hantar aku ke sana dan ke sini. Lepas ni aku sendiri boleh memandu. Nak suruh aku jadi drebar pun dah boleh. Haha.




3. Sura Rumah

Di siang hari aku duduk seorang diri. Tanpa keluarga di sisi. *peh ayat! Bukan kemain. Jadi, aku tak kan nak biarkan rumah ni bersepah pulak kan. Dengan kudrat bertulangkan 4 kerat ni, aku gagahkan diri untuk buat semua kerja rumah. Menyapu, membasuh, mencuci. Aku lah yang buat.

4. Tidur

Ini adalah perkara yang tak dapat di elakkan. Pantang kepala ni terletak kat bantal empuk. Sudah tentunya mata ini akan terus tertutup. Paling lewat pun sejam kemudian baru akan terbukak balik.

5. Makan

Bila dah lama duduk berjauhan di bawah ketiak keluarga, sudah semestinya aku merindui makanan masakan dari air tangan mak aku. Dengan lahapnya aku makan 2 pinggan setiap kali makan. 1 hari 3 kali makan. Sungguh melampau aku melantak. Bak kata sepupu aku, keluarga kami ni 'buruk lantak'.

Mak cik aku cakap aku dah semakin gemuk. Aku pun perasan. Bila dah makin gemuk tahap pemalasnya pun bertambah lah.

Rasanya setakat ini je kot aktiviti aku buat masa ni. Aku bercadang lepas aku tamatkan lesen memandu aku ni aku akan mengelilingi seluruh Kota Tinggi untuk mencari pendapatan dalam sebulan ini. Aku tak nak lah mendapat gelaran 'mengabihkan boreh yo'.

notaFO : esok ada ujian undang-undang. Harap dapat lah melepasi. Tak nak ulang banyak-banyak.

3 comments:

  1. lawaklah...hehe

    penah dalam masa 24jam msa cuti sem hari tu, kwn baik mak saya bawak 100 lebih buah buku. saya baca 40 buah komik, 30 buah majalah manga, 15 buah novel, dan 20 buah majalah lain2, sy habiskan dalam masa sehari jer.. sampai pagi tak tido.. i didn't eat anything, keep reading like org gila bku.. XD

    sekadar brkongsi cerita wlaupon awak xtnya pngalaman sy..hehe

    salam kenal dari saya:
    Miss Red Apple :)

    ReplyDelete
  2. lg hebat bce 100 buku dlm masa 24 jam... ilmu ape yg pakai sampai jd mcm tu sekali???

    ReplyDelete
  3. byk angkut HilalAsyraf punya karya..insyaAllah makanan jiwa... penah baca novel VT(HilalAsyraf).. insyaAllah terbaik (mgkn bg sy??)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...