Thursday, September 6, 2012

Alasan - Kenapa Merokok?

...Assalamualaikum...

Tercetus di kepala otak untuk berkongsi apa yang aku dengar dan lihat oleh telinga dan biji mata aku. Ye, aku akan beri alasan yang selalu aku dengar oleh si perokok kenapa dia merokok dan susah hendak berhenti?

Kenapa kau hisap rokok? Rokok kan membahayakan kesihatan? Dalam islam, perkara yang membahayakan dan memudaratkan kesihatan kita kena tinggalkan. Kalau tak berdosa namanya sebab dah membahayakan kesihatan.


Tidakkah mereka rasa takut dengan bermacam gambar di kotak rokok. Aku nampak pun dah geli-geleman.

Ini adalah alasan yang aku dengar bagi mereka - kenapa mereka merokok?

1. Aku nak nampak lebih macho. Baru lelaki namanya. 
( Kalau tak merokok adakah mereka ni spesis perempuan ataupun lembik? )

2. Semua ahli keluarga aku merokok. So, malulah kalau aku tak merokok
( Kenapa nak perlu ikut orang, jangan jadi seperti lalang )

3. Ini adalah pengaruh kawan. Susah nak elak. Asyik kawan ajak je
( Kenapa tak tolak je, kenapa perlu ikut orang? Takut hilang kawan ke? Come on lah masih ada ramai lagi kawan kat dunia ni! )

4. Rokok ni nampak kan diri kita ni dewasa
( Kalau tak merokok ni nampak macam budak-budak ke? )

5. Merokok ni boleh release tension. 
( Banyak sebenarnya cara nak release tension, ambil wuduk, solat sunat, berzikir, baca al-Quran, mesti lari jauh-jauh tension tu. Tension kan Allah yang beri. Kepada Dia juga kita minta untuk hilangkannya. )

6. Susah lah nak berhenti merokok. Dah terbiasa
( Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Kalau kita jauhi rokok pun, boleh jadi terbiasa jugakkan? )

7. Seronok merokok ni. Kau apa tahu? 
( Ye ke seronok? Macam tak ada benda lain je nak seronokkan diri kau. )

*****

Rasanya ini je lah alasan yang selalu aku dengar. Kalau ada alasan lain boleh lah share kat ruangan komen di bawah.


Dah nampak tanda macam ni pun ada lagi masih yang merokok. Geram bertambah dengan benci!


Aku sebenarnya anti dengan asap rokok. Busuk! Buat aku terbatuk-batuk! Mensesakkan nafas aku! Hidung aku ni sensitive dengan bau asap rokok. Walaupun asap tu jauh aku tetap dapat detect. Ni menampakan yang aku ni betul-betul benci pada rokok.

Bagi aku, kalau kau nak merokok, no hal. Aku tak kisah. Soal nyawa kau. Aku dengan kawan lain dah nasihatkan. Tapi, tolonglah respect orang lain. Jangan nak hembus-hembus asap pada aku. Hormatilah orang lain.

Kalau rasa nak bunuh diri jangan ajak orang lain. Orang lain masih banyak perkara nak lakukan untuk dunia dan akhirat. So, jauhkanlah diri kau bila kau merokok dari mereka yang tak merokok. Membahayakan orang lain.

Peh! Dah macam gaya marah je entry aku ni. Lantaklah, yang penting aku dapat sampaikan apa yang patut. Aku harap mereka yang merokok mengerti perasaan mereka yang tak merokok dan anti akan asap rokok seperti aku. Harap maklum.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


13 comments:

  1. Merokok menidak bahagiakan kesehatan luar dan dalam..bahasa ape ni..:)

    ReplyDelete
  2. sama la...
    tak suka sangat dengan bau rokok...
    kalau di kedai makan, ada orang merokok kan,
    terang-terang saya tunjuk muka tak suka dan tutup hidung saya..
    biar dia malu sikit.
    selalunya memang akan malu dan tak merokok lepas tu..
    tak pun, cepat-cepat habiskan rokok. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sy buat-buat batuk teruk... mesti org tu serba salah... lemas dgn asap sbnarnya...

      Delete
  3. dtg cini jln2 smbil fllow..http://comey-comeyblog.blogspot.com/2012/09/fakta-menarik-tentang-manusia.html

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera. Saya Awie Omar dari awieomar.blogspot. Terima kasih sebab sudi follow blog saya. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai segmen next top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :)

    ReplyDelete
  5. tabiklahhhh. hee. suke laki yg tak merokok. ;)

    ReplyDelete
  6. selagi rokok tu dijual kt kedai, selagi tu la org akn merokok.. klau stakat siri sndiri nk stop merokok susah jgk, pengaruh banyak..cube kite haramkan rokok kt malaysia nih~~ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya mcm tu lah... haramkan je terus rokok tu... barulah tak ada org nak merokok...

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH..HUSBAND TAK MEROKOK..=)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-tengok-buah.html

    ReplyDelete
  8. saya dulu adalah perokok tegar selama 18 tahun.. mulai umur 14 hingga 32 tahun saya hidup dengan rokok, purata saya merokok adalah 20 btg sehari, kdng2 lebih .alhamdullillah masuk hari ni dah 6 bulan saya x merokok.saya sangat faham dengan perokok dan saya tidak salahkan mereka jika gagal utk berhenti merokok. .. harap2 mereka juga dapat berhenti seperti saya dan harap2 kekal saya x merokok sampai mati.. amin..

    ReplyDelete
  9. adik beradik lelaki saya semua merokok..huhu

    sib baik pak hubby-B tak merokok.. alhamdulillah ;D

    ReplyDelete
  10. tahniah Muhammad Najmy..yg lain2 pun..truskan tidak merokok

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...