Wednesday, September 12, 2012

Apa Tujuan Sebenar Menuntut Ilmu?

...Assalammualaikum...

Sementara masa masih belum dihujani dengan study, lab report, kelas yang banyak, kuiz, exam serta assingnment adalah perlu untuk aku update blog aku ni. Nanti bila dah terlalu dan teramatlah busy sampai facebook pun tak sempat nak buka.

Perkongsian yang menarik hari ni. Dan patut di bahas serta di beri perhatian serta pandangan sesama kita. Sumber yang aku dapat melalui laman MukaBuku.

"UPSR menentukan kamu pergi sekolah mana"
"PMR menentukan aliran mana yang akan kamu akan ambil"
"SPM menentukan institusi mana yang bakal menerima kamu"
"FINAL EXAM DI UNIVERSITI setiap semester pula akan menentukan berapa lama kamu akan bertahan di universiti"

Bila fikir-fikir dengan akal yang waras, memang betul pun apa yang dikatakan. Tapi, bila baca ayat seterusnya aku agak kurang setuju. Ayatnya adalah :

"...dan hakikatnya, sekeping sijil tidak menentukan anda kerja di mana-mana..."

Apa pandangan korang tentang frasa ayat di atas? *cewah! bahasa bukan main gah.



Sebelum anda-anda semua bagi pendapat yang bernas, biar aku dulu yang keluarkan bahas dan hujah aku.

Dengan akal yang waras serta dimulakan dengan bismillah, aku memulakannya.

Terfikir tak apa sebenarnya tujuan kita belajar? Nak kerja yang hebat? Nak gaji yang besar? Nak menuntut ilmu? Mencari redha Illahi? Ataupun sebab parents yang suruh?

Kalau aku tanya seoranmg demi seorang mesti ada yang bagi kesemua jawapan di atas.

Terus terang aku cakap, kita ni sebagai orang yang berpegang pada agama memang wajib menuntut ilmu. Tak kisah lah ilmu apa yang penting ilmu tu mendatangkan manfaat yang baik kepada kita. Bukan ilmu hitam ataupun ilmu sihir. Itu menenpah neraka namanya.


Betulkanlah niat anda. Niat yang sepatutnya anda buat bila anda dapat tawaran sambung belajar adalah kerana ALLAH dan untuk mencari Redha-Nya. Bila niat kita ikhlas kerana Allah pasti kejayaan itu akan milik kita. Sikali gus kita akan dapat gaji yang besar serta kerja yang hebat. Kita kena ingat rezeki itu ALLAH yang beri. Bukan makhluk lain yang bagi.

Kalau kita niat hanya untuk dapat gaji yang besar ataupun kerja yang hebat, mungkin kita akan dapat. Tapi adakah kita akan gembira dengan kerja kita? Bila niat kita dah lain, hasil yang kita dapat pun tak bagus. Kurang kualiti!

So, ubahlah niat anda bila anda buat apa-apa pekerjaan. Biarlah niat utama kita kerana Allah.

Aku bagi ni bukan hanya untuk korang tapi untuk aku juga. Maklumlah, manusia ni sering sahaja lupa. Masa aku tengah ungat ni patutlah aku ingatkan sekali termasuklah diri aku sendiri.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

10 comments:

  1. saya setuju....

    yg penting niat ..dan redha mencari ilmu kerna Allah...

    ReplyDelete
  2. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Teamwork dan komunikasi teramat penting dalam permainan ini. Anda boleh berhubung dengan ahli pasukan yang lain melalui blog, Facebook, Twitter, YM, Skype, email mahupun sms.

    ReplyDelete
  3. cintailah ilmu.. ^_^. salam perkenalan.. saya dari segmen battle royale.. tapi lain kumpulan ya..hehe

    ReplyDelete
  4. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Dalam entri B3:BR – Episod 2 nanti, Saya akan memilih 1 (satu) entri TERBAIK dan ORIGINAL hasil karya sendiri dari blog anda yang dikeluarkan pada Ahad 9/9/12 hingga Sabtu 15/9/12 untuk disenaraikan dalam “CARTA MINGGUAN”. “CARTA MINGGUAN” akan menentukan kedudukan anda sama ada berada di tangga teratas ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
  5. hihi....

    susah doe nak tukar niat tuu.... but at least try.... :)

    ReplyDelete
  6. saya dan korn cdg cik nadia sbg ketua utk battle royale group 2... jika setuju sila respond kat blog saya org blog korn..thx

    ReplyDelete
  7. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    PERINGATAN!!! Hari ini adalah hari terakhir untuk siapkan TUGASAN IMUNITI episod 1. Postkan entri tugasan tersebut sebelum AHAD 16 SEPTEMBER 2012 Jam 1200 tengah malam.

    ReplyDelete
  8. hehehe macam assgmt kat U? tak kan kot.... senang je ni

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...