Saturday, September 8, 2012

Cerita Perang Dectar 2012

...Assalammualaikum...

2 hingga 7 September 2012. UKM telah mengadakan Minggu Mesra Pelajar ( MMP ). Dalam MMP ni maca-macam aktiviti bagi membiasakan dan proses mengenali Pelajar baru terhadap UKM.

Aku tak terlibat secara langsung pun dalam MMP ni. Hanya goyang kaki sambil melekatkan mata di depan laptop. Dengan alasan 'taksempatnakmohon'. Tapi, tak bermakna aku tak tahu apa-apa pasal ni. Aku ambil tahu juga. Supaya tak jadi orang yang ketinggalan zaman.

Selama 6 hari MMP berlangsung. Bermacam-macam kontroversi dan versi cerita yang melanda sepanjang MMP berlangsung. Tak sanggup nak menceritakan di sini. Boleh google untuk mengetahui apa cerita di sebalik MMP UKM. Aku sendiri pun tahu melalui pembacaan di Facebook dan blog. Nak ulas lebih-lebih takut salah. Kemudian di kecam. Kahkah.

Cuma aku nak ceritakan perihal Perang Dectar. Cerita ni pun dah aku terbitkan dalam blog ni sebagai pengalaman aku sertai Perang Dectar. Apa itu Perang Dectar?


Inilah Dectar kesayangan kami. Mostly majlis besar akan digunakan. Termasuklah exam, konvo dan juga MMP. Multi function.


Perang Dectar adalah perlawanan sorak ( cheers ) suara antara 12 kolej UKM. Perang Dectar ini telah menjadi tradisi UKM sejak zaman dahulu kala sehingga sekarang. Cuma sekarang ini baru terbitnya pembantahan akan acara kemuncak dan final untuk MMP. Kenapa? Meh sini aku bagi penerangan kenapa boleh jadi begitu. Aku ulas ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri.

5 Cerita di sebalik Perang Dectar yang telah aku sertai. Baca dan fahami.

Secara jujur, aku sebagai pelajar baru masa tu hanya mengikut telunjuk senior. Al-maklumlah tak tahu apa-apa. Perkara yang buruk pun nampak baik. Pada mulanya, aku nampak ianya biasa dan untuk suka-suka. Tapi, semakin lama, semakin aku nampak akan akibatnya. Lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Lebih-lebih lagi semenjak aku dah bergelar senior.

1. Semasa sesi latihan cheers, para junior masa tu di ajar cheers. Dijerit dengan kuat, tak kuat kena buat sampai kuat. Sampai sakit tekak. Dah mudaratkan kesihatan. Perkara yang boleh mudaratkan kesihatan kan tak boleh. Islam sendiri suruh kita jaga kesihatan. Pendapat lain juga, suara perempuan kan aurat. Bila dah terjerit-jerit macam tu dah terdedah. Hilang kesopanan dan kesusilaan anda.

2. Latihan cheers ini di lakukan sehingga menjelang 3-4 pagi. Bangun balik pukul 5 pagi. Siang tu pulak bermacam sesi ceramah. Dengan tak cukup rehat, ada antara pelajar baru tertidur semasa ceramah dan Pemudahcara (PC) pun marah serta caci maki. Lepas tu kata pelajar baru dah kurang ajar. Aku sendiri pun pernah tertidur sendiri semasa dengar ceramah. 

Kan bertambah banyak dosa tu. Tak kan tak faham sistem biologi manusia. Malam untuk rehat, siang untuk berkerja. Bila badan tak cukup rehat. Kualiti kerja pun berkurang. Carca marba dalam kehidupan seharian pun berlaku. 

3. Perkara yang paling aku cukup ambil serius adalah pelajar tidak di lepaskan untuk menunaikan solat. Paling tak pun melewat-lewatkan waktu solat. Tapi, tak lah sampai tinggalkan solat langsung. Semuanya pasal latihan cheers untuk Perang Dectar. Apa kes? Siapa nak jawab kalau ramai yang tak solat?

4. Cheers yang berlangsung ni bukan sekadar untuk suka-suka tapi memprovok dan mencaci maki kolej lain. Adakah ini mencerminkan sebagai seorang pelajar universiti. Bab memprovok ni lah aku tak suka. Merendah-rendahkan martabat orang lain. Adakah ini apa yang islam ajarkan? Tak pun, matapelajaran sivik ada ke suruh memprovok orang lain?

5. Ada juga segelintir umat yang telah bersikap kurang ajar semasa Perang Dectar. Ada yang sanggup membaling benda untuk mengalahkan cheers kolej lain. Boleh memudaratkan fizikal orang lain. Patut ke?

Cukuplah 5 sedutan dari pengalaman aku tentang Perang Dectar pada sesi 2011/2012. Berdasarkan pengalaman aku ni korang sendiri dapat menilai patut atau tak perang dectar ni. Masing - masing di beri akal. Fikir-fikirkan lah.

Ini aku nak bagi sedutan Perang Dectar tahun lepas. Aku sendiri ada dalam tu. Cubalah cari! Kalau jumpa tunjuk kat aku. Aku belanja eskrim satu!


Pendapat korang selepas tengok video ni?


Bermacam hujah dan debat aku baca dalam group-group facebook dan blog UKM. Tak mampu aku nak luahkan kat sini. Yang mana rajin tanyalah Pak Cik Google yang baik hati. Tak pun geledahlah group UKM. Itupun kalau dapat.

Masa aku tulis entry ni pun MMP dah pun tamat. Tapi, rentetan tentang Perang Dectar tak dengar cerita. Buruk atau baik entahlah. Apa yang berlaku. Aku pun tak tahu. Batal atau tak Perang Dectar ni pun masih menjadi persoalan aku. Nantikan je lah butir-butir kata yang keluar nanti. 

Di bawah ni aku sertakan gambar-gambar di dalam dectar. Semuanya aku ambil di dalam facebook yang telah diupload oleh mereka-mereka yang baik hati. 


Sejurus selepas acara malam seni berputik. Selepas acara inilah dikatakan bermulalah Kisah Perang Dectar. Tapi, tahun ini masih menjadi tanda tanya buat aku. Bagi sesiapa yang tahu, silalah kongsi.


Gambar melalui hadapan pentas. Kalau tak silap aku gambar ni di tangkap oleh TNC HEPA. Then diupload. Kemudian, aku pula dah mencuri untuk di letak dalam ni.
Kalau tak silap aku juga, time ni adalah hari di mana Pelajar Baru mengangkat sumpah ( Aku janji ) sebagai pelajar UKM. Dengan bersaksikan Naib Canselor UKM.


Semasa hari pertama pelajar menjejakkan kaki ke DECTAR. Muka bahagialah agaknya mereka ni. Masa aku mula-mula menjejakkan kaki ke Dectar ni pun dah merasa amat kagum. Dewan sebesar alam. Main lari-lari pun boleh.

Peringatan!
Segala apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku semata-mata. Tiada kaitan antara politik kampus ataupun apa-apa. Segala curahan pendapat serta hati anda hendaklah diluahkan dalam ruangan komen di bawah. Harap maklum.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO: Kurang 24 jam aku akan berada dirumah. Terasa sebak pula. Lagi satu, semakin banyk pula idea yang nak di curahkan dalam blog buruk ini.




12 comments:

  1. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Terima kasih sebab sudi sertai game B3:BR. Game ni kena ada 16 peserta. Anda adalah peserta ke 16 (terakhir) yang menyertainya. Aku akan selalu mengunjungi blog ini untuk umumkan perkara selanjutnya.

    ReplyDelete
  2. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    “Faizul Osman” – Nickname anda untuk game ini.

    ReplyDelete
  3. asal saya dah lupe ek pasal perang dectar nih?hahaha...padahal waktu jadi junior dulu memang terlibat pun.dah lama sangat tinggalkan UKM kot.dah 9 tahun since mula-mula masuk UKM dulu.=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish3... perkara mcm ni memang susah nak lupa.. hahaha... sekali seumur hidup..

      Delete
  4. wa berani nye cite sal ni

    kagum sbentar

    tp de betulnye kan dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak pe... kita cerita di sebalik perang dectar ni...

      Delete
  5. kalau dibuat tanpa keterlaluan, tanpa meengabaikan perkara yang wajib terlebih dahulu mungkin boleh lah utk dipertimbangkan..asalkan solat tak tinggal, pergaulan dijaga, tanpa menunjukkan sikap yang biadap, dan mengutamakan objektif sebenar minggu mesra pelajar, rasanya mungkin boleh jadikan aktiviti cheers yang memang agak mengarut ni sebagai aktiviti sampingan sahaja dan bukan suatu yang wajib utk dilaksanakan..kebanyakan senior bijak pandai ni mengutamakan perang dectar ni sebagai matlamat dalam minggu mesra pelajar sedangkan sepatutnya tidak!berhiburlah tanpa melampaui batas2 dalam islam, islam itu indah, harap maklong..pendapat 5sen sahaja

    ReplyDelete
  6. tahun ni perang dectar digantikan pada pertandingan cheers..setiap kolej diberi ruang untuk persembahkan cheers kolej masing2...tp malangnya ade beberapa kolej yg tak nak pertandingan cheers tu tp nak jugak perang dectar (maybe dorg ikut ckp senior) sehinggakan menganggu kolej yg ambil serius pertandingan cheers...yg peliknya, sebelum pertandingan MC da gitau awal2 syarat2 pertandingan ialah 'tak boleh provok kolej lain, dengar je'..dan tema pertandingan ialah kesantunan...hmmm
    juz telling my experience..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun dengar mcm ni jugak... kalau dah ramai kata mcm ni btl lah tu... cheers ni memang seronok... rasanya ini je lah time kita ber'cheers'... akan dtg mana ada lg cheers2 ni semua...

      Delete
  7. Mohon dipanjangkan ke blog ISIUKM, www.isiukm.org

    -Ahmad Fikri Mastor, Exco Lajnah Informasi & Penerbitan ISIUKM-

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap maaf... Ini adalah cetusan dr pengalaman sy sendiri... tiada niat mahu mengecam sesiapa...

      Delete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...