Sunday, September 2, 2012

Kenalilah Bapa Anda!

...Assalammualaikum...

Bapa adalah segala-galanya. Tanpa bapa, tanpalah kita di dunia ini.


Semasa sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos aku memang tak lepaskan peluang untuk meraikan. Pada malam tersebut aku sendiri menyibukkan diri di Padang Kerajaan Kota Tinggi. 

Aku menyibukan diri di sana sebab kumpulan Sepahtu datang. Dan kumpulan itulah yang menggamatkan lagi suasana persembahan malam tu.

Dalam persembahan tu ada slot teka-teki. Dua orang yang bertuah secara suka rela nak menjawab cabaran teka teki itu. Dengan teka teki itulah membuatkan semua orang gelak hampir pecah perut.

Sepahtu : Di sini ada satu soalan. Adik A kena jawab soalan ni. Soalannya. Siapakah Bapa Pembangunan Malaysia?

Adik A : Tun.. Tun.. Tun.. Tun...

Sepahtu : Tun apa? Tun Tun Tun. Sampai bila nak jawab?

Adik A : Ok ok saya jawab. Tun Abdul Razak?

Sepahtu : Bin apa? Siapa bapak dia?

Sebelum adik ni jawab adalah orang ramai menjerit Jaafar Onn. Kemudian Adik A ni menjawab....

Adik A : Tun Abdul Razak Bin Jaafar Onn.

Lepas aku dengar jawapan yang melucukan itu, aku pun terus tergelak-gelak tanpa henti. Bukan setakat aku. Seleruh pengunjung tergelak secara berjemaah dan besar-besaran.

Sepahtu : Wei! Ko ni sekolah ke tak? Ada ke jawab macam tu? Menangis cikgu sejarah kau bila dengar jawapan ni. Nasib baik aku tak tanya kkau sekolah mana. Kalau tak buat malu je.

Setelah di runding dan di bocorkan rahsia, Jawapan yang dapat di jawab oleh adik A ialah  Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien.

Setelah di selidik dan di kaji siapakah Adik A itu, aku mendapati Adik A adalah Junior sekolah menengah aku dahulu. Memang memalukan sekolah.

Jadi, aku dengan simpatinya aku mengkaji siapa bapa-bapa di Malaysia ini siap dengan gelaran lagi. Jadi, ingatlah sampai mati. Kalau tak buat malu cikgu sejarah hatta sekolah sekali boleh malu.


Perdana Menteri Malaysia Pertama ( 1957 - 1970 ) :
Bapa Kemerdekaan & Bapa Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah ( 18 Februari 1903 - 6 Disember 1990 )

Perdana Menteri Malaysia Kedua ( 1970 -1976 )
Bapa Pembangunan
Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien ( 11 Mac 1922 - 14 Januari 1976 )

Perdana Menteri Malaysia Ketiga ( 1976 - 1981 )
Bapa Perpaduan
Tun Hussien bin Dato' Onn ( 12 Februari 1922 - 29 Mei 1990 )

Perdana Menteri Malaysia Keempat ( 1981 - 2003 )
Bapa Pemodenan Malaysia
Tun Dr. Mahathir bin Mohamed ( 20 Disember 1925 - Sekarang )

Perdana Menteri Malaysia Kelima ( 2003 -2009 )
Bapa Pembangunan Modal Insan
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi ( 26 November 1939 - Sekarang )

Perdana Menteri Malaysia Keenam ( 2009 - Sekarang )
Bapa Transformasi 
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ( 23 Julai 1953 - Sekarang )

Jadi, dah tahu kan? So, kenalah ingat. Kalau tak aku cepuk banyak-banyak kali.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

15 comments:

  1. nice! betul2..ade jugak yg xtau semua pasal bapa2 ni..

    thanks. tmbh info hari ni :)

    ReplyDelete
  2. thanks for info...... remy pun byk yg tak tahu...... tapi adik tu agak2 ler nk jawab... kalau dah tak pasti , ckp terus terang.... nie bila dah salah...sapa yg malu..... abg senior dia jugak !!!! he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat malu abg senior je... kalau sebut nama sekolah tu memang malu je... memang kecohlah jawabnya....

      Delete
  3. heh ingat nama bapak sendiri jela cmtu

    xpayah pening2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh jugak... nama bapak sendiri memang kena ingt... kalau tak, luku je...

      bapak org lain pun kena ingt... kalau tak, susah juga hidup ni...

      Delete
  4. salam merdeka, salam raya n salam kenal...

    :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the info.. :'D ni ada dlm subjek sejarah..penting utk kita thu..klau tk thu baik tk ea jadi rakyat malaysia.. huhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tahu.... kalau tak, apalah guna kita jd rakyat Malaysia...

      Delete
  6. Assalamualaikum , selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  7. Heheh lawak lah ~ Tuan empunya blog nih if dtanye soklan "sebutkan rukun negara satu persatu?" ..hah agak2 leh jawab x dlm 20saat? kikiki

    Btw, Nice entry ! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda mempertikaikan kebolehan sy dalam berukun negara... sy menjawab...
      1. Kepercayaan kepada Tuhan
      2. Kesetiaan kepada raja dan negara
      3. Keluhuran perlambagaan
      4. Kedaulatan undang-undang
      5. Kesopanan dan kesusilaan.

      puas hati???

      Delete
  8. terbaek.. siap ada listing laig. kena ada jiwa sygkan tanah air macam ni. baru negara kt aman tenteram

    ReplyDelete
  9. terbaek la faizol..ciksu kopi pes dlm otak yer=)

    ReplyDelete
  10. Salam.

    wahh, terbaek! tergelak bile tgk galaksi tv9 tanya certain artis tapi depa xleh jawab. lau terkena kat btg idong sendiri mcam mana?

    'kenapa tanya aku???????' mungkin ini yang terkeluar. erkk

    thanks utk kunjungan, baru berpeluang untuk balas kunjungan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...