Friday, September 7, 2012

Kenapa Perlu Tonton 29 Februari?

...Assalammualaikum...

6 September 2012. 8 pagi sehingga jam 3 petang aku menghabiskan masa untuk mengambil ujian memandu ( Test JPJ ). Alhamdulillah lulus dengan cemerlang. Seminggu lagi baru lesen P keluar. Aku suka teramat sangat. Berhasil juga cuti aku ni.

Selepas aku menghabiskan masa sebanyak itu, aku menghabiskan masa pula di Jusco Ulu Tebrau denagn tujuan menonton wayang. Filem yang aku teringin sangat nak tengok ialah 29 Februari. Setelah tengok filem ni aku berpuas hati teramat sangat.



Kenapa perlu tengok 29 Februari?

1. Ini adalah filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia.

2. Filem muzikal. Pelakon jadi penyanyi. Tak percaya?

3. CGI yang tak mengecewakan. Aku berpuas hati. Bertambah kagum ada lah.

4. Filem yang menyentuh perasaan. Bergetar-getar jugak jiwa aku ni bila tengok filem ni.

5. Boleh membuatkan menangis, tak pun air mata bergenang-genang. Kalau aku tengok sorang-sorang boleh meleleh juga.

6. Menceritakan era-era dari zaman penjajahan British ( 1896 ) sampai zaman sekarang ( 2012 )

7. Umpama kita ada dalam filem 29 Februari.

8. Semacam kita belajar sejarah negara kita ( Malaysia )

9. Dapat mengenali tempat bersejarah dan tempat menarik di Malaysia.

10. Peredaran fesyen pun kita dapat lihat dari Filem 29 Februari.

11. Filem ni ada sentimental value yang menarik.

12. Filem yang ada perpaduan kaum. Melayu, Cina dan India.

13. Merupakan kisah cinta sepanjang zaman.

14. Walaupun kisah cinta bermacam genre ada dalam filem ni. Aksi, cinta, kasih sayang, komedi, sejarah.

15. Filem KRU memang tak mengecewakan.

Inilah 15 sebab kenapa perlu tengok filem ni. Filem yang baru sahaja seminggu tayang ini masih boleh lagi anda tonton. Setelah tengok, segala plot, watak dan ceritanya akan terngiang-ngiang dalam kepala otak. Dari otak terus turun ke hati.

Memang layan tengok cerita ni. Tak rugi pun tengok filem ni. Filem yang memang patut kena tonton. Aku boleh bagi sehingga 8/10 markah.

Layan trailer filem ni



Sesiapa yang belum tengok, boleh lah pergi ke panggung wayang berhampiran anda.


...Sekian, Wassalam..


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

9 comments:

  1. tahniah ya, dah ada lesen..=)
    selepas tengok trailer dan 15 sebab knp perlu tonton cerita ni, rasa nak pergi tengok pula kat wayang. huhu..
    tapi apakan daya, kebelakangan ni memang sangat sibuk..

    ReplyDelete
  2. ada sesetengah umat tu, tak tahu pape terus kate cerita ni tak best.padahal tak pham..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tgok cerita tu, kena bnyk berfikir... kalau cerita tu direct je jalan cerita dia tak syok sngt...

      Delete
  3. filem KRU memg xmengecewakan, ade je kelainan & lebih bertknologi tinggi.. ceritanya pun bnyk yg menarik tp sstghnya kurg dpt smbutan penonton .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal... berteknologi tinggi... tak de filem sebaik filem bawah KRU... kalau KRU buat filem memang tak mengecewakan langsung...

      Delete
  4. wah, nanti boleh la gi jejalan tanpa takut roadblock ye.

    thanks for this review bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama nak nantikan lesen ni... untunglah kali pertama test terus lulus... kwn2 yg lain jeles sb aku amik test sekali je... dr undang2 sampailah jpj...

      Delete
  5. wahhh tahniah sbb lulus JPJ tu!!!! hehehe.... tak tengok lagi cerita ni, xde masa nk g tengok wayang.. huaaaaaa.. nk tgok!!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...