Sunday, September 9, 2012

Pertunangan : Siti & Sukur

...Assalamualaikum...

8 September 2012. Satu majlis pertunangan telah berlangsung di rumah Mak Ndak di Bandar Petri Jaya. Aku tak ketinggalan untuk sama menyibuk. Yang bertunag tu bukan Mak Ndak tetapi sepupu aku iaitu Siti.

Nama penuh dia ialah Siti Fatimah binti Baharil. Umur 22 tahun. Tua setahun dari aku. Yang paling bestnya part ni ialah pasal nama sepupu aku ni. Family aku panggil dia Chomel. Macam nama kucing pulak. Pasal apa Chomel? Kes ni bermula sejak dia kecik lah. Alasannya - Dia comel.

Tapi, kawan-kawan dia panggil dia Siti. Then, ada family terkejut. "Siapa Siti ni?". "Siti tu comel lah". "Oh, ye ke? Nama betul comel tu Siti? Baru tahu." Ishishish. Dah 22 tahun orang tu hidup, baru tahu nama sebenar dia. Kalau dia tak bertunang sampai ke sudah tak tahu nama dia. Ni lah padah kalau guna nama panggilan tak sama dengan nama IC.

Pasal Sukur. Tak banyak aku tahu. Al-maklumlah, bakal menjadi ahli baru keluarga aku. Tunggu je lah tahun depan diorang ni nikah. Aku nak selidik bak wartawan.

Layan gambar sekitar Majlis Pertunangan Siti dan Sukur.


Ni lah sepupu aku. Tua setahun dari aku. Comel kan? haha. Masa aku nak balik dari rumah dia, dia siap cakap, "Along, kau belajar dulu, jangan nak menggatal nak kawin". Then aku balas balik, "Eleh, pandai cakap kat oarang, dia tu?". Dia tak nak kalah, " Kalau aku, haruslah nak kawin dulu".


Bersama perents dia yang tersayang. Suka lah Mak Ndak dengan Pak Lang aku ni. Bakal menerima menantu yang ke lima. Dan bakal dapat jugak lagi dua cucu.


Hantaran pinangan dari ke dua-dua belah pihak. Hantaran dari pihak lelaki, perlulah aku rasa. Nak amik berkat. 

Gambar tunang sepupu aku ni ada dalam simpanan. Saja malas nak masukkan. Nak buat suprise sikit. Tunggu je lah bulan Februari 2013 nanti. Bila mereka dah sah jadi suami isteri time tu baru boleh tengok tunang dia. Buat masa ni rahsia lagi baik.

Siti ni adalah antara 3 sepupu aku yang menanti giliran untuk bernikah. Dua sepupu yang lain akan buat majlis nikah pada Oktober 2012 dan Mac 2013. 

Sehinggakan menimbulkan nada cemburu pada Abah aku. Cemburu sebab adik beradik Abah yang lain dah dapat menantu dan cucu. Tapi, dia tak dapat lagi pun. Sabar ye Abah, lagi 5 tahun dapat lah tau. Sama ada along atau anak kembar abah tu.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


18 comments:

  1. alhamdulillah, semua dah selamat dengan lancarnya.. grateful to Allah... cantik sngat sepupu awak.. awwwwwwww

    ReplyDelete
  2. salam..
    cutenya pengantin..tahniah pada mereka

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/oreo-cake.html

    ReplyDelete
  3. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Buat pertama kali, game BLOGGER akan membahagikan para peserta kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Setiap kumpulan mempunyai 8 peserta lelaki dan 8 peserta wanita. Pemilihan peserta dalam kumpulan akan ditentukan mengikut giliran peserta yang menyertai game BLOGGER ini. Sebagai contoh :
    Peserta Lelaki pertama yang menyertai – Kumpulan 1
    Peserta Wanita pertama yang menyertai – Kumpulan 1
    Peserta Lelaki kedua yang menyertai – Kumpulan 2
    Peserta Lelaki ketiga yang menyertai – Kumpulan 1
    Peserta Wanita kedua yang menyertai – Kumpulan 2
    Peserta Wanita ketiga yang menyertai – Kumpulan 1
    Dan seterusnya secara bersilang seli.
    Anda adalah peserta lelaki kelapan yang menyertai, maka anda dimasukkan ke Kumpulan 2.

    ReplyDelete
  4. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Anda peserta ke 16 yang menyertai game ini, maka hanya tinggal 3 Senjata Khas disenaraikan untuk anda pilih 1 sahaja di antaranya. Senjata Khas menggunakan nama kod. Fungsinya akan diketahui bila anda mahu menggunakannya nanti. Umumkan keputusan anda di mana mana entri blog AWIE OMAR secepat yang mungkin (dalam masa 24jam, bermula pada masa mesej ini diberikan pada anda) kerana mesej ini akan disampaikan kepada peserta yang seterusnya pula :)

    1. BIKKPL x2
    2. HSKPL x2
    3. MSKPL x2

    ReplyDelete
  5. memang comey pun ct nieh..

    neway..tahniah...

    ReplyDelete
  6. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Entri BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE – Episod 1 akan disiarkan pada SELASA 11 SEPTEMBER 2012.

    ReplyDelete
  7. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Aktifkan blog anda sekarang. Update sekurang kurangnya 2 entri dalam seminggu,

    ReplyDelete
  8. Faizul, cepat sikit pilih senjata. jika lambat saya akan pilihkan untuk faizul.

    ReplyDelete
  9. tahniah buat comey....memang comey laaa.. muda lagi tu :)

    ReplyDelete
  10. Haha,selalu org taktahu nama betul saya jugak,sebab selalu sngt guna mya.cikgu2 pun panggil Amilia,sedangkan nama bukan yang tuh.

    ReplyDelete
  11. cantik

    bile akk pulak nk merasa wakaka

    berangan xsuda

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...