Wednesday, September 19, 2012

Sikap Peniaga Melayu!

...Assalammualaikum...

Cerita yang akan aku ceritakan ini adalah hasil dari pengalaman Abah aku. Abah bercerita pada isteri dan 4 orang anaknya. Cerita ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi untuk pengajaran buat kita semua. Ceritanya bermula...

*****

Pada malam itu, Abah pergi ke sebuah gerai makan yang terletak berhampiran masjid di bandar Kota Tinggi. Abah memang selalu makan kat situ. Sebabnya makanan di situ halal dan sedap. Kira berbaloi lah. Yang penting Melayu. Nak sokong ekonomi orang Melayu.

Masa tu Abah sorang-sorang je. Tiada teman mahupun family.

Abah dengan keadaan kelaparan terus duduk. Bila dah dapat tempat duduk yang selesa Abah pun memanggil pelayan. Pelayan tu lelaki.

Pelayan Lelaki : Ye, nak minum apa?
Abah : Saya nak Teh tarik satu.

Lepas ambil order air, pelayan lelaki tu pun nak pergi ke dapur. Then, Abah panggil dan melarang.

Abah : Nantilah kejap, Saya belum habis order lagi ni.
Pelayan : Ye, nak order apa?
Abah : Bagi saya nasi goreng kampung.

Lepas tu, dia terus menuju ke dapur untuk bagi order Abah pada tukang masak. Tak sampai 15minit order tu pun sampai. Abah pun makanlah dengan berseleranya. Sebelum makanan tu habis Abah adalah minta air suam pada pelayan kat kedai makan tu. Nak tahu apa dia kata?

Awak pergi ambil sendiri kat dapur,boleh tak?. Saya banyak kerja ni!

Menyirap darah merah Abah ni. Lepas tu, Abah makan cepat-cepat. Kemudian, Abah panggil pelayan tu untuk kira makanan. Pelayan tu dengan riang gembiranya datang untuk mengambil hasil jualan dari Abah.

Sebelum Abah bayar, Abah siap warning pada pelayan di situ. "Kalau macam inilah cara layanan awak, nampak gayanya inilah kali terakhir saya datang ke sini. Bukan setakat saya je, orang lain pun akan buat perkara yang sama kalau cara layanan awak macam ni."

Abah melangkah keluar dari kedai makan tu dengan perasaan tak puas hati tetapi masih bersabar.

*****

Gambar hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan kedai makan yang aku cerita seperti diatas. Ini adalah ihsan Pak Google.


Melalui kisah ini, bukan niat aku nak memburukkan peniaga Melayu. Aku teramatlah sokong peniaga Melayu. Sebagai tanda sokongannya adalah aku pergi membeli belah di kedai mereka. 

Kejadian ini mungkin berlaku pada sebahagian peniaga Melayu. Tak semua. Mungkin ini berlaku pada peniaga yang nak keuntungan semata-mata. Bukan nak menjaga hati pelanggan pun. 

Kita kalau nak berniaga, hati pelangganlah kena jaga. Tiada pelanggan, tiadalah peniaga.

Cuba kita lihat pada kebanyakkan peniaga cina. Bagus kan. Pandai jaga hati pelanggan. Tak pernah kecewa dengan service yang ditawarkan oleh mereka. Memang aku puji sikap peniagan cina yang pandai menjaga hati pelanggan. Tip Top! Dengan layanan dan service yang bagus, memang tak seriklah kita akan ke tempat mereka berkali-kali. Betul tak?

Aku tahu masih ramai peniaga melayu yang pandai jaga hati pelanggan tapi masih bertambah ramai juga peniaga melayu yang tak menjaga hati pelanggan langsung. Semuanya demi keuntungan semata-mata.

Memang betul, kita berniaga semua nak untung. Adalah bodoh jika kita berniaga semakin rugi. Tapi, biarlah keuntungan kita tu dibina dengan menjaga hati pelanggan supaya kita ada pelanggan yang setia pada peniaga.

Jadikanlah apa yang aku sampaikan ini berguna untuk anda semua. Jadilah yang terbaik.

Agak-agaknya, setelah Abah aku warning macam tu pada peniaga tu, apa yang dia rasa?

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

13 comments:

  1. Tak heran la dengan melayu ni.. Sikap melayu memang macam tu.. Kedai sebelah menyebelah pon boleh gaduh pasal costumer... Dari dulu kot macam ni.. Kalau bangsa lain, diorang jaga tp bangsa sendiri, biaq p la... Camtu la bg diorang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rasa tak berminat nak berniaga, tak payah lah nak berniaga... buat susah hati org lain je...

      Delete
  2. selalu macam tu la...kdg2 rasa fed up nak makn...baik masak dekat umah ja..senang cita..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu makan kat rumah tak best jugak... sekali sekala nak jugak tukar angin... tapi, bila saat nak tukar angin tu, lain plak yg jadi... kita plak yang naik angin.... gerrrrr!!!

      Delete
  3. Saya menghormati keputusan Faizul untuk mengundur diri dari game Blogger 3. Tidak ada masalah pun kalau Faizul nak keluar. Anyway semoga berjaya dengan apa yang anda lakukan sekarang. Sekali sekala jenguk la kami di Blogger hehehe :D

    ReplyDelete
  4. dah biasa terkena bro..huhu

    sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, asal kurang ajar sangat. Aishhh, kalau ena kena, dah lama ena maki lepas dia cakap macam tu... ena selalu kena, pelayan muka macam tak reti nak senyum.. macam ada ketulan emas kat mulut tu.. aishhh rasa nak penampor je

    ReplyDelete
  6. Diorang sibuk dan penat dan keliru. Patutnya abah kau bawa bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya yang penah keje kedai makan je yg tahu perasaan pekerja kedai makan.mmg penat+sibuk+keliru tp penat mcmanapun x patut dia marah customer. be professional.

      Delete
  7. eh ada ka pelayan mcm tu..x penah jumpa lg..huhu..biadap tul la..

    ReplyDelete
  8. lagi satu tentang peniaga melayu kita..kat menu sikit punya banyak menu dia..tak terbaca..
    tapi bila mintak..nasi ayam ada?
    tak de..
    mee bandung ada?
    hari ini tak buat..
    mee hailam ada?
    x de..
    aik..abis tu..apa yang ada??
    padahal kat menu bukan main gah lagi..
    terus terbantut selera...


    ReplyDelete
  9. Memang pun. Ramai yang nak berniaga tapi ramai yang tak mengamalkan adap berniaga: 1. Muka kelat tak reti senyum.
    2. Tak ada PR dan tak pandai beramah mesra
    3. Ambik duit tak pandang muka pelanggan dan tak reti cakap terima
    kasih.
    4. Kebersihan ala kadar malah kadang tak bersih langsung
    5. Tuan punya kedai bila cakap dengan kaki tangan pakai laung depan
    pelanggan. Kurang adap.
    6. Paling kerap tak ada duit kecik. Pelanggan pulak kena siapkan duit
    kecik bila nak bayar.
    ADA PATUT KE ???

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...