Sunday, September 23, 2012

Tampil Cantik Dengan Minum Air

...Assalamualaikum...

Air memang amat penting buat kita. Dengan air kita boleh jadi cergas kerana dia menjadi salah satu sumber tenaga kepada kita. Seperti kereta, kerata perlukan minyak untuk bergerak. Jika tiada minyak tak boleh berfungsilah kereta tu. Jadi, air juga dijadikan seperti minyak untuk badan kita untuk bergerak. Sebab tu ada orang boleh hidup bertahun-tahun dengan hanya minum air.

Tapi, entry kali ni bukan untuk cerita pasal kereta, minyak ataupun yang berkitan dengannya. Ini cerita lain.




Semasa dalam kelas Fisiologi Tumbuhan pensyarah aku ada beri Tips Untuk Menjaga Kecantikan serta Untuk Mengempiskan Perut supaya tak buncit.

: Caranya adalah:

Setelah bangun pagi, sebelum menggosok gigi hendaklah minum air sebanyak 2 cawan. Kemudian, tarik nafas dalam-dalam melalui hhidung. Selepas itu, hembus nafas melalui mulut. Ulang tarik hembus nafas ni sebanyak 5 kali.

: Hasilnya :

Muka akan kelihatan cantik dan awet muda. Lagi satu, perut boleh kempis tanpa buncit ke depan. Mesti menawan dengan cara ni sebab cara ini adalah cara semula jadi.

Berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua orang. Apa-apa pun kita usaha dulu. Hasilnya kita berserah. Tak salah kan untuk mencuba?

...Sekian, Terima Kasih...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

4 comments:

  1. ya setuju..minum air kosong sebelum gosok gigi =)
    singgah malam

    ReplyDelete
  2. Tips yang baik ni..kena cuba ni lepas ni!...tapi cam segan lak nak teguk air tu sebelum berus gigi..tehehehe.

    ReplyDelete
  3. weee...thanks 4 sharing. Boleh amalkan nie, tapi selalunya lupa~ huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...