Monday, December 3, 2012

Alahai Filem Melayu!!!

...Assalammualaikum...

Dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di blog aku ni. Almaklumlah hidup sebagai student memang selalunya masalah kekangan masa. Idea ada, tapi nak menghadap blog ni tak lah pulak berselera bila teringat akan assignment, lab report, kelas lagi dan yang terbaru ni exam bakal menjelang tiba. Fuh! panjang introduction aku yang entah pape ni.

Ok, aku teruskan dengan berkaitan tajuk yang terpampang kat atas tu.

Aku ni memang menggemari filem-filem tempatan ataupun filem Melayu. Sebab apa? Entahlah. Dah memang minat aku pada filem Melayu. Cakap je siapa berlakon, bila tayangan, semua aku tahu. Tengok! Betapa obsesnya aku dengan filem Melayu ni. Semuanya aku dapat tahu kat Finas.


Filem yang teringin untuk aku tengok. Sampai sekarang masih tak berpeluang.

Tapi, masalahnya filem Melayu sekarang ni dah banyak yang merepek. Hanya sebahagian filem je yang sangat menarik untuk di tonton beramai-ramai. Yang lain kebanyakkannya merepek tak sudah. Ada filem tu, aku mampu bertahan tengok 10 minit je. Lepas tu tutup.

Filem di Malaysia ni terlalu banyak memaparkan pasal gaduh dan gaduh. Dari awal sampailah habis cerita. Motif gaduh? Lepas tu hantu yang buat kelakar. Katanya nak buat kelainan tapi tak menarik.

Bagi aku, filem yang menarik ialah jalan cerita yang ada mesej, pengajaran, pembawaan watak yang berkesan. Bukan setakat buat filem tangkap muat je. Dengan lambakan filem yang berjeniskan 'tangkap muat'  ni berlambak lah menyebabkan filem yang ada kualiti tenggelam. 

Nak buat sesuatu cerita yang mudah orang ingat sampai bila-bila ni memang agak payah. Tapi tak mustahil seperti filem Bujang Lapok. Sampai sekarang orang masih menonton walaupun dah berjuta kali tayangan kat TV. 

Sekarang ni nak buat sesuatu perkara mesti kena research. Dengan research ni kita dapat tahu yang mana baik atau tak. Yang mana bagus atau tak. Kalau setakat main tangkap muat memang teruklah jadi filem tu. Sebab tu kalau filem hollywood akan orang anggap sentiasa bagus. Walhal cerita tu tak logik pun orang kata bagus sebabnya aku nampak yang pembikinan cerita tu ada buat penyelidikan.


Antara filem yang bagus tapi kurang mendapat sambutan.

Seperti Filem yang baru aku tengok ni Zaiton Ceritaku. Banyak pengajaran, ada mesej yang nak disampaikan. Sampai boleh nak menitiskan air mata. Tapi, sayangnya Filem ni kurang mendapat sambutan dan tenggelam disebabkan oleh lambakan filem 'tangkap muat' ni yang membuatkan orang tak nak ke wayang sebab takut kecewa bila filem tu tak best.

Adalah lebih baik jika cerita nak di masukkan pawagam ni ditapis dahulu. Ada kriteria tertentu. Tak lah semua cerita merepek yang penonton duk hadap dan bila keluar wayang je semua duk maki pasal cerita tu.

Aku rasa dah macam pegkritik filem pulak. Bukan apa, kita masuk wayang tu guna duit kita, bukan free. Kita bayar untuk tengok filem tu. Jadi, aku dan mereka yang lain sebagai penonton tu mestilah nak sesuatu yang boleh memuaskan hati, bukan yang menambah panas hati bila keluar dari wayang. Betul tak? 

Korang rasa macam mana? Pendapat tentang filem melayu ni?

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO: sebenarnya sekarang ni tunggu masa yang extra untuk tengok LBS2. Kalau dapat bagos, kalau tak tunggu download je. hehe.

5 comments:

  1. saya tak suka tengok wayang cerita melayu... selalu download jer... bukan tak nak sapot industri sendiri tapi sebagai manusia biasa kena la jaga duit poket sendiri jugak... pilih movie yg best jer tgk kat wayang... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm saya lah... selaluny7a download.. tapi, kalau dah gian sngt nak pergi wayang, pergi jgk... tu yg kdg2 terkilan sb cerita tak best... tp, bila cerita best, masa plak tak de nak pergi wayang... sokmo berlaku mcm tu...

      Delete
  2. aku dah tekad takkan download filem Malaysia. Dekat setengah tahun jugak aku bertekad dan sampai sekarang tak rasa pun nak download dah. Kalau nak sangat, aku akan tengok kat wayang je. Dan kalau best, aku nak beli dvd je. Tanda aku support filem malaysia.Hehe.

    Aritu dapat tahu pasal filem Zaiton ni lambat. last day baru tau, tu pun tak sempat tengok. Rasa rugi gila.huhu

    ReplyDelete
  3. iyolah bilapublisiti mewah kita tertarik ingat mcm best padahal tak, bila kurg publisiti tulah yg ada la segelinitr filem bermesej dan baik

    ReplyDelete
  4. artikel yang sangat menarik,salut untuk anda,salam pershabatan:
    sigit hermawan go blog

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...