Friday, July 27, 2012

Nice Song : Sami Yusof feat Dato' Siti Nurhaliza - You Came To Me

...Assalamualaikum...

Hari ni sungguh panas. Memang menguji tahap ke'puasa'an aku di bulan Ramadhan ini. Kesabaran aku memang teruji. Kalau dah panas-panas ni dengar lagu ni best jugak.

Jom dengar bersama-sama. Sejukkan hati, tenangkan jiwa.


Baru aku tahu sebenarnya lagu ni dah lama. Sejak tahun 2009. Artis Sami Yusuf ni pun dah lama wujud dalam bidang nyanyian ni. Baru sekarang ni aku tahu. Aku tahu pasal Sami Yusof ni pun setelah dia membatalkan konsert kat mana ntah. 

Sepatutnya dalam konsert tu dia akan berduat dengan Siti Nurhaliza. Aku rasa lagu dalam video ni kot. Lepas tu dia buat rakaman semula lagu ni. Memang bertambah best.


Baru aku perasaan yang lagu ni ada di guna dalam tema Jejak Rasul Khas tahun 2012. Baru terdengar tadi. Patut lah best.

Lepas aku dengar lagu Sami Yusof ni, sedap jugak suara dia ni. Lagu ni pun best jugak. Macam lagu-lagu Maher Zain. Memang jadi Halwa telingalah dengar lagu macam ni. Jiwa pun boleh tenang jugak.

Tak aku teragak-agak untuk aku mencari lagu-lagu Sami Yusof ni.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




4 comments:

  1. dah pernah dengar lagu ni,boleh tahan la kan...salam ramadhan^^

    ReplyDelete
  2. yelah... sebelum ni pernah jguak terdengar lagu ni.. baru tau siapa penyanyi dia

    ReplyDelete
  3. dh penah dgr lagu ni.. telinga suka nk dengar :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...