Saturday, July 14, 2012

Visit To Taiping : Kisah Bermula

...Assalammualaikum...

Entry dalam blog aku yang lepas dan juga status facebook dan twitter kecoh menyatakan yang aku bercuti selama 2 bulan. Haha. Macam aku sorang je kan yang bercuti. Orang lain pun bercuti jugak. Tapi, tak lah sekecoh aku.

 Bercuti memang tak bermakna kalau hanya duduk di rumah seorang diri. Kalau boleh memang nak travel. Travel kat Malaysia pun dah cukup. Kat Malaysia pun dah banyak tempat menarik. Tak gitu?

Bagai pucuk dicita ulam mendatang! *dah pandai berperibahasa aku ni. Orang mengantuk di sorong bantal. Dah macam Karam Sigh Walia dah. Makin banyak pulak peribahasa ni. Huhu.

Kisah bermula apabila Mak Usu aku memberi sms untuk mengajak aku pergi lawatan sambil belajar ke Perak. 3 hari. Aku punya gembira bukan kemain. Tanpa berfikir panjang mahupun pendek, aku terus setuju nak ikut dengan serta merta.

Hasil curian dari Pak Cik Google


Bertambah bestnya, hotel, pengangkutan adalah percuma. Rugi kalau aku tolak untuk tidak pergi ke sana. Siap dapat elaun lagi. RM 144. Gembira tu memang tak terhingga lah. Kalau boleh nak kecoh satu kampung yang aku dapat pergi ke Perak.


Elaun yang aku dapat dalam travel aku kali ini.

11 Julai 2012. Bermulalah sebuah perjalanan yang begitu jauh dan mencabar. Pukul 10 pagi bas bertolak dari bandar Kota Tinggi menuju ke Perak. Jujur aku kata yang aku tak tahu mana nak pergi apabila sampai di Perak. Mana bas tu berhenti di situ jugak lah aku bercuti. Buat gempak je kan?

12 jam perjalanan. Sungguh melenguhkan segala urat badan ni. Orang cakap perjalanan ni sebenarnya tak sampai pun 10 jam kalau betul-betul perjalanannya. Tapi, apakan daya, bas yang aku naik ni asyik berhenti je. Setiap perhentian mesti nak berhenti. Sabar je la. 

Travel di sponsor tak baik nak banyak merungut. Betul tak.

Perjalanan yang jauh terubat apabila dapat menghenyakkan diri di atas katil hotel yang sungguh empuk. Boleh tenggelam aku baring atas tu. Mahu tak terubat segala kesesengalan yang terdapat dalam badan aku ni.

Apa hotel nya? Nak tahu apa pasal hotel tu? Tunggu di entry akan datang. Nak buat gempak sikit. Baru suprise kan?

9 comments:

  1. wah.. ke mana lah ye agaknya ye pergi Perak tu??? pergi tak waterpark kat area taiping tu?

    ReplyDelete
  2. hotel rumah mak usu la tu kan?? haha.. perak memang best pun, bangga tu jd anak jati perak. taiping taman tasik pun best ;)

    ReplyDelete
  3. baby comel... ape plak hotel rumah mak usu... ni hotel yg lagi best lah... tak main2 lah duk kat rumah....

    ReplyDelete
  4. boni : kalau nak tahu ke mana pegi, tggu lah kat entry akan datang... buat suprise gitu...

    ReplyDelete
  5. kejamnyer !!! kata orng bermuka katak !!! KEJAM !!!!

    huhuhuhu....... merajuk :P

    ReplyDelete
  6. Wah. Best tu ada yang sponsor...

    ReplyDelete
  7. Tq sb support blog abe..... Nape xajak abe sama g trip to taiping? Nak itottttttt jugak :-)

    ReplyDelete
  8. ade pegi muzium geologi tak kat ipoh? next time bolela pegi...

    http://marinafazli.blogspot.com/2012/07/dinosaur-ditemui-muzium-geologi.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...