Tuesday, May 15, 2012

Birthday & Anniversary

Dah 6 hari aku tak update blog. Kini aku kembali dengan cerita yang baru.

Hujung minggu lepas iaitu 11 dan 12 Mei aku balik ke rumah aku. Kat Kota Tinggi. Saje je nak balik. Nak celebrate birthday mak dan anniversary mak dan abah yang ke 22 tahun. Actually mak tak bagi sangat aku balik rumah sebab katanya membazir duit. Ye lah, tiket pergi dan balik dah RM65. Seminggu punya makan. Perjalanan pulak mengambil masa 6 jam dari Bandar Tasik Selatan ke Kota Tinggi. 

Aku balik ni ada alasan sebab nak hantar barang aku yang banyak. Lebih-lebih lagi setelah aku memborong buku-buku kat PWTC hari tu. Tujuan utama aku nak celebrate diorang. Nak tahu macam mana aku dan adik-adik celebrate?

Sebelum aku balik, aku ada sms adik aku. Adik aku ni dah kerja. Kiranya dah ada gajilah. Aku tanya yang dia tak bagi hadiah ke kat mak dan abah. Dia kata nak bagi. Hadiah yang dia nak bagi tu baju. Tak tahu lah apa baju yang adik aku nak bagi tu kan. Yang aku pulak nak belanja makan.

Tempat pilihan aku Pizza Hut. Tapi bila aku bagi tahu mak dan abah yang aku nak belanja kat sana terus dia kata "Mak tak nak makan kat sana. Bukan selera mak. Kalau korang nak makan. Korang makan lah. Biar mak abah makan kat tempat lain". Ada pulak macam tu. Orang nak celebrate dia. Dia suruh kita makan kat situ pulak dengan tanpa dia.

Mak pilih lah nak makan kat mana? So, mak aku pun pilih nak makan kat kedai biasa. Aku bagi cadangan kat Restoran Haji Daud. Dia tak pernah lagi makan kat sini. Makanan dia memang sedap. Puas hati diorang makan.

Abah order Nasi Goreng Seafood dengan Carrot Susu Suam. Mak pulak order Bihun Tom Yam dengan Laici Ais. Memang sedap lah. Aku sendiri pun habis makan walaupun dah kenyang. Sedap punya pasal.

Makan punya lah banyak. Kena bayar tak sampai pun RM50. 5 orang punya makan. Time makan tu, mak aku teringat kat anak dia lagi sorang. Anak dia lagi sorang tu pergi PLKN. Tu yang tak dapat ikut sekali.

Ingat nak amik-amik gambar lah. Tapi mak aku ni tak suka pulak. Jadi entry kali ni kosong tanpa sebarang gambar lah.

Lupa pulak nak cerita pasal hadiah yang adik aku beli kat mak dan abah tu. Adik aku beli baju raya. Warna kelabu. Sedondon kau! Tahun ni nampak lah diorang pakai baju yang sedondon.

Tahun depan aku nak bagi lagi gempak. Just for fun. Kalau boleh nak tempah meja kat hotel. Baru lah best. Tapi bajet tak mengizinkanlah. Restoran biasa je yang mampu.

7 comments:

  1. ciri2 lelaki soleh... = mmbahagiakan hati ibu bpanya... respek sama lu brader...

    ReplyDelete
  2. jgn puji lebih2... aq ni drama sikit... kuat leleh air mata... ingt mak sikit je boleh leleh air mata aq... haha...

    ReplyDelete
  3. Waa .. mmg best kalo dpt pakat dgn adik-beradik unt celebrate parents :D

    ReplyDelete
  4. semoga hubungan encik Faizul dan pasangan hati juga kekal seperti mana hubungan antara mak dan abah encik Faizul.

    p/s:actually tak tau nak panggil ape,so panggil je la encik Faizul,jangan marah ye pemilik blog.

    ReplyDelete
  5. amboi

    ingt aniversary sndiri tadi hehe

    ReplyDelete
  6. anak yg baik...
    mesti mak bgga nie ^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...