Wednesday, May 9, 2012

Lawatan ke Mahkamah Syariah

Sebenarnya tak tahu nak tulis dan start dari mana. Terlalu bnyk memori yang tersimpan dalam kepala otak aku ni yang nak aku luahkan kat sini. Kalau aku tulis panjang-panjang agak-agak ada tak yang nak baca? Ah! Tak kira jugak. Nak tulis jugak. Baca atau tak itu lain cerita. Pangalaman ni memang tak semua orang boleh dapat. Rasanya orang tertentu je dapat ke sana.

Hari ini 8 Mei 2012 ( Rabu ) aku dan rakan seperjuangan yang lain ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Eleh! Pergi mahkamah pun nak kecoh. Tapi, apa yang aku dapat dalam mahkamah ni memang mengajar aku untuk menjalani hidup di masa hadapan.

Selama ni pun kita banyak tahu kes mahkamah kat TV dan surat khabar. Drama kat TV pun berlambak. Tak pernah mengalami macam mana situasi kat mahkamah. Betul tak? 

Mesti korang anggap yang kes kat Mahkamah Syariah tu mesti kes kahwin dan cerai. Tak sebenarnya banyak lagi kes yang boleh refer kat mahkamah ni. Tapi, mostly berkaitan agama macam keluarga, harta dan lain-lain lah. Tak dapat nak tulis kat sini semuanya. Banyak sangat. 

Selama ni kita fikir oh artis ni kahwin. Tepuk tangan ramai-ramai. Siap berdoa dan bagi macam - macam ucapan dan kata semangat. Oh! Artis tu bercerai! Semua duk kutuk sana, duk kutuk sini. Kita tak tahu pun apa masalah mereka sampai bercerai. Nampak perkara ni remah but not all person know about this. Yeah. About Undang-undang keluarga Islam.

*******************

Ok. Aku start cerita about kes yang aku tengok di bicara tadi. Di Mahkamah Rendah Syariah. Kes yang di bicara pasal cerai dan pengesahan pernikahan. Cerai pun ada macam-macam cerita. Pengesahan pernikahan pun sama.

Cerai. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bertanggungjawab. Tak silap ada dua kes macam ni. Lagi satu nak cerai atas alasan isteri curang. Tapi, hasrat tak kesampaian sebab tak cukup syarat. Kita nampak perkara ni remeh. Tapi perkara ni kita kena ambil tahu. Ada yang dah kahwin 20 tahun pun nak mintak cerai. Tak tahu apa silapnya kan. Dah hidup lama pun masih tak paham pasangan masing-masing.

Ada pulak tu yang baru kahwin 2 tahun dah nak bercerai. Muda plak tu pasangan tu. Ni pun tak tahu lah apa silap dalam perkahwinan mereka. Sedih gak aku jadinya. Kahwin sekejap dah nak cerai. Isteri nak bercerai. Tapi, lelakinya tak nak. Tak ada niat pun nak jatuhkan talak. That why, penceraian dia tak sah. Isteri cuba buat curang sebab nak bercerai dengan suami.

Bab pengesahan pernikahan ni satu hal. Nikah kat luar negara. Macam-macam soalan dia ambil kira. Soalan yang remeh pun boleh keluar. Rumit sebenarnya nak selesaikan sesuatu masalah ni. 

Kat mahkamah tinggi. Kes lagi berat. Kes khalwat dan pemerdagangan orang. Ada pengakuan sampai ngaku diri sendiri kristian sebab takut kena tangkap punya pasal. Tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia ni. Takut punya pasal, agama sendiri pun boleh bawak main.

Kes lain pasal tuntut nafkah anak. Dah lama bercerai. Perempuan sampai dah kahwin lain dan dapat anak baru pun tanggungjawab suami kena ada jugak. Kes dia, lelaki tuntut hak bermalam. Sekali, si perempuan ni tuntut macam-macam. Amik kau! Terdiam di lelaki tu kat mahkamah. Nampak sangat perempuan tu tengah geram. Ada point nak cakap.

Pengalaman yang menarik aku ke Mahkamah ni. Ni baru mahkamah Syariah. Kalau mahkamah kes bunuh rompak tu. Lagi lah gempak. Sedangkan kat sini aku dapat nampak peguam bergaduh. Sekali hakim tu main ketuk-ketuk. Terdiam semua. Aku pun tergamam. 

Susah jugak jadi hakim ni. Aku yang jadi penonton pun dah rasa pening dengar dua tiga kes. Ni macam mana pulak si Hakim tu yang dengar bermacam-macam kes setiap hari. Hakim ni pulak kena adil. Kalau salah bagi hukuman, kesian kepada tak bersalah.

Aku masuk kat dewan bicara ni baru tahu ada pantang larang. Macam aku ni mana lah ada teori pasal kat mahkamah ni. Main redah je masuk. Sampai nak duduk pun kena tegur. Buat malu aku je. Peguam pun ada tegur. "Kat mahkamah tak boleh pakai baju warna warni. Kena pakai warna hitam je. Ganggu emosi Hakim". Ada jugak ek macam tu. Patut lah senior Syariah tu pakai baju Hitam Putih je. Tak pasal-pasal kena tegur. Buat muka tak bersalah lah. Nasib baik tak kena bicara. Huahuahua.

**********************

Siapa kata kahwin senang? Akad nikah tu memang lah senang. Tapi tanggungjawab tu kena ada. Kes cerai banyak sebab tak bertanggungjawab. Tak ada benda lain. Tak ada pulak alasan tu kata masalah seks. Tak ada sama sekali. Semuanya tentang tanggungjawab. 

Kita kena tahu yang perkahwinan yang dibina tu atas tujuan apa? Adakah nafsu semata-mata? Adakah perkahwinan tu nak buat hanya sementara waktu sahaja? Tak kan? Semua nak kekal sehingga ke akhir hayat. Bahkan hingga ke syurga.

Apa yang aku dapat dari lawatan aku ke Mahkamah Syahriah ini adalah bukan senang nak kahwin dan  bukan senang jugak nak cerai. Semuanya kena adaa tanggungjawab. Kena ada kepercayaan. Berpegang pada agama. Kena mantapkan ilmu sebelum berkahwin. Baru boleh jadi orang yang bertanggungjawab.

Hal kes rumah tangga ni kita rasa mudah je. Macam perkara remeh. Bila aku cerita pengalaman aku ni ada ke patut dia kata " Aik masalah kecik macam ni pun sampai nak naik mahkamah". Bagi aku, memang dia perkara kecik. Tapi disebabkan masalah ni tak boleh selesai diluar mahkamah sebeb tu perkara yang kecil tu dinaik kan. Lagi pun tak semua orang tahu tentang penyelesaian permasalahan ini. That why kena berbicara semua.

NotaFO : Aku kena mantapkan ilmu dahulu sebelum menempuhi gerbang perkahwinan kelak. Nak jadikan perkahwinan ini kekal hingga ke Syurga. Wah ayat, bukan kemain kau.

10 comments:

  1. Isteri cuba buat curang sebab nak bercerai dengan suami? -..-

    ReplyDelete
  2. kena pakai bju hitam unutk tidak menganggu emosi hakim? mmmmmm.. info yang menarik... hihihihi...

    ReplyDelete
  3. Sudah kahwin barulah kita tahu pasang surut sesuatu rumah tangga...

    ReplyDelete
  4. tapi I belasah je baju kaler..kaler.. hakhakhak...

    ReplyDelete
  5. Macam macamlah dunia sekarang. eh lokasi dekat kkm? =D

    ReplyDelete
  6. byk jgk kes cerai berai ye. yg penting kne faham & sering btolak ansur stu sme lain. jgn nk ambik lgkah mdh curang smata2 nak cerai. err sggh tdk matang ^^

    ReplyDelete
  7. buka hati, buka minda, kenali dirI, selamat semua.. =)

    ReplyDelete
  8. bestnye dapat buat lawatan kat sana. teringin nak masuk mahkamah & dengar org bicara. keh3

    ReplyDelete
  9. aih! ain yang ta kawin lagi ase da pasang surut umah tangga...sebab pmpn tggungjwb yg tinggi plu dipikul..tp lelaki pk cmne yer?

    ReplyDelete
  10. dahsyattt ~ sampai ngaku kristian ! cis ! ni yang buat ayu marah neh !

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...