Thursday, November 10, 2011

Betul Ke Aku Diasah??? (Part 1)

Rasanya dah lama aku simpan kisah ...Aku Diasah... Jadi kali ni aku nak buka la cerita ni untuk part 1. Seperti apa yang aku bagi tahu sebelum ni cerita aku kali ini ada 3 part. Pada yang berminat boleh lah tunggu cerita ni hingga ke akhirnya.

Pada 28,29 dan 30 Oktober 2011, aku bersama 29 ahli Permaj yang baru berserta exco Permaj seramai 20 orang pergi ke Kem Saujana Asahan Melaka. Buat apa kat sini? Kami semua ada kem interaksi untuk ahli-ahli baru permaj macam aku. Macam-macam aktiviti exco-exco permaj ni buat pada ahli baru macam aku ni. Ada je benda nak buat nak buli kita orang. Nasib baik tak de ragging-ragging. Kalau ada mau kena sumpah je.

Perjalanan kami bermula di Pusanika UKM. Kami bergerak dengan menaiki bas sebanyak 2 buah tepat jam 3.45 petang. Agak terlewat apa yang dirancang sebenarnya. Ni lah orang melayu selalu tak tepati janji tak pun jadual. hehehe.



Lama jugak perjalanan ni. Sampai je di kem tersebut da pukul 7.10 petang. Masa tu da masuk waktu maghrib da. Kita orang terus di arahkan bawa keluar barang dan terus pasang khemah. Agak terkejut gaban masa tu. Ingatkan tidur di dalam chelet di Kem tersebut. Rupanya tidur di dalam khemah Hijau. Nak atau tak kena lah buat juga. Dah lama juga tak tidur dalam khemah ni. Adalah dalam 3 tahun.

Lepas dirikan khemah Hijau tu, kita orang pun berbondong-bondong lah menuju ke surau untuk solat jamak. Perjalanan yang jauh rugi kalau tak gunakan kemudahan yang diberi oleh ALLAH ni. Lepas solat, kembali semula ke tapak khemah Hijau untuk megisi perut yang kosong. Makanan ni memang lambat sampai. Sementara tunggu makanan lambat sampai ada lah sesi 'ice breaking'. Just bagi nama da trademark. Tiba giliran aku, aku tak bagi trademark. Senang-senang abang tu kata aku tak sporting. Actually, aku tak ada mood masa tu. Aku join kem ni pun sebab nak naik kan balik semangat aku yang hilang entah kemana.

Lepas tu ada lantikan ketua da penolong untuk kem ni. Tapi yang uniknya kitorang tak nak penghulu dan penghuluwati. Kitorang nak boboi dengan gegirl. Unik kn? Tak de lg kot apa-apa kem guna istilah ni untuk ketua dan penolong.

Lepas tu makanan sampai. Perut yang kebulur ni melahap dengan lahapnya. Macam tak pernah jumpa makanan!!!... Memang betul lapar agaknya ni. Lepas makan exco bagi masa utk persiapan dan pembersihan diri yang da bau busuk ni. Ntak pape yang langgar pun tak tahu sampai bau busuk sangat. hehehe.

Pukul 11 menjelma. Pembahagian kumpulan pun dimulai. Aku dapat kumpulan 1!!! 3 lelaki 3 perempuan. Selepas bincang nama group KEPANG JER. Melambangkan kebudayaan negeri JOHOR. Malam tersebut ada 2 LDK. Setiap LDK ada markah. Selain KEPANG JER, ada lagi 4 kumpulan iaitu SEMUT,OK,HA dan CAP AYAM. Pelikkan nama kumpulan dia. Pape pun enjoy malam ni.

khusyuk mendengar pembentangan kumpulan lain

kumpulan cap ayam tgh berbincang


this is my group. dlm bincang sempat lg posing.

kumpulan HA! bentangkan hasil perbincangan mereka


exco yg bertanggungjwb mbuli kitorang


Lebih kurang pukul 1 pagi baru kita orang tidur. Esok ada aktiviti lagi. Lagi panjang ceritanya. Nantikan ceritanya di part 2.

p/s : yang mana tak tahu tu PERMAJ adalah PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR.

4 comments:

  1. lupe nk bg thu... pergi kem ni best sebab free... free free pun x rmai nk join... klu bayar agk2 xde org nk dtg kot...

    ReplyDelete
  2. heeeee
    rindunyeeee nak pegi kem cm niiiiii

    ReplyDelete
  3. serius ckp mmg best... bile da lme x pegi kem bile skali pegi rase mcm nk pegi lg...

    ReplyDelete
  4. best kan???best x kene buli dengan kiteorg??hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...