Saturday, November 26, 2011

Hijrah Awal Muharam

Rasanya ramai yang mengetahui akan makna Hijrah iaitu perubahan ke arah kebaikan. Rasulullah juga berhijrah tapi hijrah Rasullulah dari Mekah ke Madinah adalah untuk menyebarkan Islam yang suci ini. Tapi apakah Hijrah dalam konteks diri kita?



Bagi diri aku Hijrah yang harus dilakukan diri kita sebagai seorang muslim adalah untuk mendekatkan diri lagi kepada Yang Maha Esa bukan makin menjauhkan diri darinya. Kita juga harus bertaubat dengan apa yang telah kita lakukan agar di tahun baru ini kita tidak akan melakukannya lagi.

Dalam sambutan tahun baru yang baru sahaja menjengah ini tentu banyak azam dan tekad serta cita-cita yang ingin dicapaikan. Seperti juga aku, mesti ada azam yang perlu dilakukan agar hidup kita di dunia ini menjadi lebih sempurna dan selesa. Dalam keinginan kita mengimpikan sesuatu, kita harus serta kan dengan usaha dengan doa. Angan-angan semata-mata tiada faedah. Maka jadilah seperti angan-angan Mat Jenin yang mati sia-sia yang jatuh dari pokok kelapa akibat terlalu berangan-angan.

Jadi, di kesempatan ini aku nak ucap kan Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam di dunia. Tak kiralah yang baca blog ni atau tak. Semoga apa yang ingin di capai tahun ini kan tercapai. 


Agak-agaknya apa azam korang ditahun baru ni??? Adakah azam korang tahun lepas tercapai???

Kalau da baca mintak "LIKE" entry ini.


2 comments:

  1. da lame ingin berhijrah tp asek xkesampaian je.. hope tahun ni tercapai =)

    ReplyDelete
  2. Khalid kadir : semoga apa yang diinginkan tercapai... biasa lah kita manusia sentiada lupa dan lalai.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...