Wednesday, November 9, 2011

Israel : Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya

Kali ini ada beza sikit pasal entry yang akan aku tulis buat tatapan pembaca. Apa yang akan aku ceritakan ialah mengenai buku yang telah aku baca.

Tajuk buku yang telah aku baca sehingga kulit belakang buku tersebut ialah ''ISRAEL : KENAPA DUNIA TIDAK BOLEH MENGIKTIRAFNYA". Satu sorotan sejarah (1917-1948). Buku yang telah aku tamatkan pembacaanya tadi banyak memberi pengajaran serta pengetahuan mengenai Palestin dan Israel serta masyarakat arab dan perjuangan terhadap tanah air  mereka.



Apa yang dapat aku katakan dalam buku ini ada menceritakan mengenai kewujudan negara haram Israel yang mendapat tentangan hebat dari masyarakat arab sama ada di pelestin mahupun di negara sekitarnya. Melalui pembacaan aku, aku mendapati semangat orang Arab memperjuangkan untuk mempertahankan negara mereka  amat aku kagumi walaupun mereka sering kalah dan ramai antara mereka telah terkorban serta tanah air mereka tergadai namun semangat jihad mereka tetap tinggi.

Kadang-kadang aku membayangkan nasib kita rakyat Malaysia menerima nasib seperti itu. Adakah kita akan mempunyai semangat jihad seperti mereka? Adakah kita akan kuat dan berani menentang musuh terhadap mereka yang kejam?

Melalui pembacaan buku ini juga dapat aku katakan bahawa orang Yahudi amat takut akan umat Islam sekiranya mereka bersatu. Kalau nak tahu kenalah baca buku ini. Banyak i nformasi yang boleh kita dapat mengenai sejarah tertubuhnya negara haram Israel di Pelestin serta perjuangan jihad masyarakat arab untuk mempertahankan tanah air mereka.



SPESIFIKASI BUKU :
1. Penulis : Hafidzi Mohd Noor (bertugas di Fakulti Pertanian, UPM)
2. Penerbit : JIMedia (www.jim.org.my), PACE (www.pacemalaysia.net)
3. Pengedar : Read Network ( www.readnetwork.com)
4. Halaman : 59 halaman
5. Harga : RM10.00


p/s : aku beli buku ni semasa pelancaran Kelab Sahabat Aksa UKM pada 02/11/2011 dengan harga RM10.00. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kelab ini boleh la LIKE di FanPage Facebook Kelab Sahabat Aqsa UKM

4 comments:

  1. israel memang tak boleh diiktiraf sebagai satu negara.. haha.. cam best buku ni..

    ReplyDelete
  2. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau hahaha

    ReplyDelete
  3. Zul Fattah : bku ni mmg best pun... bnyk input yg boleh kite dpt, terutama mengenai sejarah israel-palestin yg dulunye kita tak tahu...

    ReplyDelete
  4. kpd cerita best : thank pak joe... nti faizulosman akan terjah dan bedah blog pakjoe...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...