Sunday, January 8, 2012

Hantu Tindih


Hantu Tindih? Hantu apa ni? Hantu ni sama macam hantu bonceng ke hantu kak limah ke hantu kumkum ke? Banyak plak hantu yang muncul dalam masyarakat melayu ni kan? Tu yang sampai banyak sangat filem hantu keluar kat panggung wayang. Tapi apa yang aku nak cerita ni pasal apa yang telah terjadi pada diri aku sendiri.

Hantu macam ni memang seram.
 Nak tengok muka pun takut.
Kalau jumpa, lari tak cukup kaki gamaknye.

Hantu Tindih aka Hantu Hempap ni ada di kalangan kita. Selalunya dia berlaku pada waktu malam. Aku dah banyak kali kena tindih. Kalau dia tindih ni memang berat. Susah kita nak bangun. Perkara ni start berlaku pada aku semasa  aku belajar di Matrik lagi. Aku ingat dia berlaku di matrik aku je. Sehingga aku balik rumah pun dia ada juga. Mungkin kat rumah tu dia ganggu sebab bilik aku tu dah lama sangat tak ada orang guna. Terbaru aku duk kat UKM di pun ada juga berlaku sekali pada aku.

Selalunya sebelum aku kena tindih ni aku ada rasa lembaga yang datang mendekati aku. Macam-macam cara dia datang. Semasa di Matrik pernah tu aku nampak dia merangkak dengan laju dan terus menerpa kat aku. Masa tu aku tak boleh buat apa-apa. Ada pula tu aku nampak dia berdiri sebelah katil. Pun aku tak boleh buat apa-apa. Hanya mampu melihat.

Hantu ni lucu. Kalau jumpa boleh main gurau-gurau.

Ada juga orang tak percaya pada yang tindih-tindih ni. Ada yang menyatakan jika kita rasa berat dan susah nak bangun ni disebabkan oleh 2 sebab:
1. Dari segi sains menyatakan yang otot kita berada dalam kekejangan di sebabkan kita berasa penat dan letih.
2. Dari segi agama menyatakan yang mungkin kita terkena gangguan makhluk halus. Seperti apa yang aku ceritakan kat atas tu.

Tapi bagi aku aku lebih prefer yang ke dua tu. Dalam dunia ni bukan setakat kita je yang hidup. Banyak lagi makhluk-makhluk lain yang hidup kat dunia ni tapi kita tak nampak pun kewujudan mereka ni. 

Sebenarnya kita boleh elak dari gangguan seperti ini. Antaranya :
1. Sebelum tidur tu ambil lah wudhu.
2. Sebelum tidur juga baca lah ayat kursi dan surah-surah lain yang berkaitan.
3. Kalau nak tidur jangan lah tidur telentang. Tidur mengiring cara Rasullullah tidur. Kalau nak tidur telentang jugak, kena lah tindih badan kita dengan bantal. Ada juga orang cakap kaki kita di silang ketika tidur. Jika kita tidur telentang kebarangkalian untuk diganggu amatlah tinggi.

Hantu macam ni pulak cun.
 Memang tak takut lah kalau hantu ni senyum.
Rasanya ini jelah tips yang dapat aku bagi dan aku amalkan. Tapi kalau ia berlaku juga, baca je ayat kursi dalam hati. Kalau nak baca kuat-kuat memang tak boleh sebab masa kena tindih tu kita tak boleh buat apa-apa.

p/s : Selalunya kalau berlaku macam ni kat aku ketika aku kat dalam nilik tinggal sorang-sorang sebab roomate selalu balik. 

10 comments:

  1. hantu tundih? suka aki ko bg nama eak..

    aku pn byak kali kena gak... tambah tips faizul. lau kena tindih lg kan, ko cakap macam ni..

    "weh! berat la... sesak nafas aku. turun2! ko mesti x penah kena tindih kan?!. berat tau x!!"

    hehe..., jgan marah...

    nasib baik ko bg tips,masa dulu2, aku buat simple jak... ucap syahadah... bnda tu otomatik hilang... huhu...

    ReplyDelete
  2. mak aih...trkejut je tngok gamba first tu...huhu.
    btw, slalu gaklah dgr pasal kena tindih ni. hrap2 x kenalah...
    *sekeliling kita aje bnyak manusia berperangai hantu :/

    ReplyDelete
  3. UKM ? Eyja duduk kat UKM memang selalu kena pun . Kalau time malam abah kan kerja shift malam , so tinggal Eyja dan mak je , memang cun dia pun datang . Hampehh betull . Mula2 masa Eyja darjah2 tu Eyja takut jugak . Since dah masuk form2 , dah lali dah . Dah selalu sangat ! UKM memang keras gila :)

    ReplyDelete
  4. haha.. bez ker citer nih. tak layan pun walaupun dah lama..

    Jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  5. Perkara yg biasa terjadi pada N juga. Tapi N lebih prefer yang sains punya. Sebab, biasanya ia berlaku pada N jika N dlm keadaan maximum penat...hehe...tapi ini tak berkata yg N tak percaya no2..bnda2 tu mmg ada. Yg penting jgn lupa baca doa tdur...hihi..:)

    ReplyDelete
  6. kwan2 byk kali cite psal ni...tp saye tak pnah kena la plak...:)

    ReplyDelete
  7. wan kat UKM pon dah banyak kali kena tindih

    ReplyDelete
  8. huhu.. meremang jap.. pape pon thanks a lot tips tu.. lain kali bagi lg info2 lain eh..
    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete
  9. Macamana nak tengok hantu tindih

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...