Wednesday, January 4, 2012

Kontroversi Awal Tahun 2012

Belum pun seminggu kita semua menyambut tahun baru 2012 dah ada kontroversi yang dicetuskan di laman-laman blogger sama ada ia benar atau tak. Entahlah. Tapi, cerita ni betul-betul menarik perhatian sama ada di wall facebook mahupun blog. Jadi, tujuan aku tulis ni pun bukan nak menambah kontroversi cuma nak bagi pendapat aku pasal individu yang menjadi perhatian awal tahun 2012 ini.

1. Ustaz Azhar Idrus


Di ambang awal tahun, kita dikhabarkan dengan satu fenomena baru dimana Ustaz Azhar Idrus berjaya menarik lebih kurang 80 000 umat manusia ke ceramah beliau. Rata-rata mereka yang mengikuti ceramah beliau adalah golongan remaja. Perkara ini adalah cara baru di Malaysia dengan menyambut tahun baru dengan majlis ilmiah seperti ini. Aku sendiri bangga dengan aura Ustaz ini yang berjaya menarik golongan muda ke ceramah beliau.

Bukan senang untuk dia berdakwah dan menarik golongan muda pada saat-saat ini di mana golongan muda yang lain sibuk ke tempat-tempat hiburan contoh seperti konsert semata-mata untuk menyambut tahun baru ini. Ada pula yang membakar mercun yang entah berapa harga mercun tersebut. Sambutan seperti ini memang satu pembaziran dari segi kewangan. Apa salahnya wang yang digunakan untuk bakar mercun dengan buat konsert di gunakan untuk majlis ilmiah seperti ini. Tak pun bagi kat golongan yang memerlukan.

Setelah beberapa hari, aku terkejut apabila ada blogger yang menyatakan " AZHAR IDRUS BUKAN NABI DAN BUKAN WALI !! AGEN IBLIS ?!! MAAF TELAN WALAU PAHIT !! " nak tahu tekan SINI. Aku malas nak komen banyak sebab korang sendiri pun pandai fikir apa yang benar dan salah. Kalau nak kata ceramah yang dia bawa sesat dah lama dia kena tangkap pasal ceramah beliau. Tapi hal tersebut tak berlaku. Selalunya orang yang buat ajaran sesat ni mana berani muncul kat media ke kat orang ramai! Dia buat sembunyi-sembunyi je macam kes AYAH PIN tu. Dah lama buat ajaran tu baru orang perasan. Ni pula Ustaz ni yang dah banyak video ceramah dia di upload dalam youtube. Ini bermakna apa yang di ceramahkan adalah benar. Dia yakin apa yang di bawakan itu adalah betul.

Adakah blogger tersebut berkata begitu sebab dia main alat muzik semasa memberi ceramah iaitu gitar. Kalau begitu, dah ramai lah sesat kat Malaysia ni sebab kan ramai ahli muzik yang main gitar. Pendapat aku selagi bermain alat muzik itu tak mengkhayalkan ia tidak lah di kira haram. Aku pun ada searh pasal Hukum Hakam pasal Muzik serta alatnya. Tekan SINI. Memang banyak pendapat tapi kita ambil yang baik. Kita tengok apa tujuan dan niat kita bermain alat muzik tersebut. Kalau baik maka baiklah ia. Begitulah sebaliknya.

Nampak sangat blogger yang buat kenyataan macam tu CETEK AGAMA. Kalau dah CETEK AGAMA pergilah ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Ni main fitnah je yang bukan-bukan.

2. Nur Amalina Che Bakri



Siapa dia ni? Apa kontroversinya dia ni. Rasanya ramai juga dah tahu dia ni adalah pelajar cemerlang SPM 17A1 tahun 2004. Dia dikatakan telah berubah. Banyak gambar-gambar dia yang dah tak bertudung dan seksi telah tersebar. Ada juga menafikan yang gambar tersebut bukan dia. Aku sendiri pun tak percaya 100% sebab kenyataan dari diri dia sendiri mahupun dari keluarga dia belum keluar. Bagaimana kalau perkara tersebut tidak benar? Kan dah memfitnah namanya. Tapi kalau betul tak akan lah boleh keluar kenyataan begini. Bak kata pepatah "kalau tak ada angin masakan pokok itu bergoyang". Betul tak? Jadi fikir-fikirkan lah. Kalau nak tahu betul atau tidak ke sekadar mengetahui cerita dari blogger lain.

Mungkin ramai yang kata, ramai pelajar Malaysia pergi luar negara telah menjadi rosak seperti Sufiah dan Ariff Alfian, pasangan gay melayu berkahwin. Memang memalukan lah. Mana identiti kita sebagai orang Islam. Tapi, dalam banyak-banyak ni ada juga yang baik. Tak percaya lihat kat SINI. Ada yang mengatakan yang mereka semua ni kena kejutan budaya. Tapi, yang duk belajar kat Malaysia ni pun banyak yang kena kejutan budaya malah lebih teruk. Tak perlu lah sibuk sangat pasal mereka tu. 

Apa yang boleh aku katakan jadilah cerita mengenai individu tersebut sebagai pengajaran. Jangan pula di jadikan ikutan. Lagi satu, kalau pun ia benar berlaku berdoalah supaya dia berubah dan jauhkan lah perkara tersebut dari kita semua.

p/s : ini adalah pendapat aku, bukan niat untuk menambah kontroversi.

6 comments:

  1. kontroversi inilah yang mewarnai rencah kehidupan manusia..Kan?

    ReplyDelete
  2. btl... tp, kontroversi ni lah kadang boleh menjatuhkan org lain...

    ReplyDelete
  3. kontorversi nih kadang2 buat tambah dosa orang,....

    ReplyDelete
  4. wah! xpasti jiwa ko neutral ke x.. tpi ape yg ko ckap 100% aku sokg.. tpi masalahnye aku berjiwa 'berat sebelah'..
    p/s: mksud diatas agak tersirat.. hati2. jgan slah tafsir.. kalo rase keliru, abaikan je.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Ni la kalo terlalu taksub berpolitik. Aku rasa Ustaz ni mmg hentam je sesapa yg dia rasa tak betul, x kira la side mana pun.

    Manusia, kalo x mendengki mmg x sah. huhu. ni link biodata beliau.

    http://www.pelikbinajaib.com/informasi/biodata-ustaz-azhar-idrus-sejarah-hidupku

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...