Thursday, January 5, 2012

Kontroversi Nur Amalina Terjawab!

Dalam tempoh seminggu di awal tahun 2012 ni rasanya ramai yang dah tahu kontroversi pasal pelajar cemerlang SPM 2004 yang lepas. Macam-macam yang tersebar. Macam-macam kata fitnah yang keluar pada mata papan kekunci blogger ni. Ada yang menyatakan yang "mata pena lebih tajam dari mata pedang, sedang mata pedang hanya mampu membunuh satu nyawa sekali manakala mata pena mampu membunuh jutaan setiap saat"




Apa yang aku nak tulis untuk menambah kontroversi lagi. Kita pun dah tahu yang ibu kepada Amalina telah memberi keterangan mengenai anaknya itu. Tekan SINI untuk maklumat lanjut. Amalina juga ada menyatakan yang dia masih berpegang pada Islam dan menafikan segalah berita buruk terhadap dia. Dia juga ada beritahu yang dia tak tinggal solat 5 waktu dan sentiasa membaca Al-quran. Memang pelikkan? 

Biarlah Allah yang menilai dosa pahala dia. Siapalah kita nak menilai seseorang hamba itu sedangkan diri kita sendiri dinilai. Apa yang boleh kita buat ialah nasihat menasihati sesama manusia. Bukan mencaci, mencela dan memfitnah.

Pernah dengar tak pasal cerita ni? Ni aku bagi sinopsis je la. Kisah 2 orang perempuan. Perempuan pertama adalah seorang yang taat kepada perintah Allah akan tetapi dia ni seorang yang zalim terhadap kucing. Maka Allah menjanjikan dia di neraka sebab tidak kasih pada haiwan. Perempuan kedua ialah seorang pelajur ke GRO tetapi dia pernah memberi minuman kepada anjing yang dalam kehausan. Maka Allah menjanjikan syurga untuknya sebab kasih terhadap binatang.

Dalam cerita ni bukan aku nak suruh jadi perempuan ke 2 tapi kita lihat siapa yang menilai dosa pahala mereka? Allah kan? Cuma apa yang pasti Allah menjanjikan Syurga kepada hambanya yang melakukan suruhan dan perintah agama, Begitulah juga sebaliknya. Jadi, tak payahlah kita menilai dosa pahala orang lain. Kita jaga diri kita. Cuma kalau orang lain buat salah tegurlah degan cara berhemah. Bukan dengan caci maki.

Kita ni juga jangan lah nak buka aib orang lain dengan memfitnah yang bukan-bukan. Allah akan menutup aib kita sekiranya kita menutup aib orang lain sehinggalah dia membuka dengan mulutnya sendiri.

Ambil iktibar apa yang berlaku terhadap orang lain. Jangan ikut yang buruk. Kita ambil yang baik.

Tapi kenapa Amalina sendiri menjadi kontroversi macam tu. Cuba bayangkan kalau si Joyah tak pun Bedah yang buat macam tu malah lebih teruk lagi, rasa-rasanya ada orang ambil kisah tak?

p/s : kalau penulisan aku ada buat salah apa-apa harap tegur dan bagi komen kat ruangan komen yang disediakan.

7 comments:

  1. Hanya Allah maha menilai.

    ReplyDelete
  2. cerita panas pembuka tirai 2012..:)

    ReplyDelete
  3. kalau si joyah bedah buat, maybe ada yang kesah juga, tapi orang sekampung dia jela kot, kalau dia dah jadi publik figure, tunggu jela kena belesah dengan media.. wkakak!!

    ReplyDelete
  4. tnggungjawab kita hanya menegur bukan mengubah. mngubah itu kerja ALLAH...

    ReplyDelete
  5. minx maap isma haneefa..saya cme nk btl kn ayt awk,mngubah itu ptt nya diri sndri..hdp xblh hnya b'serah kpd Allah..kte kne usaha kpd kebaekn..so itu knpe usaha dn tawakal disatukn..selagi kte b'doa n usaha kearah kebaekn,insyaAllah kebaekn itu akan dtg..

    ReplyDelete
  6. Biasa la tue... lumrah manusia yang buruk diwar2kan & yang baik disorok2kan...hurm.. masyarakat2..

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...