Friday, January 13, 2012

Masihkah Ada Sinar

Peh!!! Tajuk dah macam putus harapan. Tapi nak ikutkan lebih kurang macam tu lah. Kenapa aku kata macam tu? Aku kata macam tu sebab aku ni dah macam mencipta satu kemautan dan kegagalan kat dunia Universiti ni. 

Apa ke tidaknya, semua paper exam aku tak dapat jawab dengan jayanya. Mula-mula dulu bersemangat nak dekan lah apa lah. Tapi, bila jawab exam entah apa-apa yang jadi. Semua tak boleh. Siapa kata belajar kat universiti senang? Aku tak rasa perkara ni senang. Semuanya kita kena usaha. Lagipun, korang sendiri fikir. Ingat senang-senang ke orang nak bagi kita semua ni Ijazah dengan tanpa usaha. Ini lah namanya susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Sepatutnya aku jadi macam ni yang bersemangat utk berusaha sampai berjaya.


Banyak silap aku sebenarnya dalam menempuhi semester 1 di universiti ni. Jadi, kali ini aku nak buat satu perkongsian kat korang tak kira lah siapa. Kalau boleh nak suruh mereka yang bakal masuk universiti ni tahu cara belajar di universiti ni supaya tak jadi carca marba macam aku sekarang ni.

Belajar di universiti ni tak sama dengan kat sekolah ataupun di matrikulasi. It's totally different! Kalau di  sekolah ataupun matrikulasi, cikgu akan bimbing dan cari kita untuk ajar kita kalau tak faham. Kita bagai di tatang umpama minyak yang penuh. Tapi, bila di universiti semua kita kena buat sendiri. Kita yang kena cari pensyarah untuk dapat ilmu. Pensyarah tak akan datang terhegeh-hegeh cari kita. Dia hanya muncul saat kuliah menjelma. Selepas kuliah dia hilang entah kemana.

Silap aku di belajar di universiti ni ialah:

1. Tak buat preparation nak masuk kelas. Maksudnya masuk kelas dengan tak tahu apa-apa tentang tajuk apa yang akan pensyarah tu ajar.

2. Dah lah tak buat preparation, masa kuliah berangan. Tak bagi perhatian. Mana lah ilmu nak dapat.

3. Bila ilmu tak dapat tak pula tanya kat pensyarah sebab tak faham.

4. Dah lah tak faham. Tak buat rivision pasal tajuk yang pensyarah ajar. Buat tak kisah je. Pensyarah keluar, aku pun keluar. 

5. Bila study week baru lah nak study. Masa tu baru lah nak sedar diri. Study last minute. Apa je lah yang dapat. Kalau yang study last minute tu paham tak apa juga. Ni sepatah haram tak dapat.

6. Last-last tak dapat nak jawab dengan jayanya. Time tu nak nagis pun tak guna. Masa tak akan berulang kembali.

Jadi inilah silap aku yang tak patut korang semua tiru sebab ia adalah cara yang merbahaya. Ni lah namanya dah terhantuh baru terngadah. Kalau dah terhantuk tapi tak sedar-sedar diri tak tahu lah nak kata apa. 

Macam ni l;ah keadaan aku semasa study week. Serabut kepala otak.


Apa aku nak cakap. Study di universiti ni memerlukan ketabahan mental dan fizikal. Kekuatan Jasmani dan rohani. Bukan senang kita nak berjaya tapi ia tak mustahil. Rajin adalah kunci kejayaan. Kalau dah usaha tu jangan lupa berdoa agar usaha kita ada keberkatan. Bila ada keberkatan semua akan menjadi baik.

Aku harap semasa aku di semester 2 ni dapat lah aku berubah. Aku tak mahu gagal lagi. Tak mahu lihat keluarga terutama emak dan abah kecewa di sebabkan kegagalan aku ni. Masihkah ada sinar buat aku lagi?

p/s : aku kena jadi mat skema yang berkawan dengan buku tebal dan berkampung di library selalu. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah jika sudah punya kesedaran sebegitu,alhamdulillah.

    Nasihat saya, hargailah masa yang ada dengan ilmu. Jadikan ketokohan ilmuan terdahulu yang punya kesungguhan luar biasa dalam ilmu. Tidaklah sama orang yang belajar itu dengan orang yang berilmu, orang belajar belum tentu dia punya ilmu, tetapi orang yang berilmu sudah tentu dia belajar. Sekadar madah tersirat,

    wallahua'lam bissowab..

    ReplyDelete
  2. silap kau dgn silap aku sama saje. aku ni masuk u sangat malas.tak macam kat matrix dulu.adoi!!

    ReplyDelete
  3. so, berubahlah sebelum terlambat!!!!

    ReplyDelete
  4. oooh... jd masa dalam kuliah ko berangan aaa... ish3,biasanya ko brangan pasal apa? nak tau gak... hehe.. tengkiu 4 de tips... insya Allah kita sama2 brubah. huhu...

    ReplyDelete
  5. aq berangan, aqsorang2 je perlu tahu... ko tak payah nyibok!!

    ReplyDelete
  6. sekurang-kurangnya dia dah muhasabah diri... kan kan faizul

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    info ni bnyak bagi kesedaran..:) thnks...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...