Sunday, November 27, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Mari Melawat Johor

Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah, jadi aku terpanggil untuk buat cerita pasal tempat yang ,menarik yang boleh korang pergi. Terutama yang ada anak tapi tak tahu ke mana nak bawa anak bercuti. Tak payah pergi ke luar negara. Kat Malaysia sendiri pun banyak tempat menarik.

Kali ini aku nak tunjuk satu tempat kat korang. Tempat tersebut ialah KOTA TINGGI WATERFALL RESORT yang terletak 16 KM dari bandar Kota Tinggi. Tempat ini menjanjikan percutian korang menjadi lebih bermakna. Yang mana kerja dalam kesibukan bandar boleh datang sini. Bak kata orang boleh release tension.

Jadi aku nak share lah sedikit gambar yang menarik yang terdapat di resort ini.


air terjun yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Kalau ada shooting gambar pengantin kat sini juga adalah pilihan utama mereka. Air yang sangat sejuk. Sesuai mandi ketika waktu panas. Berendam dalam air ni setengah jam pun dah menggigil-gigil.


Bukan setakat air terjun kat atas je jadi tumpuan. Ada juga 3 kolam utama sepanjang laluan air terjun ni. Pengunjung boleh bebas menggunakan kolam mana yang mereka suka. Ada juga permainan gelongsor air ala-ala roller coster. Tapi nak main permainan ni tak boleh main gelongsor dengan sendirinya. Syaratnya kena ada pelampung khas digunakan untuk permainan ini. Jadi pengunjung perlu menyewa pelampung tersebut dengan kadar RM5 dan RM8 untuk pelampung SINGLE atau DOUBLE.



Kalau yang nak menginap sini ada juga chalet disediakan. Kadar sewaan chalet tersebut ialah RM180/RM150 untuk 1 malam. Dalam Chalet tersebut disediakan 2 katil, tandas, tv dll. Kalau nak tilam tambahan juga ada disediakan tapi charge tambahan akan dikenakan.


Hotel pun ada juga. Hotel ni murah sikit dari Chalet. 1 malam RM150/RM130. Dia murah sikit sebab tv tak disediakan tapi kemudahan lain still sama. Ada penyaman udara, tandas dll. Tapi, hotel ni jauh sikit lah dari pemandangan air terjun.


Bagi sesiapa yang tidak tahan sejuk akan kesejukan air terjun, swimming pool pun ada disediakan. Kalau yang menginap hotel tiada bayaran dikenakan tapi bagi yang datang berkunjung bayaran dikenakan sebanyak RM5.


Kat sini bukan setakat air je kita boleh lihat. Ada juga Rabbit Farm. Kita boleh lihat serba sikit macam mana rabbit ni hidup. Kalau ada rezeki, kita boleh sentuh dan membelai dengan penuh kasih sayang rabbit tersebut. Cewah!!! Kalau yang nak membeli rabbit tersebut pun boleh juga. Harga boleh dirunding.


Lobi ni lah kita boleh tanya macam-macam kat pekerja yang mesra pelanggan. Kalau pekerja tu tak mesra bagi je penampo. Baru sedar sikit. hahaha. Tak de lah gurau jek.


Ni adalah restoran view. Kenapa restoran view? Sebab restoran ni kita boleh tengok pemandabgan air terjun yang mencurah-curah ke ladang gandum. hahaha. Tapi, restoran ni di buka jika ada function-function tertentu je. Tapi, kalau hari-hari biasa ada food court yang beroperasi dari pagi sehingga petang.


Ni adalah kedai cenderamata. Boleh la beli barang cenderamata untuk dibawa pulang buat kenang kenangan.


Nak pergi tempat ni ada beberapa peringatan yang perlu aku bagi tahu.

 Masuk tempat ni dikenakan jugalah bayaran
    Dewasa : RM 7.50 seorang
    Kanak-kanak : RM 3.50 seorang
    Kereta : RM 3.00 sebuah
    Motosikal : RM 1.00 sebuah
    *kanak-kanak dibawah 4 tahun adalah percuma. Lagi satu ini adalah harga sehingga september 2011. 

Disini bukan setakat percutian je kita boleh buat. Kalau nak buat function, perkhemahan pun boleh. Nak sambut hepy besday pn boleh. Nak buat BBQ pn boleh juga. Apa pun semua boleh runding dengan pekerja kat sana yang sungguh mesra.

Harga memang mahal tapi ia memberi satu kepuasan buat mereka yang berkunjung ke sini. Bila da datang sini, korang akan merinduinya untuk datang banyak kali.

Kalau nak buat tempahan mahupun pertanyaan lebih lanjut mengenai tempat ini boleh lah menghubungi di talian 07-8899111/222.

Kalau dah baca, sila "LIKE" post ni. Thanks.

10 comments:

  1. yup..menarik2..harga pon murah je tu...

    ReplyDelete
  2. hehhe... johor.. jauh tuuh... xdak duit mas nieh.... ngeh3

    ReplyDelete
  3. L : Xpe lah... kalau duit dah ada & terasa nak bercuti nti boleh lah pegi sini...

    ReplyDelete
  4. tumpang lalu....

    pehhh !menarik gak tuh

    ReplyDelete
  5. laici kang ais : mmg best la... ni pn da rindu nk g sana lg... yg tak bole lupe tu pasal air die yg sejuk...

    ReplyDelete
  6. yang ayu tahu, cume ade danga bay je cantik kat johor..

    ReplyDelete
  7. maya lisa : sedihnye... bnyk lg tmpt yg menarik ada kat johor ni... nti, klu rajin or thu lg pape tmpt menarik aku cerite kat blog ni...

    ReplyDelete
  8. blogwalking sini dan follow. suka cuti-cuti malaysia ni.. nak ke johor minggu ni. :)

    ReplyDelete
  9. ayu : bgos la... singgah2 la ke waterfall ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...