Monday, April 9, 2012

ABPBH 25 Di Kaca TV

Hhmmm... Nak komen sesuatu tapi tak tahu nak mula dari mana. Ok. Aku nak mula sekarang. Dah dapat idea dah. Semua orang sedia yang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-25 Edisi 2011 telah pun melabuh tirainya sebentar tadi.

3 jam aku tonton ABPBH ni. Macam-macam yang aku boleh nampak. Ni baru kat depan Kaca TV. Kalau duduk di dalam dewan tu lagi macam-macam boleh nampak. Lagi jelas. Aku nak bagi komen or pandangan ni pun sekadar apa yang aku nampak di depan kaca TV je. Not more than that.


Jujur aku akui yang ABPBH kali ini agak kurang walaupun tema dan sambutan JUBLI PERAK yang nampak gah. Tapi ABPBH ni pun ada kelainan dari segi persembahan artis yang pelbagai era dan pelbagai jenis muzik. Aku nampak ia sesuatu yang baru apabila kumpulan muzik okestra turut memeriahkan lagi acara tersebut.

Aku agak kecewa dengan pengacaraan tahun ini. Walaupun masih mengekalkan pengacara yang baru malah di tambah pula dengan seorang pengacara lagi namun pengacaraan masih juga hambar. Kurang aksi humur di mana aku sendiri ternanti-nanti lawak yang bakal mereka lakukan.

Apabila sebut pasal pemenang pula ada yang dalam agakkan aku ada juga yang aku tak sangka langsung. Paling mengejutkan aku ialah Fizz Fairuz. Aku sendiri pun tak sangka yang dia boleh menang. Dia sendiri pun terkejut. Kalau aku pun terkejut juga kalau tetiba nama aku pula yang naik kat atas pentas tu.

Yang dalam jangkaan aku boleh menang ialah Johan ( Artis Baru Lelaki Popular), Tasha Shila ( Artis Baru Wanita Popular). Apa yang aku nampak dalam 2 kategori ini ialah pemenangnya adalah pelakon. Selalunya pemenag dalam ketegori ini adalah penyanyi.

Zizan Razak ( Pengacara Lelaki Popular ). Aku sendiri yang dapat jangka yang dia sendiri bolah menang. Nak juga tengok orang lain naik atas pentas tu. Tak nak lah orang yang sama je. Pak Nil sendiri pun gembira yang Zizan sendiri dapat rampas trofi tu dari Pak Nil.

Fara Fauzana ( Pengacara dan Penyampai Radio Wanita Popular ) dan Faizal Ismail ( Penyampai Radio Lelaki Popular ). Dah lama diorang ni pegang gelaran ni. Aku nak sebenarnya lihat orang lain yang pegang. Macam aku ke ( perasan sudah ). Dah bosan lihat asik diorang je yang naik atas pentas tu.

Trofi yang semua artis nak. Termasuklah aku. Dapat  satu pun kira  puas lah.
*artiskah aku?

Johan dan Didie Alias ( Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular ). Johan aku dah jangka but Didie Alias aku tak jangka sangat tapi Noorkhiriah aku tak nampak harapan yang dia boleh menang. Aku rasa memang dia layak pun dapat anugerah tu. Dah lama tercalon baru kali ni dapat.

Fasha Sandha dan Fizz Fairuz ( Pelakon TV Popular ). Aku sebenarnya tak suka yang Fasha Sandha menang. Tapi nak buat macam mana dah rezeki dia kan? Nak bangkang pun tak guna. Buat rugi gusi je.

Aaron Aziz dan Maya Karin ( Pelakon Filem Popular). Pasangan Ombak Rindu. Memang dah dalam jangkaan aku. Kadang-kadang agak tak adil bila orang singapore boleh tercalon dan menang tapi aku teringat yang M Nasir pun macam tu juga. Maya Karin gengagam trofi ni dah banyak kali tapi kejap genggam kejap lepas. Maknanya dia masih di terima ramai sehingga sekarang.

Hafiz dan Yuna ( Penyanyi Wanita Popular ). Aku dah dapat jangka yang mereka boleh menang. Memang diorang popular dan layak pun. Aku? Tak tahu lah bila boleh dapat semua ni.

Bintang Paling Popular. Jejaka idaman Malaya. Bila lah aku boleh jadi jejaka idaman Malaya.
*Idaman Malayakah aku ni?


Bintang Paling Popular, Aaron Aziz. Memang dalam jangakaan ramai orang. Watak romantis yang dia selalu bawak menjadi kegilaan ramai wanita di Nusantara ini. Terasa aku nak jadi macam Aaron Aziz plak. Tapi, aku kesian plak kalau aku jadi macam Aaron Aziz ni, dia dah tak boleh cari makan.

Anugerah Seri Perak. Memang aku dah agak dari mula tercalon lagi yang Dato' Siti Nurhaliza pemenangnya. Kepopularitian dia memang orang tak boleh pertikaikan lagi.

Seriously aku nak cakap yang ABPBH kali ini kurang best berbanding tahun lepas dari segi pengacaraan. Tapi, persembahan memang cukup menarik dan ada sedikit kelainan berbanding yang dahulu kala.

Agak-agaknya ada harapan tak kalau aku nak menag apa-apa anugerah? 

9 comments:

  1. Hahaha! Anugerah apa mau sambar lg bro.. Anugerah dlm blogging pun ok what, wakaka! Apapun, Aaron Aziz prnh beli kat ibu sy time dia niaga psar mlm. Ibu sy kta dia sgt brsopan. Cra dia ckp tdi pun sgt sopan. Dia sgt layak utk mnang.. Rzeki murah thun ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Gigih mengupdate dengan pantas..malas la nak buat entry pasal ABP ni..dah ramai sangat ..Klise!..haha..bagi aku tahun ni better dari tahun lepas..pengacara ok(tahun lepas buat lawak pun org tak ketawa)..cuma performnces artis biasa2..tak de beza dengan anugerah-anugerah lain..gigh plak aku menulis kat sini!!..haha=D

    ReplyDelete
  3. Syahmi : pandanagan ko selalu berbeza dgn aku. No hal itu pendangan ko n ini pandangan aku... kenyataan media pun belum keluar...

    ReplyDelete
  4. ni komen ku secara keseluruhan....dgr.....kebanyakan kategori beralih tgn,,,seperti.....penyanyi lelaki popular,pelakon tv lelaki popular,pelakon komedi wanita,pengacara tv,ppelakon komedi lelaki,pelakon tv lelaki dan wanita.....ada yg kekal still ok...tuk anugerah bintang paling popular...AA mencatat sejarah sebagai bintg plg popular yg mng dgn undian sekadar 87 ribu sahaja...itu mknanya berlaku persaingan diantara sam,dia dan zizan...manakala tuk anugerah sri perak..itu mmg dijangka dari first lagi.......dan ini mmbktikan keputusan dct tuk menarik diri adalah satu keputusan yg bermaruah....coz walau bagaimana pun dia ttp mnjadi legenda dlm abpbh spi bila2......ini kerana kalau kita lihat dct pernah mng 5 thn berturut-turut sebelum dipintas oleh rosyam nr dan apek....tpi slpas itu tropi itu kembali semula kpda dct....dan mawi selama 3 thn...dan nabil...dan sam.......dan yg terbaru AA.....ini mnjadikan dct sebagai leader dari segi kemenngan.................persembhn semua ok....................pe pun tahniah AA......

    ReplyDelete
  5. Nak jugak la..senarai je pun..tu pun C&P daripada blog tuuuttt!!!..haha..ko pun tak wat senarai..nah baca ni!

    http://syahmielias.blogspot.com/2012/04/keputusan-penuh-abpbh-2011.html

    ReplyDelete
  6. senget btl ko ni syahmi.. td sibuk klise2... tapi nak buat jugak... anyway kat post aku lupa nak mention pasal pemenang artis duo popular tu yg shila, jac dgnning yg menang tu...

    ReplyDelete
  7. demam ABPH lum abis lagi ker...wakakaka

    ReplyDelete
  8. HAhahahaha...x cukup ke jadi popular kat UKM? nnt ada plak yg menyorok, deactivate fb mcm mula2 masuk UKM dulu. haha

    ReplyDelete
  9. aq bukan taku lah... aq cuma low profile je...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...