Saturday, April 7, 2012

Kisah Dulu Kala : Permainan Tradisional

Aku bercuti tapi tak tahu nak buat apa. Jadi, aku cari ikhtiar lain untuk mengisi masa lapang. Apa yang aku buat ialah update blog!

Aku nak mengimbau kenangan dahulu kala. Untuk isu perdana ni aku nak start dengan Permainan Tradisonal. Wah! dah macam episod kartun pula. Akan datang cerita pasal lain pula.

Ni permainan congkak. Kalau tak nak berpeluh main je lah benda alah ni.


Apa yang aku nak cakap pasal permainan tradisional ni? Aku ni membesar zaman tahun sejak 90-an sampai zaman sekarang ni. Banyak perubahan yang aku nampak dengan dua biji mata aku ni. Terutama pasal permainan tradisional.

Kalau dulu aku banyak main mainan tradisional. Paling aku banyak main ialah main baling selipar, main guli, ting-ting, batu seremban, ceper, galah panjang, kurik kundi, congkak dan macam-macam lagi lah. Ada juga permainan yang main tapi tak tahu nama. Asal boleh main masa tu main je lah. 

Permainan ni baling selipar namanya. Yang aku asyik champion je.


Dulu manalah ada main-main geme kat komputer. Nak main kat luar rumah pun selamat. Tak macam sekarang ni. Dimana-mana saje bahaya ada kat sebelah kita.

Permainan kegemaran aku ialah baling selipar. Kira champion lah aku main baling selipar ni. Sukar nak kalah. Sampai orang kata "Kau tak payah main lah. Asik kau je yang menang".

Mainan lain yang aku suka dan kira juara ialah main guli. Tiap kali main mesti bawak balik banyak guli. 1 tong aku dah kumpul guli. Tapi, guli tu sekarang dah hilang sebab ada yang dah mencuri guli aku tu. Sedih aku masa tu.

Guli!!! Banyak betul aku kumpul dulu.

Sekarang ni nak nampak orang main macam tu lagi dah tak ada dah. Aku pun tak tahu apa ke jenis mainan budak-budak sekarang ni main. Paling-paling aku tengok main game depan komputer. Tak ada cabaran langsung hidup budak-budak sekarang ni.

p/s : gambar tersebut aku ambil dalam google image. Tak sempat nak snap sendiri. Kalau ada masa lagi aku nak cerita one by one cara bermain permainan tradisional ini.

4 comments:

  1. A'ah kan, logik jgk.. Budak2 ngadap pc je. Argh, terasa! Tapi tu la bro.. Mcm kureng ruang untuk beriadah klu depan2 rumah ni. Karang main cmpak selipar, ada yg pecah/kemek kreta org..

    ReplyDelete
  2. budak2 skrg ni main game je bukan macam budak2 dulu2 main macam2 permainan tradisional ni..bila teringat zaman kanak2 memang best ler!!

    ReplyDelete
  3. ayu tak tahu main guli cemana. main baling selipar memang best !!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...