Tuesday, April 10, 2012

Second Day During Holiday

Hari Kedua aku bercuti. Kali ini aku keluar bersama kawa-kawan. Ke tepi pantai. Melihat Keindahan alam. Dah lama tak lihat keindahan alam terutama di tepian pantai ni. Bila sesekali pergi seronok tak terhingga.

Tak ada niat nak bermandi manda. Takut kulit ni hitam legam. Dah pulak sampai UKM jadi macam orang baru training palapes. Hanya mampu berjalan di tepian pantai je. Sambil berjalan berambil gambar. Buat koleksi lah katakan. Aku ke pantai ni dah pukul 11 pagi. Tak sempat nak tengok sunrise. Kalau dah datang pukul 11 lebih sunrise apa namanya. Matahari dah tegak atas kepala.

Pantai nan biru. Memang indah ciptaan Ilahi ini.

Subhanallah. Memang luas laut ini. Laut China Selatan. Tak nampak borneo pun. huhu,.

Pesisir pantai yang ada kehijauan pokok. Bertambah berseri. No resort no hotel.

Buah-buahan yang ada di tepi pantai tersebut. Buah ni jadi santapan monyet. Buah apa nama pun aku tak tahu.


Bila aku berjalan di tepi pantai tiba-tiba persoalan tentang kebersihan pantai ni timbul. Aku tak faham lah kenapa ramai sangat umat manusia tak menghargai keindahan alam. Dah lepas bersuka ria seneng-senang je buang sampah merata-rata. hargailah sikit. Nanti macam mana anak cucu kita semua nak menikmati keindahan alam yang kita dapat nikmati sekarang? Betul tak?

Untuk maklumat, pantai yang aku pergi tu terletak di Sedili Kecil Kota Tinggi. Lebih kurang 45minit dari bandar Kota Tinggi. Pantai yang aku pergi ni tak ada pengusaha resort. 

Agaknya sebab tak ada yang nak membersihkan ke pantai ni banyak sampah? Tak kan kita nak mengharapkan orang lain kan untuk bersihkan kan? Kita sendiri pun boleh buat sendiri. Kita buat sampah kita lah tanggungjawab. Betul tak? Dah banyak dosa kecil manusia buat kat pantai tu.

Ni lah keadaan sampah yang aku tak suka yang ada di tepi pantai ni.


Persoalan lain. Aku bertanya pada kawan aku tu. Kenapa Daerah Kota Tinggi ni dapat gelaran Daerah Pelancongan Sejarah? Mana datangnya sejarah tu?

Kawan aku dengan riang gembiranya memberitahu tempat yang ada sejarah kat dalam Kota Tinggi ada banyak di Johor Lama, Kampung Seluyut, Kampung Makam dan beberapa tempat yang aku sendiri tak tahu. Kalau nak tahu pergi je kat Muzium Kota Tinggi tu. 

Bandar Kota Tinggi yang banyak dekelilingi oleh sungai-sungai.
No wonderlah banjir selalu berlaku.


Apalah aku ni dah duduk kat Kota Tinggi 21 tahun pun tak tahu tentang Kota Tinggi. Yang aku tahu tentang Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Yang lain tak tahu plak aku. Apalah nasib aku ni. Nak pergi jelajah tempat orang lain tapi tempat sendiri tak tahu.

Aku bertanya lagi, macam mana boleh banyak sejarah kat daerah Kota Tinggi ni? Dia menjawab dengan tenangnya yang dahulu kala Kota Tinggi ni banyak jadi tempat pemerintahan beraja tapi berpindah randah sebeb asyik kena attack dengan musuh masa tu. Kalau tak mesti Kota Tinggi jadi Ibu Negeri Johor.

Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah Kota Tinggi dilimpahi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan pokok getah. Felda? Memang paling banyak lah kat Kota Tinggi ni.

Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan Kota Tinggi ni janganlah terkejut bila bertandang nanti. Sebab sepanjang perjalanan kelapa sawit akan menemani anda semua.

Apalah yang ,mereka ni buat. main air je kejenye.

Abadikan kenangan aku di tepi pantai ini.
Nota FO : esok tak ada aktiviti yang menarik melainkan tidur, makan dan cuba untuk study. Tapi esok cuti umum sebab HARI PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG yang baru.

6 comments:

  1. Waaah! Dh lama tak pi brcuti dgn fmily kat tepi pntai.. Untung laa dpt pi brcutii...

    BTW, biasalah yg smpah tu. Kita ni kureng ksedaran skit. Bila sruh dkutip, ktanya ada la org kna upah kutip smpah. Knon nk bg krja kat diorg.. Pmikiran yg kolot bg sy..

    ReplyDelete
  2. Duduk kat kota tinggi gak . tapi tak penah amik tau pasal kenape die tempat bersejarah .

    ReplyDelete
  3. rasa sedih kan bila banyak sampah sarap kat pantai tuu. -.-'

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt bercuti.. jelez2, haha.. btw tgk pic ko tu kn, sejak ble ko botak? fesyen baru ea? huhu

    ReplyDelete
  5. amboi, pose nampaknya.huhu. bestlah bercuti.i dah ada kt ukm dah ni.huhu

    ReplyDelete
  6. salam..
    ermm..seronoknya berpeluang bercuti menikmati keindahan pantai..lama dah saya tak berpeluang begitu..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...